Skip to main content

Mukjizat


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada AlQuran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan (sebaliknya) AlQuran tidak menambahkan apa-apa kepada orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian semata-mata” (Surah Al Isra’:82)

Ustaz Zahazan pagi tadi lewat radio IKIM membaca ayat tersebut untuk menjelaskan bahawa AlQuran adalah penawar yang boleh menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani. Kata Ustaz, penyakit boleh dibahagikan kepada dua-penyakit iktikad yang batil dan sesat serta penyakit akhlak yang buruk. Iktikad yang batil dan sesat merujuk kepada pegangan salah terhadap masalah ketuhanan, kenabian atau sehubungannya.Menurutnya AlQuran lengkap dengan peraturan bagi jalan hidup yang benar, selaras kehendak Allah dan nabinya serta qada dan qadar Allah. Rohani yang rosak boleh diubati dengan AlQuran. Sebaliknya AlQuran tidak menjadi ubat bagi orang yang ingkar dan zalim. Ini bertepatan dengan sabda nabi yang bermaksud “ Barangsiapa yang tidak dapat mengubati penyakit dengan AlQuran, maka Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya”

Kebesaran ayat-ayat Allah ini diperkuatkan lagi dengan cerita beliau tentang seorang usahawan ternakan lembu mengalunkan ayat suci memenuhi segenap ruang ladangnya. Pendekatan memperdengarkan lembu susu ternakannya dengan bacaan ayat suci al-Quran dilakukan oleh usahawan ini dengan keyakinan mukjizat junjungan besar Rasulullah SAW itu memiliki 1,001 hikmah, bukan saja kepada manusia tetapi untuk semua makhluk yang menghuni alam ini termasuklah haiwan. Khabarnya berkat ayat suci al-Quran yang diperdengarkan haiwan berkenaan juga lebih jinak dan mudah dikawal terutama ketika melalui proses memerah susu yang dilakukan dua kali sehari menggunakan mesin khas.

Pena Tumpul - Peringatan buat diri sendiri

Comments

Risalah dan kitab mana lagi yg setanding dan boleh menandingi al-quran. Firman Allah: "Sebenarnya al-Quran itu ialah ayat2 yg nyata di dlm dada orang2 yg diberi ilmu. Dan tidak ada yg mengingkari ayat2 Kami kecuali orang2 yg zalim." (Al-Ankabut:46)

Tersentuh tangkai hati dan terbuka minda bila membaca ungkapan tuan dlm SANTAPAN ROHANI di sebelah kanan entri tuan. Hinanya kita kalau cuma tau berbangga kerana pandai membaca al-Quran tetapi tidak cuba mahu memahami maknanya dan apabila telah faham maknanya tidak pula mahu beramal dengannya.
Perlu juga kita ingat pesan Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah:
"Sesiapa yg mempelajari ilmu ALLAH (yg dpt mendekatkan diri kpd ALLAH), tetapi niat belajarnya untuk tujuan dunia semata-mata, nescaya ia tidak akan mencium bau syurga di hari kiamat". Buat renungan bersama.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...