Skip to main content

Cinta



"Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, emak dan semua makhluk yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini menjadi intipati ceramah ustaz yang di undang di majlis ilmu sambutan Maulidul Rasul Gudang Garam. Rata-rata yang hadir dilihat terpaku dengan isi penyampaian malah gayanya juga. Sepanjang dua jam penuh dengan ilmu, biar sudah didengar berulang kali sebelum ini. Sesekali terdengar derai ketawa hadirin dek jenaka ustaz dari Labis ini.

"Tok Ketua, siapa yang lebih Tok sayang, isteri atau Nabi? Ustaz memulakan ceramahnya dengan mengajukan soalan ini kepada Ketua Kampung. Tok Ketua jawab sama-sama sayang.Tidak boleh begitu kata Ustaz. Nabi perlu dikasihi dan disayangi lebih daripada yang lain-lain malah melebihi ibubapa, anak isteri.

Kita sebagai umatnya sebenarnya mesti meletakkan kecintaan terhadapnya di puncak rasa cinta. Tetapi tercapaikah kita berbuat demikian? Mampu atau tidak, kita sebagai mukmin seharusnya berusaha menanamkan rasa kasih terhadap baginda dan sebagai manifestasi penzahiran cinta terhadap Nabi itu, maka segala sunnah dan panduan hidup yang telah dipertunjukkannya perlulah kita ikut dan teladani sedaya termampu.

Ustaz bercerita satu kisah yang menjelaskan cintanya sahabat terhadap Nabi SAW. Saidina Umar al-Khattab ada mengisahkan begini: Saya berjalan bersama-sama Nabi SAW sambil diiringi sahabat yang lain. Kemudian baginda berjalan memimpinku. Umar pun berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar menyintaimu.” Hebat sekali sentuhan kasih sayang antara sahabat terhadap Rasulullah SAW.

Dilanjutkan kisahnya, Nabi SAW pun berkata: “Melebihi cintamu kepada orang tuamu, wahai Umar? Umar pun menjawab: Ya Rasulullah. Kemudian, Nabi SAW bertanya lagi: Melebihi cintamu kepada hartamu, wahai Umar? Umar mengatakan: Ya Rasulullah. Nabi SAW meneruskan lagi pertanyaan kepada sahabatnya itu: Melebihi dirimu, wahai Umar? Umar berkata: Tidak.”

Seketika kemudian Nabi SAW pun mengatakan kepada Umar: “Tidak wahai Umar. Tidak sempurna imanmu sampai engkau menyintaiku melebihi dirimu sendiri.” Umar pun keluar buat sementara sambil berfikir, kemudian kembali dengan begitu semangat lalu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah. Sungguh aku menyintaimu melebihi diriku sendiri.” Mendengar pengakuan daripada Umar itu, Nabi saw pun berkata: “Sekarang, wahai Umar (baru benar).”

Adakah sampai begitu sayangnya kita kepada baginda? Bagaimana kita menterjemahkan rasa sayang kepada baginda? Ustaz kata senang sahaja. Buat apa yang Nabi buat. Ikut sunnah Nabi. Selalulah berselawat atas Nabi. Setiap saat dan ketika. Tidak sukar pun.

Pena Tumpul - Ceramah berkesan dan makanan pula boleh tahan

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...