Skip to main content

Mengenang


Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah bersabda: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta tawadhu’lah kepada orang yang mengajarimu”Ilmu boleh diperolehi secara sempurna bila diiringi sifat tawadhu’ murid terhadap gurunya.

Keredaan guru terhadap murid akan membantu proses penyerapan ilmu. Lihatlah bagaimana rasa hormat Imam Abu Hanifah kepada guru beliau. “Aku tidak pernah solat setelah guruku Hammad wafat, kecuali aku memintakan ampun untuknya dan untuk orang tuaku”.Dan amalan ini dilakukan pula oleh Abu Yusuf, murid Abu Hanifah. Dia selalu mendoakan Abu Hanifah sebelum mendoakan kedua orang tuanya sendiri. Penghormatan Imam As Syaf’i kepada guru beliau Imam Malik, juga elok diambil 'iktibar. Di hadapan Malik aku membuka lembaran-lembaran dengan sangat hati-hati, agar jatuhnya lembaran kertas itu tidak terdengar.

Pagi ini saya dikunjungi beberapa orang pelajar. Ia satu kunjungan yang saya rasa amat istimewa. Santai namun signifikan. Pelajar-pelajar ini tidak lupa jasa gurunya. Saya amat terharu dalam ratusan mungkin ribuan pelajar yang pernah berpeluang menerima didikan saya, mereka merupakan segelintir yang boleh dibilang jari mengingati dan mengenang saya. Saya pernah mengajar Adam, Nureen dan rakan-rakan mereka tiga tahun lalu. Mereka pelajar yang baik akhlaknya, terampil pekertinya dan tidak "memeningkan" saya. Seronok mengajar pelajar bersahsiah begini. Mereka datang untuk merakamkan ucapan terima kasih kerana mengajar mereka dan sekaligus memohon keampunan serta memohon keredaan ilmu yang diberi. Mereka akan meninggalkan kampus ini. Adam ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, katanya.

Al Ghazali ada menjelaskan bahawa hak para guru lebih besar daripada hak orang tua. Katanya orang tua merupakan sebab kehadiran manusia di dunia fana, sedangkan guru bermanafaat bagi manusia untuk mengharungi kehidupan kekal. Kalaulah bukan kerana jerih payah guru, maka usaha orang tua jadi sia-sia dan tidak bermanfaat. Guru memberikan manusia bekal menuju kehidupan akhirat yang kekal.

Ramaikah lagi seperti mereka atau semakin terlarut dalam lautan rasa tinggi diri yang menebal?

Pena Tumpul - Ingat jasa guru

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...