Skip to main content

Tahniah


" ....Terima kasih kerana memberi saya A untuk MGT269"

Dalam dua tiga hari ini, mesej seperti di atas kerap saya terima. Sesuatu yang agak lumrah setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, pelajar-pelajar yang terlalu teruja dengan gred yang diperolehi ingin berkongsi kegembiraan dengan pensyarah mereka selain merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga. Jarang sekali saya menerima ucapan penghargaan begini dari mereka yang memperolehi tidak lebih baik dari gred A. Tidak cukup puas hati dengan gred yang diperolehi barangkali.

Ada pelajar yang beranggapan gred A yang mereka perolehi adalah pemberian istimewa pensyarah kepada mereka justeru tidak mudah untuk mencapainya selain pensyarah yang terlalu berhati-hati untuk tidak wewenangnya menganugerahkan gred A kepada para pelajarnya. Oleh kerana itu mendapat A bagaikan menang loteri lebih-lebih lagi daripada seorang pensyarah yang tidak semudah itu untuk memberikan A kepada pelajarnya, seperti saya tentunya.Tidak begitu sebenarnya. Kesungguhan dan komitmen yang tinggi terhadap subjek yang diambil biasanya diganjari dengan tuaian yang memberansangkan. Begitu juga sebaliknya. Tentunya tidak adil untuk memberi gred A kepada pelajar yang sebenarnya tidak layak pun walaupun untuk B.

Luahan beberapa orang pelajar yang saya akses secara tidak sengaja melalui blog mereka menemukan saya komen begini " Ada pelajar kata En Kamil begitu "strict" dalam pemberian markah, susah nak dapat A" Betulkah begitu?

Saya pudarkan kesangsian kepada mereka yang telah "terjebak" ke dalam kelas saya dengan kata-kata perangsang dihari pertama pertemuan lagi " Kamu semua sudah mendapat A pada hari pertama lagi. Mengekalkan A sehingga keputusan diterima adalah tugas penting yang mesti kamu lakukan. Senang sahaja, belajar di universiti paling mudah kerana tiga entiti penting iaitu pensyarah yang mengajar, penggubal soalan dan akhirnya pemeriksa kertas adalah orang yang sama". Yang optimis mengintai peluang, yang pesimis mengundang kecundang.

Pena Tumpul - Ingin melihat seluruh pelajar dalam kelas dapat A, mustahilkah?

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...