Skip to main content

Menunjuk


"Kak, letih aja nampak hari ini, tak sehat ke?....."Saya puasa enam"

Bunyi macam menunjuk-nunjuk. Tetapi tidak tahulah mungkin dalam hati tidak berniat begitu. Ada dua kemungkinan, setakat memberitahu tanpa niat menunjuk atau paling dikhuatiri kalau memang terdetik hati untuk menunjuk-nunjuk.

Menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah ini disebut riya'. Selalu kita dengar bila memberi sesuatu, orang yang memberi akan didengar berkata, "Saya ikhlas ni," Betul ke ikhlas atau ada niat memang hendak menunjuk barangkali. Sukarnya untuk mengelak sangkaan orang ramai terhadap niat kita. Mungkin niat kita bukan hendak menunjuk pun tetapi tidak siapa yang betul-betul tahu apa yang ada dalam hati kita.

Kata Ustaz yang bercakap tentang ikhlas lewat TV9, kita boleh tahu tanda orang-orang yang riya' ini. Dia memetik tiga ciri yang pernah disampaikan oleh Ali bin Abi Thalib. Kalau sendirian, amalannya tidak hebat mana pun maklumlah sebab tiada yang melihatnya. Sebaliknya ia berlainan sekali kalau amalan tersebut dilakukan bila orang lain ada bersamanya. Masa itulah dia paling banyak bersedekah, paling kerap amalan baiknya. Akhirnya, orang yang riya' ini, makin ramai yang memuji amalannya makin kencang lah dia beramal tetapi sekali dikeji amalan yang selalu dibuat sebelum ini terus berhenti.

Justeru itu kata Ustaz lagi kalau hendak buat sesuatu buatlah bersendiri. Jangan buat didepan mata orang, riya' jadinya nanti.

Seperti kisah Abu Umamah al-Bahili yang melihat seorang sedang melakukan sujud dalam masjid sambil menangis. Abu Umamah kemudian memanggilnya dan berkata, "Bagaimana engkau ini! Sebaiknya hal ini engkau lakukan saja di rumahmu".

Kata Ustaz kalau kita juga boleh menangis ketika sendirian, boleh juga solat sunat ketika di rumah, boleh juga bersedekah ketika tiada yang melihat, boleh berdiam diri juga setelah memberi sesuatu kepada orang lain, tidak menunjuk-nunjuk dan bukan riya' lah kita.

Pena Tumpul - Senyap-senyap aja

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...