Skip to main content

Sayu

Melawat seseorang yang sakit adakalanya membuat saya disapa sayu. Petang ini saya berkunjung ke rumah bapa saudara saya yang baru sahaja keluar dari hospital. Pak Usu Ajis dalam usia 63 tahunnya memberitahu yang beliau tidak selera makan dan minum selama 12 hari. Pada mulanya enggan ke hospital namun setelah didesak oleh keluarganya beliau terpaksa akur. Sepanjang hampir satu jam bersama dengannya sempat dia mengimbau kenangannya bersama arwah ayah yang memang menjadi teman rapatnya. Sesekali deraian ketawa berselang seli dengan kisah yang menyayat perasaan. Pak Usu memang kuat bekerja sehingga acapkali tidak mengendahkan pemakanannya sehinggalah beliau jatuh sakit begini. Selalunya orang yang sihat jarang menghargai nikmat sihat sehinggalah apabila mereka sendiri yg jatuh sakit, barulah timbul seribu rasa penyesalan dan keinsafan. Teringat saya hadis junjungan nabi kita yang bersabda: “Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya) iaitu waktu sihat dan waktu lapang”. (Riwayat al-Bukhari)

Memang benar. Apabila kita diuji dengan kesakitan walaupun sebentar cuma, memang terasa benar akan nikmatnya sihat itu. Di usia mudanya saya masih teringat kehebatan beliau membawakan watak Penghulu lewat pementasan teater kampung arahan Cikgu Talib Hassan.Kini,saya melihat kesayuan yang tergambar di riak wajahnya. Di saat-saat saya meninggalkannya sebak yang melanda dirinya bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Pak Usu menangis hiba bila emak bersalam dengannya. Saya, isteri dan adik ipar turut diheret kesayuan yang datang tanpa dipaksa. Semoga Pak Usu cepat sembuh.

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...