Skip to main content

Golf


Seorang kawan mengajak saya berjinak-jinak dengan golf. Dia yang baru sahaja mengenali permainan elit ini bercerita seronoknya bermain golf. Saya tidak cukup teruja pun untuk berkecimpung dalam sukan yang agakl mahal ini. Saya katakan padanya golf tidak sesuai untuk saya. Saya tidak akan berminat sampai bila-bila pun. Sementara dia begitu bersemangat memujuk saya dengan golf, saya pula sajikan kepadanya cerita yang agak menarik yang ada kaitan dengan golf.

Kisahnya, Mantoba, akibat terlalu suka menggunakan alasan main golf bersama rakan seperniagaannya untuk menipu isteri, dia telah menjadi alpa dan leka. Pada satu hari yang malang, Mantoba seperti biasa telah menggunakan alasan main golf pada malam harinya sebagai alasan paling selamat untuk berhore-hore dan berdangdut di sebuah kelab dangdut eksklusif.Tanpa di sedari, pada malam ketika dia sedang nyenyak tidur, isterinya yang bijaksana telah memasukkan sebatang penyapu ke dalam beg golf suaminya. Keesokan paginya, dengan penuh yakin Mantoba telah keluar ke pejabat dan berpesan pada si isteri akan balik lewat kerana ada aktiviti bergolf pada malam harinya tanpa memeriksa beg golfnya terlebih dahulu. Terus dihumban ke dalam bonet kereta dan vroooom...

Seusai melalak dan bergelek dangdut, sampai di rumah terus tidur (kononnya letih main golf). Si isteri telah memeriksa beg Mantoba dan mendapati batang penyapu masih elok di dalam beg golf tersebut. Maka, terbongkarlah rahsia Mantoba yang durjana.Keesokan paginya ketika sarapan, isteri pura-pura bertanyakan permainan golf yang berlangsung semalam pada Mantoba yang masih belum sedar bahawa dia sebenarnya gagal dalam penipuannya. Dengan yakin dan bersemangatnya Mantoba bercerita tentang permainan semalam yang mencabar.

Tiba-tiba si isteri bertanya pada Mantoba "Batang penyapu tu abang pakai lubang yang mana bang? Jauh tak distance pukul pakai batang penyapu tu?"

Mantoba terperangkap!

Pena Tumpul - Pernah jadi caddy saja masa sekolah dulu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...