Skip to main content

Kecil


Ia amat kecil saiznya. Malah lebih kecil daripada sebatang skru biasa secara perbandingannya. Namun kegagalan saya untuk menghidupkan sebuah mesin rumput berpunca dari benda yang kecil ini. Petang lalu hasrat saya untuk membersihkan laman yang sudah dicemari rumput dan lalang yang semakin panjang tidak tertunai. Begitulah, sesuatu yang nampak kecil dan dianggap kecil sebenarnya berimpak besar. Pagi ini, hanya kerana kesilapan yang cukup kecil perjalanan peperiksaan gagal mencapai sifar kecacatan.

Dalam kehidupan seorang saya, dalam banyak keadaan perkara-perkara yang kecil dilepas dan terlepas pandang. Yang kecil-kecil dipandang bina tak bina dan endah tak endah berbanding dengan yang besar-besar selalunya diberikan perhatian secara berlebih-lebihan. Sebatang paku kecil di atas jalan boleh menyebabkan berpuluh kemalangan, duri-duri di jalanan, jika tidak dibuang, akan menyebabkan ada yang terluka.Tidak cukup sepuluh sen di dalam tangan hasrat untuk membeli barangan mungkin terpaksa ditangguhkan buat sementara. Itulah, benda-benda kecil, tapi memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan. Paling ekstrim, RM999.99 sen tidak akan menjadi seribu tanpa satu sen yang cukup kecil itu. Tidak keterlaluan dinyatakan, betapa ramai yang telah tewas di tangan seekor nyamuk yang kecil berbanding seekor binatang sebesar dan sebuas harimau!

Saya amat kecil dan kerdil padaNya.

Pena Tumpul - Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...