Saya menghadiri mesyuarat JK Masjid Kg Gudang Garam malam ini. Tujuan utama untuk membincangkan pembinaan masjid baru bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada tahun 1962. Menurut Encik Mardi Sahari, Pegawai Pengelola Masjid Daerah Segamat, masjid kampung ini salah satu daripada dua buah masjid papan yang masih ada di daerah ini. Keperluan untuk sebuah masjid baru amat mendesak bagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah khususnya pada hari Jumaat. Namun, ada sedikit masalah. Kos pembinaan masjid yang pada awalnya sekitar 1.2 juta tidak dapat ditampung.
Peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat cuma setakat RM350,000 sahaja. Bagaimana dengan kos selebihnya? Mungkin wakil rakyat boleh mengusahakan sesuatu. Golongan dermawan tentunya tidak keberatan menderma untuk pembinaan rumah Allah ini.

Comments