Akibat diserang hujan lebat ketika bermotor untuk ke UiTM saya mengambil keputusan untuk berteduh sebentar di pondok menunggu bas di simpang masuk ke Kg Paya Lebar, Batu Anam. Saya tidak keseorangan. Ada teman berbual sementara menanti hujan berhenti. Seorang remaja yang tinggal di Batu Badak di usia 20 tahun menawarkan saya udang yang ditangkapnya sendiri dengan harga RM32 sekilo. Agak mahal,kata hati saya. Saya menolak tawarannya, walaupun saya sebenarnya peminat udang yang enak dimasak lemak cili api. Saya masih ingat di zaman kanak-kanak dahulu ketika bercuti di kampung betapa udang begitu mudah didapati. Hampir setiap hari, atok saya yang memang hebat menjala tidak pernah pulang dengan tangan kosong.Tetapi keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Udang galah terutamanya tidak sebanyak dulu.
Menurut remaja itu lagi, dia mampu memperolehi sekitar RM200 hingga RM300 sehari hasil jualan udang dan juga ikan seperti baung dan lais dengan menjualnya dari rumah ke rumah di beberapa buah kampung sekitar. Lumayan juga.Dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad sekarang saya menyarankannya supaya terus setia dengan jualan udangnya itu.Selepas 30 minit kami sama-sama beredar menuju haluan masing-masing.

Comments