Skip to main content

Ikut


"Hafiz dah salam ayah, ibu, adik dan atok. Ayah tak salam dengan atok pun"

Hafiz berada dibulan ketiganya di tadika. Perkembangan mindanya dilihat amat ketara. Gaya tuturnya makin kemas dan meyakinkan. Banyak perkataan-perkataan baru yang terpacul dari mulutnya. Sudah mula kritis.

Atoknya bercerita tentang perilakunya yang saya kira menarik. Setiap pagi sebelum ke sekolah Hafiz dipesan dan diajar supaya bersalam dengan ayah, ibu, adik dan atoknya. Dia melakukannya tanpa sukar kerana memang itulah yang gurunya ajar padanya. Cumanya dia hairan kenapa ayahnya tidak dilihat bersalam dengan ibunya seperti yang dia lakukannya pada ibunya.

Begitulah anak-anak sekarang. Cepat memerhati dan begitu peka dengan apa yang dilihat di sekelilingnya. Sedikit kesilapan kita dia akan mudah perasan walaupun di usia serendah lima tahun itu. Kita mungkin boleh menyuruhnya buat itu dan ini namun ia bukanlah yang terbaik. Anak-anak sekarang sebenarnya buat apa yang kita buat. Dia melihat apa yang kita buat dan tidak buat dan itulah yang lebih menarik perhatiannya. Dia bukanlah tertarik sangat dengan apa yang kita suruh dia buat sedangkan dalam masa yang sama kita tidak buat apa pun yang kita suruh dia buat.

Pena Tumpul - Anak adalah masa silam kita,sementara ibubapa adalah masa depan kita



Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...