Skip to main content

Zat


"Tolong jelaskan Zat Allah. Apakah wujud Allah itu benda padat seperti batu, benda cair seperti susu atau seperti gas?", tanya ilmuan yang tidak percaya pada Tuhan pada Abu Hanifah.

Abu Hanifah ditubi lagi dengan soalan tentang Zat Allah. Sekali lagi Abu Hanifah mempamerkan kebijaksanaannya menangkis soalan itu.


Dia beranalogi lagi.


"Tuan pernah mendampingi orang sakit yang sedang menunggu masa untuk mati?


"Pernah", kata ilmuan itu.


"Bagus. Mudah bagi saya untuk menjawab soalan Tuan itu. Awalnya, bukankah orang sakit itu dapat berkata-kata dan dapat menggerakkan anggota badannya. Betul tak?"


"Ya, memang begitulah yang saya lihat", jawab ilmuan itu lagi.


"Tetapi, kenapa tiba-tiba orang sakit itu diam tidak bergerak? Apa yang menyebabkan hal itu berlaku?", Abu Hanifah bertanya lagi.


"Itu kerana roh orang tersebut telah berpisah dari tubuhnya.", kata ilmuan itu. "Sewaktu roh itu keluar, apakah Tuan masih berada di sana?", Abu Hanifah terus bertanya lagi.


"Ya, saya memang masih berada di sana", jelas ilmuan itu.


"Cuba jelaskan kepada saya apakah roh orang itu adalah sesuatu yang menyerupai pepejal, cecair atau pun gas?, tanya Abu Hanifah dengan yakin.


"Saya tidak mampu menjawabnya", kata ilmuan itu.


"Lihat, Tuan sendiri tidak dapat menerangkan bentuk roh, inikan pula saya diminta untuk menerangkan Zat Allah yang menciptakan roh!"


Ilmuan tewas lagi. Namun Abu Hanifah terus diasak lagi.


Pena Tumpul - Pencipta tentunya lebih hebat daripada yang dicipta

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...