Ada ungkapan menyebut untuk tampil cantik harus menderita malah sakit. Tidak kurang yang sanggup berhabis duit. Lebih melampau lagi ada yang sampai tergamak mengubah wajah yang sudah cukup cantik ciptaan Tuhan.
Kening dicukur, hidung ditebuk lalu dipakaikan subang. Hidung yang kemik dimancungkan untuk tampak menarik dan menawan. Bukan sedikit belanjanya. Besarnya anting-anting yang tersangkut di telinga namun tidak dirasa berat dan sakit kerana ingin nampak cantik. Sakitnya kaki dek penangan kasut tumit tinggi. Juga dibenam rasa sakit itu kerana ingin nampak cantik.
Saya sempat menyaksikan secara dekat wanita merentas dunia "menyakitkan" diri mereka untuk tampak cantik. Di muzium kecantikan Melaka dipamerkan pelbagai gambar dan artifek bagaimana tubuh badan disakiti untuk sebuah kecantikan.
Kegilaan wanita untuk cantik sudah berkurun lamanya. Untuk sebuah leher jinjang misalnya leher rela disakiti gelungan tembaga. Tidak sakitkah? Untuk sebuah pinggang yang ramping dan cantik pula bak kerengga, pinggang diikat dan dicerut. Sakit, tetapi tidak dirasa demi untuk cantik. Ada juga yang dikikir giginya dengan batu tajam. Juga sakit. Kaki pula diikat dan dipasung dalam kasut yang amat kecil saiznya supaya kekal kecil dan cantik macam kaki bayi. Juga sakit.
Kegilaan untuk cantik tidak pernah padam malah terus membara. Akhirnya yang nampak cantik itu tidak lebih hanya kecantikan kosmetik dan ia tidak cantik pun.
Pena Tumpul - Jangan diubah ciptaanNya

Comments