Skip to main content

Janji

Rakyat Selangor berhak terima tawaran manifesto
Saidah Hairan
Tue | May 20, 08 | 11:58:14 am MYT
SHAH ALAM, 20 Mei (Harakah) - AJK PAS Pusat, Mohamad Hanipa Maidin berpandangan janji-janji Pakatan Rakyat dalam manifesto untuk menghapuskan cukai taksiran dan pemberian RM1,000 kepada anak negeri yang berjaya ke universiti perlu ditunaikan segera bagi memberi keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau antara sebab rakyat memberi undi kepada calon PAS dan KeADILan pada pilihan raya lalu kerana tertawan dengan janji-janjinya dalam manifesto.

"Rakyat berhak menerima apa yang ditawarkan dalam manifesto BA Selangor pada pilihan raya umum lalu," katanya dalam Ijtimak PAS ke-18 di Shah Alam semalam.


Menurut beliau, pihak berkenaan diharapkan tidak menghantar satu petanda kepada rakyat supaya tidak lagi mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, hilang duit tidak bahaya jika berbanding hilangnya kepercayaan atau keyakinan rakyat.

Katanya, jika ada perkara yang kerajaan Selangor tidak boleh laksanakan tawaran dalam manifesto secara serta merta jangan menggunakan alasan tidak boleh menunakan janji.

"Rakyat menyokong kerajaan disebabkan tertawan dengan janji-janji dalam manifesto dan mereka berhak untuk menerima segala tawaran tersebut," katanya.

Menurut beliau, antara yang perlu difikirkan bagaimana mahu mendidik ahli-ahli parti bagi memahami apa itu kawalan pentadbiran yang baik.

"Kita kena akui ahli PAS dididik sebagai pembangkang. Kita perlu mempelajari bagaimana hendak mengubah fikiran menjadi orang yang memerintah," katanya.

Dalam pada itu beliau berharap Kerajaan Selangor menerbitkan akhbar percuma untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai program pembangunannya.

Beliau tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat melancarkan boikot sebuah akhbar harian kerana sebagai pihak yang memerintah, sewajarnya ia menerima segala kritikan walaupun pedas.

"Kalau kita mahu demokrasi hidup, kita mesti laksanakan memberi maklum balas supaya kita tidak dilihat sebagai orang yang tidak boleh menerima kritikan," tegasnya. - lanh

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...