Skip to main content

Mana?


"Dimanakah Tuhanmu berada sekarang?, sesuatu yang ada, pasti ada tempatnya"
Sekiranya seorang yang tidak pernah percaya tentang adanya Tuhan mengajukan soalan di atas apalah agaknya jawapan kita. Ia bukan mudah untuk dijawab lebih-lebih lagi sekiranya soalan itu memang berniat untuk menguji sejauh mana keyakinan kita dan pegangan kita kepada adanya Tuhan.

Saya mendengar seorang Ustaz ini lewat corong radio awal pagi ini kisah bagaimana Abu Hanifah berdepan dengan seorang ilmuan Rom yang terang-terang seorang atheis dan menolak mentah-mentah kewujudan Tuhan. Abu Hanifah ternyata bijak menjawab soalan-s0alan yang dilontarkan kepadanya berkait kewujudan Tuhan. Dia diasak satu demi satu soalan yang benar-benar menguji akidahnya.

Abu Hanifah bijak beranalogi bila soalan di atas tadi diajukan kepadanya. Susu dan keju dijadikan analogi untuk menjawab ilmuan bongkak ini.

"Adakah Tuan tahu bentuk susu?",tanya Abu Hanifah.
"Ya, sudah tentu", jawab ilmuan pula.
Abu Hanifah bertanya lagi, "Ada susu tak dalam keju itu?
" Ya, sudah tentu", jawan ilmuan itu.

Abu Hanifah terus bertanya dan kali ini soalannya lebih mencabar pemikiran ilmuan itu. "Kalau begitu, cuba tunjukkan saya di mana tempat keju itu sekarang?" "Pastinya tidak ada tempat yang khusus. Keju itu bercampur dengan susu di seluruh bahagiannya, " jawab ilmuan itu dengan penuh semangat.

"Lihatlah dan fikirlah sendiri, keju sendiri tidak mempunyai tempat khusus di dalam susu. Oleh itu Tuan tidak sepatutnya meminta saya untuk menunjukkan tempat di mana Tuhan berada", kata Abu Hanifah.

Ilmuan terpukul. Abu Hanifah terus di asak lagi.


Pena Tumpul - Tunggu sambungannya esok

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...