Skip to main content

A

Peperiksaan semakin hampir di gerbang. Pelajar kelihatannya begitu bersungguh-sungguh menyiapkan diri agar setiap soalan yang diutarakan dalam peperiksaan dapat ditangani tanpa masalah. Hari ini saya memberi peluang kepada pelajar saya meluahkan hasrat mereka dan meletakkan sasaran terhadap kursus "Organizational Behaviour". Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini. Saya minta mereka menyenaraikan beberapa sebab yang menyokong sasaran begitu. Dalam lain perkataan, kenapa mereka layak untuk dianugerahkan gred yang telah mereka sasarkan itu.Pelbagai alasan mereka kemukakan, ada yang menarik dan tidak kurang juga menyentuh perasaan dan sedikit melucukan. Seperti yang telah saya duga dari awal, semua pelajar mendambakan A. Ada yang memerlukan A untuk menggembirakan emak ayah di kampung. Tidak kurang juga kerana ingin dicalonkan sebagai penerima Anugerah Dekan. Macam-macam ada. Saya katakan kepada mereka bahawa saya boleh bagi A kepada semuanya kalau saya mahu tanpa mengambil kira kemampuan dan kebolehan mereka tentunya. Namun bukan begitu mudah. Ganjaran perlu setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan. Kalau sanggup bekerja kuat, bersengkang mata mengulangkaji,pasti lumayan hasilnya. Sekiranya malas dan bersikap bina tak bina janganlah terkejut dengan keputusan yang bakal diterima nanti. Saya ingatkan mereka...tiada jalan pintas untuk ke atas.

Pena Tumpul - Tidak pernah dapat A dalam Matematik

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...