Diam tak diam sudah 35 tahun seniman agung P.Ramlee meninggalkan kita. Saya adalah antara sekian ramai yang meminati seniman lagenda yang tidak akan ada gantinya ini. Benar kata pepatah, Yang patah akan tumbuh dan yang hilang kan berganti tetapi ternyata sampai kini pun tidak ada seorang pun anak seni yang seratus peratus menyamai bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini. Insan istemewa yang nama asalnya Teuku Zakaria Nyak Puteh tidak akan ada duanya sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini. Huruf P dipangkal nama Ramlee itu sesungguhnya membawa tuah yang bukan kepalang hebatnya dalam memberi kecemerlangan kepada bintang seni beliau. Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?
Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.Pernah ada cubaan untuk mengaitkan M.Nasir sebagai pengganti P.Ramlee tetapi malangnya M.Nasir tidak mampu berlawak sehebat P.Ramlee.
P boleh sahaja membawa maksud Pelawak, Pencipta, Pengarah, Pelakon, Penyanyi dan ini memang tepat untuk menerangkan bakat seni yang beliau miliki.P Kalau seorang anak kecil yang tidak pernah hidup dalam zaman beliau apatah lagi mengenalinya boleh begitu menggilai lakonan beliau tentunya bukti jelas betapa P.Ramlee memang insan seni yang hebat dan amat tersohor. Dailog lucunya menjadi ikutan, lagunya tidak luntur ditelan zaman, filem-filem lakonannya tidak jemu-jemu ditonton dan tidak akan pernah menjemukan. Andainya beliau diberi peluang untuk hidup umur beliau kini cukup tua dan sudah terlalu uzur untuk menyaksikan sanjungan orang ramai terhadap kehebatan beliau. Di usia 80 tahun tentunya tidak banyak yang boleh beliau lakukan. Betul kata ungkapan.."Yang hebat akan pergi lebih dulu...."
Saya masih ingat betapa berita pemergian P.Ramlee begitu menyedihkan dan meruntun perasaan seorang seperti saya yang amat meminati beliau. Dalam usia 12 tahun sesampainya saya di rumah emak memberitahu saya P.Ramlee telah pergi. Mengapa secepat itu. Namun itu ketentuan Ilahi yang tidak ada siapa pun yang mampu menolaknya. Saya ingat lepas itu saya menggunting segala gambar beliau yang terdapat dalam akhbar dan saya hasilkan sebuah buku skrap bukti minat yang mendalam kepada beliau. Ada ketikanya saya tidak segan-segan mendendangkan sendiri-sendiri lagu beliau malah berhempas pulas meniru gaya dan suara beliau. Taksubnya.
Kini P.Ramlee telah 35 tahun tiada. Peminatnya masih ramai malah semakin ramai. Namun beliau tidak akan ada gantinya.Beliau akan tetap menjadi ikon seniman sepanjang zaman. AlFatihah. Selamat Hari Seniman Kebangsaan.

Comments