S aya menonton Liga Ilmu lewat Astro Oasis dan cukup tertarik dengan program bual bicara yang amat santai ini. Sayangnya saya singgah di saluran ini ketika program selama sejam yang di rakamkan di Jemapoh ini sudah berada di pertengahan jalan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak rugi melayan Liga Ilmu. Topik perbincangannya menarik dan semasa. Empat panelis berbicara tentang jaga tepi kain orang. Perlu atau tidaknya. Kalau sampai perlu jaga tepi kain orang bagaimana pendekatannya agar yang ditegur tidak tercalar hatinya dan terkoyak perasaannya. Menjaga tepi kain orang rasanya tidak salah asalkan jangan sampai menjaga dalam kain orang. Tuntutan menjaga tepi kain orang dilihat mendesak apabila dilihat dalam konteks amar maaruf nahi munkar. Ini bertepatan dengan firman Allah: Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang ma’ruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya . [Ali Im...