Amalan suka meniru memang menjadi kebiasaan setengah daripada kita. Tentunya tidak salah untuk meniru demi kebaikan. Kanak-kanak di peringkat tumbesarannya paling kerap dan suka meniru perbuatan ibu dan bapanya. Bagi mereka yang tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan biasanya berkecenderungan untuk meniru. Dalam perniagaan, sikap suka meniru juga semacam tidak dapat dielakkan. Seorang peniaga nasi lemak yang dilihat lumayan dalam bisnesnya tentunya tidak boleh untung besar lagi selepas itu kerana sudah pasti ada yang akan meniru bisnes nasi lemaknya itu. Maka berderetlah gerai nasi lemak sepanjang jalan.Kata-kata orang tua "orang terjun lubuk, kau pun nak terjun lubuk" masih segar dingatan saya betapa berpadahnya amalan meniru ini. Justeru itu, tiru jangan sebarang tiru nanti buruk padahnya!
18SX
18SX
Comments