Skip to main content

Abai


"Sesiapa yang memuliakan Allah, maka Allah akan memuliakannya. Dan sesiapa yang mengabaikanNya, maka Allah akan mengabaikannya"

Itulah jawapan yang mampu saya berikan kepada Haziq bila bertanya kenapa ada yang masih mengemis di bumi Allah yang dilimpahi rezeki meruah-ruah. Dia nampak seorang pengemis dan atas dasar kasihan dia meminta RM10 daripada saya untuk disedekahkan kepada pengemis itu.

Saya meminjam kenyataan yang diungkapkan oleh seorang ulama salaf seperti yang diceritakan oleh Ibn Rajab al Hanbali. Ulama ini melihat seorang yang sudah sangat tua sedang mengemis dan meminta-minta kepada manusia. Ulama itu berkata, "Orang ini mengabaikan Allah pada masa mudanya, maka Allah mengabaikannya pada masa tuanya"

Imam Abu Syuja' dikisahkan berusia panjang sehingga 160 tahun dan tidak ada satu pun anggotanya yang rosak. Pendengaran, penglihatan dan ingatannya tetap sihat seperti seorang muda belia. Bila ditanya rahsianya, ulama ini menjawab, "Saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda, maka Allah lalu menjaganya pada masa tua".


Sesuatu yang diguna selari dengan tujuan penciptaannya, tidak dapat tiada keadaanya akan tetap terjaga dengan baik. Sebaliknya, jika menyimpang dari tujuan asal, kerosakan akan menimpa. Ibarat sebuah komputer. Kalau murni penggunaannya, bertahan lamalah ia tanpa masalah. Kalau disalahgunakan untuk membuka laman-laman web yang tidak sepatutnya, biasanya akan mengundang pelbagai virus yang mengganggu fungsinya!

Pena Tumpul - Allah Maha Mengetahui

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...