Skip to main content

Kabinet


Kabinet Najib yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan negara menyaksikan beberapa nama besar digugurkan. Tindakan Najib tidak mengekalkan Azlina Othman tidak mengejutkan kerana beberapa faktor kebelakangan ini yang dilihat tidak menyebelahi beliau seperti gejala rasuah yang dikaitkan dengan beliau selain faktor tidak terpilih untuk menganggotai MT UMNO dalam pemilihan baru lalu. Syed Hamid Albar tidak lagi berada dalam kabinet kali ini dan ini mungkin ada kaitannya dengan masalah keselamatan dalam negeri sebelum ini yang gagal ditanganinya dengan berkesan, namun faktor untuk merehatkannya yang telah agak lama berada dalam kabinet boleh juga menjadi sebab. Pengguguran Muhamad Md Taib juga sudah dijangka justeru kemasukannya dalam kabinet Pak Lah sebelum ini pun tidak lebih hanya kerana menghargai kesetiaannya kepada parti.

Beberapa nama baru yang memang telah dijangka akan membarisi kabinet sulung Perdana Menteri keenam ini turut tersenarai, antaranya Mukhriz Mahathir, Razali Ibrahim dan juga Dr Mohd Puad Zarkashi. Membawa masuk mereka dilihat bakal membawa kekuatan kepada Najib berdasarkan ketokohan dan peribadi muka-muka baru ini. Sesuatu yang tidak dijangka apabila Najib menamakan Mejar Jamil Khair Baharum untuk mengurus hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri. Saya melihat kemasukan beliau ada kaitan dengan faktor hubungan peribadi yang mungkin telah terjalin antara beliau berdua ketika Perdana Menteri menerajui Kementerian Pertahanan dahulu. Apapun kemasukan beliau tetap penting bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini diberi tanggungjawab mengemudi Kementerian Pertahanan.

Tidak kurang menarik perhatian, kabinet pertama Najib ini turut menyaksikan beberapa nama bagaikan sirih pulang ke gagang. Meletakkan semula Rais Yatim ke Kementerian Penerangan yang turut menggabungkan komunikasi, kebudayaan dan kesenian dilihat amat tepat kerana latarbelakang dan kepakaran serta minat beliau dalam bidang tersebut. Begitu juga percaturan bijak Najib menyerahkan portfolio Pelajaran kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani pelbagai isu dalam kementerian itu sejak akhir-akhir ini. Apa yang diharapkan oleh semua pihak khususnya rakyat jelata ialah barisan kabinet yang baru dibentuk bakal membawa perubahan 360 darjah dalam menyelesaikan pelbagai isu yang mendesak lebih-lebih lagi dalam mengharungi krisis ekonomi yang amat mencengkam sekarang. Bagilah Najib peluang untuk mengemudikan barisan kabinetnya.

Pena Tumpul - Pelik kenapa Khairy tidak tersenarai

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...