Skip to main content

Makan

"Apakah rahsia kesihatan penduduk Madinah?"doktor Mesir itu bertanya kepada Nabi Muhammad. "Kami adalah bangsa yang tidak makan selagi belum lapar. Apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang. Kami hanya makan apa yang halal dan apa yang baik. Dan kami makan untuk takwa, bukan untuk menjamu selera," kata Nabi Muhammad.

Begitu dialog singkat antara baginda Nabi dengan doktor dari Mesir yang ditugaskan di Madinah. Doktor beragama Kristian ini ingin tahu dari baginda mengapa selama dua tahun di Madinah tidak ada seorang pun penduduk kota itu mendapatkan sebarang rawatan perubatan darinya.

Di dorong oleh rasa hairan dan tidak percaya, doktor itu disaran baginda menyelinap segenap pelusuk kota namun tidak seorang pesakit pun yang tampil ke muka. Puas sudah hati doktor selepas menyaksi di depan mata.

Tidak siapa yang dapat menafikan kuatnya kaitan permakanan dan kesihatan. Tabiat makanan yang tidak baik berakhir dengan kualiti kesihatan yang menurun. Makan berlebihan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak dijangkakan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya sering dikaitkan dengan makanan yang kita nikmati.

Kita memang mewah dengan makanan, sehingga ada yang berkata ketika negara seperti Afrika menyaksikan penduduknya mati kerana kurang makan, sebaliknya berlaku di sini - mati justeru terlebih makan. Jamuan makan menjadi aktiviti yang tidak pernah ketinggalan dalam banyak majlis yang dianjurkan. Adakalanya berakhir dengan sisa-sisa yang tidak mampu untuk dihabiskan.

Pembaziran makanan menjadi lumrah bersama tahap kesihatan yang semakin parah.

Pena Tumpul - Sering melangkau sarapan pagi justeru tidak lapar





Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...