Skip to main content

Perspektif


Terlanjur ke Mahkota Parade Melaka pagi ini saya sempat singgah di dua buah kedai buku - MPH dan Thai Kuang. Berbanding Gedung Buku Badan di Johor Bahru, koleksi buku yang dikira memenuhi citarasa pembaca umum agak terhad. DiMPH saya langsung menuju ke rak yang membariskan sekian banyak tajuk menarik terbitan PTS.

Secara peribadi saya kagum dengan PTS dan buku-buku yang dilahirkannya. Bukan sahaja judul yang cukup menggamit pembaca, malah penampilan kulitnya sudah bisa memukau. Penerbit-penerbit ulung seperti DBP dan Utusan juga saya kira gagal menandingi kehebatan PTS memancing pembaca. Tidak dinafikan judul punya peranan besar dalam mengumpan pembaca. Mengimbas secara lalu deretan buku-buku PTS, saya tertarik kepada sebuah buku yang memaparkan judul agak luar biasa. "Setengah berisi setengah kosong" saya tarik keluar dan mula membeleknya penuh minat. Nama penulisnya pun sudah pelik. Penulis Indonesia rupanya. Saya baca komen pembaca tentang buku tersebut untuk mengetahui secara kasar kehebatan buku tersebut bersama juga kata pengantarnya. Saya teliti isi kandungannya- juga menarik justeru sarat dengan cerita-cerita yang saya jangka boleh membakar semangat.

Judul buku tersebut rupanya satu antara 63 buah kisah yang dipaparkan. Penulis menonjolkan bagaimana perspektif kita dalam melihat sesuatu situasi mempengaruhi pemikiran, fahaman dan tindakan kita. Yang optimis akan meilhat gelas setengah berisi, sebaliknya yang pesimis cuma nampak setengah yang kosong. Ada 62 lagi kisah menarik yang menanti saat untuk dibaca.

Isteri pula saya lihat membelek-belek buku yang saya amat kenal penulisnya. "Nak beli ke?, tengok macam berminat aja". Tiada jawapan kerana begitu asyik membacanya. Di kaunter pembayaran selain daripada buku pilihan saya Setengah Berisi Setengah Kosong dan Bagaimana Buat Duit Dengan Menulis, buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok pilihan isteri juga dibayar sekali.

Pena Tumpul - Ternyata buku elektronik tidak boleh mengambil tempat buku konvensional

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...