Skip to main content

Haji


"(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal." (Albaqarah:197)

Ustaz Zahazan berbicara tentang ibadat Haji dan membacakan ayat ini dan mendasari kupasannya dalam Tanyalah Ustaz lewat TV9 pagi ini. Berpandukan Tafsir Ibnu Kasir, Ustaz yang secara peribadinnya amat saya kagumi menghuraikan agak panjang lebar tentang ayat ini.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar, "Bulan-bulan yang dimaklumi itu adalah bulan Syawal, Dzulqa'idah, dan sepuluh hari pada bulan haji." Hal inilah yang dikaitkan oleh al-Bukhari dengan bentuk kepastian. Hadits yang senada dengan itu diriwayatkan pula oleh Jarir yang sampai kepada Ibnu Umar dan sanadnya juga sahih. Menurut Ustaz, yang dimaksudkan dengan rafats ialah jima' dan perkataan-perkataan cabul atau kotor.

"Berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah ketakwaan."

Kata Ustaz lagi, Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas, dia berkata, "Adalah penduduk Yaman berhaji. Mereka tidak membawa bekal dan berkata, 'Kami bertawakal kepada Allah.' Maka Allah berfirman, 'Berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah ketakwaan.'" Mereka dilarang bersikap demikian dan diperintahkan supaya membawa bekal, seperti tepung, gandum, dan kuih kering. Dari Mujahid dikatakan bahwa Ibnu Umar mensyaratkan berbekal kepada orangyang menemaninya. Setelah Allah menyuruh manusia berbekal dalam perjalanan dunia, maka Allah pun menunjukkan kepada mereka perbekalan akhirat berupa ketakwaan.

Ustaz juga sempat menjelaskan bahawa amalan melaungkan azan sebelum bakal haji meninggalkan rumah,tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah justeru tidaklah wajar untuk dilakukan.

Pena Tumpul - Belum cukup bersedia


Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...