Skip to main content

Jaringan

Berita ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini dalam ruangan Kampus.

SEGAMAT
1 JUN - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor dekat sini mengambil langkah proaktif membina jaringan yang lebih terbuka dan dinamik dengan sekolah-sekolah di daerah ini di bawah satu sistem pendidikan yang sama.

Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (BPJI) UiTM Johor, Puan Azizah Aris berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumbalas daripada pihak pengurusan sekolah mengenai pengemblengan usahayang boleh dilaksanakan oleh UiTM dan sekolah-sekolah.

Menurutnya BPJI yang baru diwujudkan itu adalah langkah untuk memperkasakan lagi penyelidikan, perundingan dan membina jaringan dengan pihak luar termasuk kerajaan negeri, industri dan masyarakat setempat.

"Kami melihat bidang pendidikan sebagai satu sasaran yang boleh diluaskan peranannya dalam pembangunan masyarakat, khususnya yang berkait rapat dengan perundingan" katanya ketika berucap dalam majlis taklimat pengurusan sekolah daerah Segamat semalam.

Menurutnya UiTM Johor mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan institusi sekolah sewajarnyalah merebut peluang ini untuk tujuan pembangunan para pelajar, guru serta prasarana sekolah masing-masing.

Setakat ini UiTM Johor telah berjaya melaksanakan beberapa siri perundingan dan kerjasama termasuk penganjuran Wacana Intelektual secara berkala yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat, program khidmat masyarakat (OPKIM), sekolah angkat dan bengkel pusat sumber sekolah peringkat daerah Segamat.

"Kami berharap dengan kerjasama yang terjalin melalui usaha penyelidikan, perundingan, inovasi serta jaringan industri dan masyarakat, UiTM Johor bakal menjadi sebuah pusat kepakaran di wilayah selatan semenanjung" ujarnya.

Beberapa orang guru yang ditemui menyambut baik usaha yang dilakukan oleh UiTM Johor kerana dengan kepakaran yang dimiliki oleh UiTM dapat membantu sekolah dalam bidang-bidang tertentu mengikut keperluan masing-masing.

Puan Noorwati Muda, 42, dari Sekolah Kebangsaan Convent berkata jaringan ini memang wajar disambut baik kerana sekolah akan mendapat banyak manafaat daripadanya.
“Program Pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid-murid bagi sekolah-sekolah di luar bandar misalnya perlu dipertingkatkan kerana UiTM mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan”, ujarnya.

Puan Hamidah Ibrahim, 44, dari Sekolah Kebangsaan Gelang Cincin pula berpandangan projek sekolah angkat yang dilakukan oleh UiTM selama ini perlu diperluaskan supaya lebih banyak sekolah akan mendapat faedahnya.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...