Skip to main content

Posts

Zat

"Tolong jelaskan Zat Allah. Apakah wujud Allah itu benda padat seperti batu, benda cair seperti susu atau seperti gas?", tanya ilmuan yang tidak percaya pada Tuhan pada Abu Hanifah. A bu Hanifah ditubi lagi dengan soalan tentang Zat Allah. Sekali lagi Abu Hanifah mempamerkan kebijaksanaannya menangkis soalan itu. Dia beranalogi lagi. "Tuan pernah mendampingi orang sakit yang sedang menunggu masa untuk mati? " Pernah", kata ilmuan itu. "Bagus. Mudah bagi saya untuk menjawab soalan Tuan itu. Awalnya, bukankah orang sakit itu dapat berkata-kata dan dapat menggerakkan anggota badannya. Betul tak?" "Ya, memang begitulah yang saya lihat", jawab ilmuan itu lagi. "Tetapi, kenapa tiba-tiba orang sakit itu diam tidak bergerak? Apa yang menyebabkan hal itu berlaku?", Abu Hanifah bertanya lagi. " Itu kerana roh orang tersebut telah berpisah dari tubuhnya .", kata ilmuan itu. "Sewaktu roh itu keluar, apakah Tuan masih berada...

Mana?

"Dimanakah Tuhanmu berada sekarang?, sesuatu yang ada, pasti ada tempatnya" S ekiranya seorang yang tidak pernah percaya tentang adanya Tuhan mengajukan soalan di atas apalah agaknya jawapan kita. Ia bukan mudah untuk dijawab lebih-lebih lagi sekiranya soalan itu memang berniat untuk menguji sejauh mana keyakinan kita dan pegangan kita kepada adanya Tuhan. Saya mendengar seorang Ustaz ini lewat corong radio awal pagi ini kisah bagaimana Abu Hanifah berdepan dengan seorang ilmuan Rom yang terang-terang seorang atheis dan menolak mentah-mentah kewujudan Tuhan. Abu Hanifah ternyata bijak menjawab soalan-s0alan yang dilontarkan kepadanya berkait kewujudan Tuhan. Dia diasak satu demi satu soalan yang benar-benar menguji akidahnya. Abu Hanifah bijak beranalogi bila soalan di atas tadi diajukan kepadanya. Susu dan keju dijadikan analogi untuk menjawab ilmuan bongkak ini. "Adakah Tuan tahu bentuk susu ?",tanya Abu Hanifah. " Ya, sudah tentu ", jawab ilmuan pula. ...

Perbandingan

B ersama isteri dan Haziq kami makan di luar malam ini. Saya tidak pernah sekali pun mendatangi kedai makan ini. Bila melihat bukan kepalang ramainya yang mengerutung kedai makan ini, isteri mencadangkan untuk mencubanya. Pasti hebat masakannya sehingga begitu sekali tarikannya. Makanan yang dipesan disajikan di atas meja. Pantas dilunas pesanan walaupun ramai. Barangkali inilah salah satu tarikannya. Nampak menyelerakan. Haziq hampir mahu memulakan suapan pertamanya bila dia tiba-tiba menyatakan ada sehelai rambut dalam nasi papriknya. Dia pada mulanya berhasrat untuk mendapatkan sepinggan nasi yang lain namun saya menasihatkannya ia bukanlah isu yang besar sangat pun. Tidak merbahaya pun. Anggaplah sahaja itu satu kesilapan yang tidak disengajakan. Dan tidak nampak manis untuk mengaibkan tuan punya kedai yang baru pertama kali didatangi itu. Bagus, dia tidak membantah. Melihat mangkuk di atas meja hidangan dan air halia madu yang dipesan mama ditambah pula isu sehelai rambut yang di...

Cantik

A da ungkapan menyebut untuk tampil cantik harus menderita malah sakit. Tidak kurang yang sanggup berhabis duit. Lebih melampau lagi ada yang sampai tergamak mengubah wajah yang sudah cukup cantik ciptaan Tuhan. Kening dicukur, hidung ditebuk lalu dipakaikan subang. Hidung yang kemik dimancungkan untuk tampak menarik dan menawan. Bukan sedikit belanjanya. Besarnya anting-anting yang tersangkut di telinga namun tidak dirasa berat dan sakit kerana ingin nampak cantik. Sakitnya kaki dek penangan kasut tumit tinggi. Juga dibenam rasa sakit itu kerana ingin nampak cantik. Saya sempat menyaksikan secara dekat wanita merentas dunia "menyakitkan" diri mereka untuk tampak cantik. Di muzium kecantikan Melaka dipamerkan pelbagai gambar dan artifek bagaimana tubuh badan disakiti untuk sebuah kecantikan. Kegilaan wanita untuk cantik sudah berkurun lamanya. Untuk sebuah leher jinjang misalnya leher rela disakiti gelungan tembaga. Tidak sakitkah? Untuk sebuah pinggang yang ramping dan can...

Menunjuk

"Kak, letih aja nampak hari ini, tak sehat ke?....." Saya puasa enam " Bunyi macam menunjuk-nunjuk. Tetapi tidak tahulah mungkin dalam hati tidak berniat begitu. Ada dua kemungkinan, setakat memberitahu tanpa niat menunjuk atau paling dikhuatiri kalau memang terdetik hati untuk menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah ini disebut riya'. Selalu kita dengar bila memberi sesuatu, orang yang memberi akan didengar berkata, "Saya ikhlas ni ," Betul ke ikhlas atau ada niat memang hendak menunjuk barangkali. Sukarnya untuk mengelak sangkaan orang ramai terhadap niat kita. Mungkin niat kita bukan hendak menunjuk pun tetapi tidak siapa yang betul-betul tahu apa yang ada dalam hati kita. Kata Ustaz yang bercakap tentang ikhlas lewat TV9, kita boleh tahu tanda orang-orang yang riya' ini. Dia memetik tiga ciri yang pernah disampaikan oleh Ali bin Abi Thalib. Kalau sendirian, amalannya tidak hebat mana pun maklumlah sebab tiada yang melihatnya. Sebaliknya ...

Balas

B uat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Inilah yang biasa sangat kita dengar. Balas baik dengan jahat pernah juga kita dengar. Tetapi kalau buat jahat dibalas baik ia agak luar biasa. Namun ia bukanlah luar biasa sekiranya peribadi Rasulullah dijadikan sandaran. Nabi tidak balas jahat dengan jahat, tetapi balas dengan baik. Mulianya akhlak Nabi. Di majlis meraikan keputeraan insan besar ini yang sempat saya hadiri lagi, Ustaz membawa cerita yang sudah amat biasa kita dengar ini. Biar didengar selalu, namun baik untuk didengar berulang-ulang kali. Sebagai peringatan kepada diri yang memang selalu lupa. Seorang Yahudi ini mengutuk dan menghina Nabi serta ajaran yang dibawa oleh Nabi secara terbuka setiap hari di pasar. Jahatnya perbuatan Yahudi ini. Apa yang Nabi buat? Nabi tidak balas jahat pun. Nabi tidak marah, jauh sekali melenting. Nabi tidak hirau dan tidak kesah. Nabi sebaliknya buat sesuatu yang kita tidak pernah terfikir pun. Nabi melayan Yahudi dengan amat baik sekal...

Cinta

"Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, emak dan semua makhluk yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari). H adis ini menjadi intipati ceramah ustaz yang di undang di majlis ilmu sambutan Maulidul Rasul Gudang Garam. Rata-rata yang hadir dilihat terpaku dengan isi penyampaian malah gayanya juga. Sepanjang dua jam penuh dengan ilmu, biar sudah didengar berulang kali sebelum ini. Sesekali terdengar derai ketawa hadirin dek jenaka ustaz dari Labis ini. "Tok Ketua, siapa yang lebih Tok sayang, isteri atau Nabi? Ustaz memulakan ceramahnya dengan mengajukan soalan ini kepada Ketua Kampung. Tok Ketua jawab sama-sama sayang.Tidak boleh begitu kata Ustaz. Nabi perlu dikasihi dan disayangi lebih daripada yang lain-lain malah melebihi ibubapa, anak isteri. Kita sebagai umatnya sebenarnya mesti meletakkan kecintaan terhadapnya di puncak rasa cinta. Tetapi tercapaikah kita berbuat demikian? Mampu atau...

Ikut

"Hafiz dah salam ayah, ibu, adik dan atok. Ayah tak salam dengan atok pun " H afiz berada dibulan ketiganya di tadika. Perkembangan mindanya dilihat amat ketara. Gaya tuturnya makin kemas dan meyakinkan. Banyak perkataan-perkataan baru yang terpacul dari mulutnya. Sudah mula kritis. Atoknya bercerita tentang perilakunya yang saya kira menarik. Setiap pagi sebelum ke sekolah Hafiz dipesan dan diajar supaya bersalam dengan ayah, ibu, adik dan atoknya. Dia melakukannya tanpa sukar kerana memang itulah yang gurunya ajar padanya. Cumanya dia hairan kenapa ayahnya tidak dilihat bersalam dengan ibunya seperti yang dia lakukannya pada ibunya. Begitulah anak-anak sekarang. Cepat memerhati dan begitu peka dengan apa yang dilihat di sekelilingnya. Sedikit kesilapan kita dia akan mudah perasan walaupun di usia serendah lima tahun itu. Kita mungkin boleh menyuruhnya buat itu dan ini namun ia bukanlah yang terbaik. Anak-anak sekarang sebenarnya buat apa yang kita buat. Dia melih...

Kerenah

P ak Utih merungut sambil marah-marah kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi adiknya yang kelainan upaya masih tidak diluluskan sampai sekarang. Saya faham kemarahannya dan memang berasas. Pun begitu, di pihak yang satu lagi, kelewatan itu juga berasas. Ada prosedur yang perlu dipatuhi. Walaupun peraturan dibuat untuk memudahkan sistem, namun janganlah kita begitu terikat dengannya sampai menafikan soal budibicara dan sikap toleransi. Pastinya ada perkara yang dapat dilakukan dengan baik dan memuaskan hati kedua-dua pihak sekiranya kita bertindak sebagai "manusia" dan bukan dikongkong oleh peraturan buatan manusia. Pak Utih bukan seorang diri berdepan dengan kerenah birokrasi ini. Namun itu bukan bermakna kita harus memandang sepi perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini. Di mana-mana pun sentiasa ada ruang untuk memudahkan urusan tanpa menggadaikan rasa kemanusiaan yang seharusnya menjadi dasar kepada mana-mana sistem dan peraturan buatan manusia. Kita jangan j...

Tanam

M emang tidak rugi berbudi pada tanah.Malah tidak perlu banyak modal pun. Cuma berbekalkan benih sayuran yang tidak sampai pun berapa ringgit, selang beberapa bulan hasilnya sudah boleh dituai.Masalah remeh seperti tiada masa dan ruang tanah yang kosong untuk bercucuk tanam sebenarnya tidak timbul langsung. Apa yang penting ialah kesediaan untuk meluangkan masa sekitar satu atau dua jam sehari untuk melakukannya. Rasanya ruang tanah yang ada dibelakang rumah cukup luas menunggu untuk dikerjakan. Siapkan batas-batas dan taburkan benih selain daripada siraman air setiap hari dan pupukan baja, sayuran hasil tangan sendiri siap untuk dituai dan dirasakan nikmatnya. Ternyata sayuran yang ditanam sendiri lebih sedap, manis dan tentunya bebas dari cemaran racun serangga dan bahan-bahan yang disangsikan.Saya sendiri sudah puas merasai pelbagai sayuran seperti bendi, sawi, bayam, kacang botol dan kini menanti jagung pula. Sambil menyelam minum air kata orang- mengeluarkan peluh sambil berjimat...

Abai

"Sesiapa yang memuliakan Allah, maka Allah akan memuliakannya. Dan sesiapa yang mengabaikanNya, maka Allah akan mengabaikannya " I tulah jawapan yang mampu saya berikan kepada Haziq bila bertanya kenapa ada yang masih mengemis di bumi Allah yang dilimpahi rezeki meruah-ruah. Dia nampak seorang pengemis dan atas dasar kasihan dia meminta RM10 daripada saya untuk disedekahkan kepada pengemis itu. Saya meminjam kenyataan yang diungkapkan oleh seorang ulama salaf seperti yang diceritakan oleh Ibn Rajab al Hanbali. Ulama ini melihat seorang yang sudah sangat tua sedang mengemis dan meminta-minta kepada manusia. Ulama itu berkata, "Orang ini mengabaikan Allah pada masa mudanya, maka Allah mengabaikannya pada masa tuanya " Imam Abu Syuja' dikisahkan berusia panjang sehingga 160 tahun dan tidak ada satu pun anggotanya yang rosak. Pendengaran, penglihatan dan ingatannya tetap sihat seperti seorang muda belia. Bila ditanya rahsianya, ulama ini menjawab, "Saya menjaga...

Rahmat

"Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam." (al-Anbia’ : 107) T idak banyak input yang segar diperolehi daripada ceramah Maulid di Masjid Batu Anam malam tadi. Apa yang disampai sudah didengar berulang-ulang kali. Malah Ustaz yang menyampaikannya juga mengakuinya. Kisah seorang Badwi yang kencing dalam masjid dan ditegur secara berhikmah oleh baginda Nabi sudah acapkali didengar. Begitu juga kisah kebijaksanaan baginda menyelesaikan pertelingkahan pelbagai qabilah dalam meletakkan semula Hajar al-Aswad. Pun begitu ada juga yang baru didengar buat kali pertama. Kisah bercahayanya wajah baginda bagai matahari sehingga sampai boleh menjadi penyuluh kepada jarum Aisyah yang jatuh di lantai semasa menjahit. Juga kisah Nabi ditanya pelbagai soalan bagi menguji kenabiannya yang akhirnya membawa kepada berimannya mereka yang mengajukan soalan-soalan tersebut kepada baginda. Kata Ustaz walaupun segalanya boleh diperolehi dengan membaca ...

Robot

A dakah saya bercakap dengan robot? Tuturkatanya memang persis robot yang diajar untuk bercakap. Pantas dan sukar difaham buah butirnya. Keadaan begini memang sering ditemui di kaunter-kaunter makanan segera. Mereka memang sudah dilatih untuk bertutur begitu barangkali. Berdepan dengan ramai orang di kaunter barangkali tidak perlu sangat bertutur dan berbahasa macam manusia. Banyak masa terbuang nanti. Segalanya perlu pantas dan tepat, sepantas wang yang mesti masuk dalam kantung. Bila berurusan melalui telefon pula, kita biasa mendengar pertuturan berbunyi robot masuk ke dalam telinga kita. Tidak begitu enak mendengarnya. Adakalanya saya rasa perlu untuk menegur mereka, walau pun saya tahu bertutur begitu memang satu tuntutan dalam kerja mereka. Saya melihat nilai kemanusiaan dalam hubungan makin terhakis. Kita nampaknya lebih senang berurusan dengan yang lain melalui media baru yang lebih pantas dan mudah. Malahan perbualan juga sudah boleh diprogramkan dan disimpan di peti suara. Ma...

Saman

S aya membayar saman hari ini. Ia mesti dibayar sebagai denda kerana melanggar undang-undang jalanraya. Namun, yang tidak enaknya saya perlu membayar denda yang tidak saya lakukan pun. Keadaan begini memang biasa berlaku bila kereta yang sudah berpindah tangan secara fizikal tetapi teknikalnya tidak begitu. Saya membayar saman untuk kesalahan dari sebuah kereta yang pernah saya miliki dulu. Bila pertukaran pemilik tidak berlaku secara rasmi atas kertas ketika kesalahan trafik dilakukan, pemilik asallah yang menanggung akibatnya walaupun yang melakukan kesalahan itu sebenarnya pemilik baru kenderaan terbabit. Di kaunter bayaran saman trafik, saya melihat sesaknya seolah-olah di kaunter bayaran pasar raya yang sedang mengadakan jualan murah. Ramainya yang ingin menjelaskan saman trafik mereka. Ini fenomena biasa orang kita bahkan termasuk saya. Melakukan sesuatu di saat-saat akhir. Begitu juga insentif diskaun 50% turut menyumbang kepada ramainya yang membanjiri kaunter sehingga melimpah...

Malang

" Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya " B anyaknya yang kita suka sangat ingin buat dalam hidup ini kerana ia memang menyukakan dan menyeronokkan. Kalau diikut kata hati mahu sahaja kita buat segala yang terlintas di kepala dan tergerak dihati. Namun akal yang waras sentiasa berada di samping mengingatkan bahawa tidak semua yang kita suka hendak buat akan berakhir dengan kesukaan dan rasa seronok selamanya. Begitu banyak pengalaman dalam hidup ini sebenarnya memberikan mesej yang jelas bahawa ada perkara yang disukai dalam hidup ini, namun membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Pun begitu adakalanya tidak ramai antara kita yang menyedarinya dan kalau pun sedar, ia tenggelam dalam lautan keseronokan yang sedang dikecapi. Ia ibarat cerita sekawan monyet malang yang binasa akibat terlalu taksub dengan apa yang suka dibuatnya. Cerita ini memang menyayat hati. Monyet-monyet ini rela menanggung kesakitan dibelasah hingga mati oleh sekumpulan penduduk kampung da...

Husnal-zan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui " (AlBaqarah: 216) S aya berkesempatan menziarahi seorang kawan lama. Rumahnya agak teruk dilanda banjir baru lalu. Kesan akibat banjir masih dapat di lihat. Dalam juga tenggelamnya rumah yang didiaminya itu. Katanya setiap kali banjir berlaku rumahnya tidak pernah terlepas dari badaian bencana ini. Saya nampak dia cukup tenang bila bercerita tentang musibah yang bagaikan sudah lali dalam hidupnya itu. Tidak terdengar sebarang keluhan, rungutan apa lagi rasa kemarahan yang meluap-luap. Saya amat tertarik bila dia kata tidak ada musibah atau pun tuah. Katanya, yang ada hanyalah ketentuan Allah. Kita menyebutnya sebagai musibah atau tuah kerana mengukurnya dengan keinginan dan pengetahuan kita yang sangat sempit dan terhad. Katanya lagi, apabila kita renung dalam-dalam sifat-sifat kesempur...

Hati

"Hati itu bolak-balik sifatnya. Bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak. Simpang siur dan turun naiknya begitu unik." M enariknya metafora hati mengikut pandangan seorang ustaz ini yang didengar lagi berbicara lewat tazkirah ringkasnya. Hati kita ini memang begitu asal kejadiannya. Kekadang ia sihat dan baik. Sesekali bertukar kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan. Tidaklah sukar sangat pun untuk mengesan hati yang sakit. Kita mungkin mengalaminya namun seolah tidak menyedarinya. Ketika mengerjakan solat tidak dirasa lazat, membaca AlQuran tidak manis, segala makanan rohani yang enak dan lazat di tolak, ketika itulah hati kita sedang sakit sebenarnya. Ia tidak berbeza pun bila kita menolak makanan yang disuakan kepada kita ketika badan menanggung sakit. Ketika tekak pahit tidak ada satu apa pun yang dilihat berselera. Sirap yang manis itu pun dirasa pahit. Ketika kita perlunya merawat badan yang sakit, hati juga menuntut kepada ke...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Panahan

"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah" S aya berkesempatan mendengar ceramah agama Maulidur Rasul pagi ini. Ustaz Shamsudin yang menyampaikannya pada saya berjaya menarik minat yang hadir untuk terpaku tidak berganjak selama dua jam. Ceramah yang berkesan memerlukan adunan penyampai yang baik dan juga isi yang sama baik. Paling penting adanya cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar. Dan ustaz ini walaupun baru pertama kali didengar bicaranya, memiliki keistemewaan ini. Ustaz ini kaya dengan cerita-cerita yang boleh dikongsi dan itulah kekuatan penyampaiannya. Dua jam berlalu dirasa amat pantas edarannya. Namun saya amat tertarik dengan cerita tentang Hassan al basri ini. Ia tentang Hasan yang terpesona dengan kecantikan sepasang mata seorang wanita. Dikisahkan sewaktu remajanya, Hasan adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya-foya. Suatu hari ketika berjal...

Baik

"Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik" S aya mendengar kisah yang amat menarik ini disampaikan oleh seorang ustaz lewat corong radio pagi ini. Mesejnya cukup jelas, iaitu anjuran supaya sentiasa bersangka baik. Meyakini bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan ada 'baik'nya. Ini ibarat cerita berbingkai. Cerita atas cerita. Ustaz bercerita tentang Ibn Taimiyah yang bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang digunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa sakit. Bila ditanya oleh raja tentang jarinya yang terpotong itu, menteri itu cuma kata baik sahaja.Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? ...