Skip to main content

Batu api

Segala yang kusut terungkai hari ini. Dia yang sebelum ini melontarkan sindiran pedas kepada saya tanpa usul periksa lebih kurang tiga minggu lalu menjumpai saya bercerita akan kedudukan sebenar dan sekali gus menyampaikan ucapan maaf. Terkejut bukan kepalang saya mendengar satu demi satu patah perkataan yang terpacul dari mulutnya. Segalanya didorong rasa marah yang membara selepas termakan hasutan seorang yang saya kira memang mempunyai agenda untuk melaga-lagakan hubungan saya dengan jiran saya. Saya menganggap manusia begini tidak ubah seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan suka menahan jerat dipergentingan. Suka mengadu domba dan menabur fitnah dan melihat kejatuhan orang lain. Dia yang mudah terpedaya dengan kata-kata dari mulut manis penuh racun berbisa ini akhirnya tersungkam di dalam kedangkalan fikiran dan rasa marah membara.Mulut macam ini selayaknya dicucuk supaya berhenti dari menghamburkan kata-kata fitnah dan nesta. Namun, ada hikmahnya. Penjelasan dari dia yang datang sejujurnya menemui saya telah berjaya menelanjangkan segala kepalsuan dan penipuan. Yang bersalah dan pembawa angkara serta petualang durjana sudah dibogelkan identitinya. Saya kecewa orang yang saya anggap baik sebenarnya ibarat beraja di mata bersultan di hati. Gara-garanya saya hampir perang besar dengan dia yang saya kira menjadi mangsa keadaan dan niat jahat manusia dengki dan berhati busuk.
Syabas Fizi kerana anda begitu berani menyatakan yang benar. Saya sempat mengingatkannya jangan mudah terpedaya lagi dengan orang beragenda jahat macam itu lagi. Paling penting jangan lupa bersihkan nama saya yang khabarnya sudah tercemar di warong bapanya itu. Dia berjanji mahu melakukannya.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...