Skip to main content

Mahasitua

Perasaan bercampur baur apabila berjaya mendapat tempat di UTM untuk pengajian Doktor Falsafah (Ph.D dalam bidang pengurusan. Teruja, gembira dan bimbang bersilih rasa. Terlalu gembira kerana hasrat sekian lama tercapai juga. Bimbang memikirkan akan kemampuan diri sendiri untuk menggapai maksud sehingga ke penghujung jalan. Takut hujan ditengahari. Justeru banyak suara yang berkata bukanlah mudah untuk belajar di peringkat ini, lebih-lebih lagi di usia tua begini. Hati membisikkan semangat supaya jangan mundur sebelum mara kerana belum cuba belum tahu. Saya menanti tarikh 24 Jun ini dengan penuh debar. Semoga saya diberikan kekuatan untuk memikul tanggungjawab yang bakal mendatang nanti.

Singkatan Ph.D, pernah dipelbagaikan maksudnya selain daripada "Doctor of Philosophy itu sendiri. Antara yang paling popular "Permanent Head Damage". Betul ke sampai macam itu sekali. Mungkin ada kebenarannya. Tengoklah nanti. Malah ada yang memberikan maksud seperti Pizza Hut Delivery, Piled Higher and Deeper, Productive Happy Devil, Public Hated Degree, Patiently Hoping for a Degree, Progressively Headed Downhill, Pulsating Heaving Disaster, Pretty Homely Dork, Pathetic Homeless Dreamer Pour Her a Drink. Jangan sampai ada Penyakit Hasad Dengki pula!

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...