Hafiz bermalam di rumah saya malam tadi. Terhibur betul dengan keletahnya. Lucu. Mengada-ngada. Manja. Nakal. Dia tidak boleh duduk diam langsung. Kebetulan petang ini ada kerja-kerja menurap permukaan garaj saya yang sudah rosak. Ketika tiga orang pekerja India sebok dengan kerjanya, Hafiz juga turut sama bekerja. Menyapu. Rajinnya. Yang pasti Hafiz semakin cerdik malah semakin nakal.
O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d
Comments