Skip to main content

Pendatang

SEGAMAT 1 Jun - Rasa marah dan sedih diluahkan oleh beberapa orang penduduk di sekitar Segamat khususnya di Kampung Jawa yang kecewa dengan gelagat yang ditimbulkan sesetengah pekerja asing di negara ini, terutama dari Vietnam dan Nepal yang menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sebagai makanan mereka.

Pekerja ini menjadikan haiwan peliharaan sebagai sumber makanan, yang sudah tentu bertentangan dengan budaya penduduk negara ini, yang tidak memakan haiwan berkenaan. Mungkin atas faktor bahasa, pekerja asing dari Vietnam dan Nepal ini jarang menimbulkan kontroversi dengan rakyat tempatan, namun perilaku dan tabiat buruk mereka yang tidak menghormati budaya dan sensitiviti penduduk negara ini amatlah mengecewakan.

Tindakan pekerja dari Vietnam dan Nepal yang membunuh dan melapah haiwan ini untuk dijadikan sumber makanan adalah perbuatan kejam.

Beberapa orang penduduk yang menghuni di kawasan perumahan mendakwa kebanyakan pendatang Vietnam dan Nepal ini bekerja di sekitar kawasan kilang sekitar.

Pada mulanya kebanyakan penduduk sekitar menganggap bunyi teriakan anjing dan kucing yang kuat hampir setiap hari di rumah sewa pekerja asing adalah disebabkan pergaduhan haiwan berkenaan.

Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila seorang jiran yang tidak tahan mendengar bunyi anjing melolong kesakitan dan pergi menyiasat mendapati rupanya kelihatan seekor anjing yang masih hidup tetapi berlumuran darah di kepala dan menggelupur kesakitan sedang dilapah hidup-hidup oleh beberapa pekerja asing di rumah sewa itu.

Apabila disergah jiran berkenaan, mereka menunjukkan pisau seolah-olah mengugut. Mereka kemudiannya menyiasat lebih lanjut dan mendapati banyak kepala, kulit anjing dan kucing dibuang di kawasan sekitar rumah sewa mereka.

Saya pasti ini bukan kejadian terpencil tetapi berlaku di mana-mana pekerja asing ini tinggal. Apa yang kita harapkan ialah majikan dan juga pihak konsul atau kedutaan pekerja asing ini supaya lebih bertanggungjawab dengan memberikan maklumat mencukupi mengenai sensitiviti rakyat negara ini sebelum membawa mereka masuk ke negara ini untuk bekerja. Ini penting untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini.

Selain itu pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pertubuhan kebajikan haiwan lebih proaktif menjalankan kempen kesedaran di kawasan industri yang menempatkan ramai pekerja asing dari Vietnam dan Nepal.

Ini perlu supaya mesej mengenai perbuatan membunuh anjing dan kucing untuk dijadikan makanan dilarang penduduk negara ini tidak dibiarkan berleluasa berlaku.

Pena Tumpul - Patutlah tidak nampak anjing dan kucing kurap berkeliaran lagi...bagus juga

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...