Skip to main content

Balas


Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Inilah yang biasa sangat kita dengar. Balas baik dengan jahat pernah juga kita dengar. Tetapi kalau buat jahat dibalas baik ia agak luar biasa. Namun ia bukanlah luar biasa sekiranya peribadi Rasulullah dijadikan sandaran.

Nabi tidak balas jahat dengan jahat, tetapi balas dengan baik. Mulianya akhlak Nabi. Di majlis meraikan keputeraan insan besar ini yang sempat saya hadiri lagi, Ustaz membawa cerita yang sudah amat biasa kita dengar ini. Biar didengar selalu, namun baik untuk didengar berulang-ulang kali. Sebagai peringatan kepada diri yang memang selalu lupa.

Seorang Yahudi ini mengutuk dan menghina Nabi serta ajaran yang dibawa oleh Nabi secara terbuka setiap hari di pasar. Jahatnya perbuatan Yahudi ini. Apa yang Nabi buat? Nabi tidak balas jahat pun. Nabi tidak marah, jauh sekali melenting. Nabi tidak hirau dan tidak kesah. Nabi sebaliknya buat sesuatu yang kita tidak pernah terfikir pun. Nabi melayan Yahudi dengan amat baik sekali. Setiap hari Nabi menyuapkan Yahudi yang buta ini dengan kurma. Malahan menghancurkannya sebelum dimasukkan kemulut kerana Yahudi yang bermulut jahat ini juga tiada gigi. Untungnya Yahudi itu dilayan begitu mulia sekali oleh Nabi ketika dia pula mengutuk Nabi. Akhirnya, Yahudi ini menerima Islam kerana kagum dengan peribadi Nabi.

Hebatnya peribadi dan akhlak Nabi.Begitukah kita? Saya melihat diri.

Pena Tumpul - Islam dicintai dan tidak ditakuti kerana peribadi penganutnya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...