Skip to main content

Palsu

Palsu terserlah dalam pelbagai bentuk dan tujuan. Cinta palsu bukan cinta sejati. Memiliki wang palsu adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang. Gigi palsu penting untuk memberi keyakinan kepada mereka yang telah hilang gigi asal untuk senyum di depan ramai. Begitu juga kaki palsu dan tangan palsu yang memiliki peranannya yang tersendiri.Panggilan palsu juga semakin berleluasa sekarang ini selari dengan perkembangan canggih dalam teknologi komunikasi.Tidak kurang juga yang memalsukan tandantangan untuk kepentingan sendiri dan bahana kepada yang lain. Tandatangan saya pernah dipalsukan dan berakhir dengan beban ribuan ringgit pinjaman bank yang perlu saya lunaskan. Begitu juga PhD palsu, doktor palsu, Datuk palsu yang entah dari mana diperolehinya. Ada juga yang memalsukan identiti untuk mengelakkan diri dari dikenali. Pengarah menyentuh tentang dokumen palsu dalam mesyuarat akademik petang ini. Antara lain beliau mendedahkan perbuatan segelintir di kalangan kakitangan yang mengemukakan tuntutan palsu dengan menyertakan resit palsu juga yang tujuannya tidak lain hanya kerana wang ringgit. Begitu juga sijil sakit palsu yang dieksploitasikan untuk kepentingan peribadi- ponteng kerja tentunya. Di kalangan pelajar pula ada yang tergamak mengajukan sijil kematian palsu untuk mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan justeru gagal hadir ke kelas. Yang pasti sesuatu yang palsu lambat laun akan terbongkar juga kepalsuannya.

Pena Tumpul - Cukuplah dengan gigi palsu sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...