Skip to main content

Amah

Cadangan untuk penjenamaan semula bakal menyaksikan amah dikenal sebagai pengurus kediaman tidak lama lagi. Ini dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik minat gadis dan wanita tempatan menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh tenaga kerja dari Indonesia.

Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada warga kerja asing bagi memenuhi keperluan mendesak warga tempatan. Sebagai satu profesion, pengurus kediaman perlu mendapat latihan secukupnya secara formal sebelum dibenarkan berada dalam pasaran pekerjaan.Mereka juga wajar diberikan kadar pendapatan yang sesuai setaraf dengan kelayakan yang mereka perolehi. Permintaan yang sentiasa tinggi kepada khidmat amah ini tentunya merupakan khabar gembira kepada pencari kerja sementelah lagi mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda.

Sebelum kilang-kilang yang menawarkan banyak peluang kerja kepada lepasan sekolah di bina dahulu, saya percaya gadis-gadis belasan tahun lepasan sekolah tidak mungkin menolak sebarang tawaran untuk bekerja sebagai "orang gaji" di rumah-rumah yang memerlukan khidmat mereka. Fenomena berubah apabila kilang-kilang tumbuh bagaikan cendawan dan menawarkan gaji dan suasana kerja yang lebih menarik.

Pasangan yang berkerjaya tidak ada pilihan kecuali mendapatkan khidmat orang gaji. Kos hidup yang semakin tinggi khususnya d bandar-bandar besar menuntut pasangan untuk berkerjaya. Walaupun anak-anak boleh dijaga oleh ibu kepada pasangan namun tidak ramai ibu yang bersedia melakukannya. Tidak kurang yang meninggalkan anak-anak mereka seawal enam pagi untuk diasuh oleh suri rumah yang tentunya tidak bekerja. Saya sendiri melihat anak-anak begini dibesarkan oleh tangan emak saya dari sekecil 1 bulan sehingga ke usia tujuh tahun. Anak-anak yang dihantar bertukar ganti dan emak mempunyai anak-anak asuhan yang bukan sedikit bilangannya. Tugas emak tidak pernah selesai. Emak masih lagi dianugerahkan kekuatan untuk mengasuh dua lagi cucu anaknya yang bongsu. Sesekali mengadu kepenatan bersama usia yang makin tua.

Kalaulah pihak kerajaan dan swasta boleh memberikan kelonggaran supaya isteri yang berkerjaya melakukan kerja dari rumah untuk beberapa jam tertentu, masalah bergantung kepada khidmat amah ini mungkin boleh dikurangkan. Dengan teknologi ICT serba canggih sekarang saya melihat ia tidak mustahil untuk dilakukan, justeru negara-negara seperti Britain dan Sweden sudah pun berjaya melakukannya!

Pena Tumpul - Suka buat semua kerja rumah sendiri

Comments

kamarularifin said…
agak sukar mencari warga tempatan bekerja sebagai pembantu rumah pada masa sekarang berbanding masa dahulu...sebab itu ia beralih kepada warga indonesia, filipina dan sebagainya...warga asing yang bekerja sebagai pembantu rumah mempunyai pergerakan yang terhad berbanding warga tempatan..sebab itu sukar mencari pembantu rumah warga tempatan dimana mereka terasa di kongkong...saya mencadangkan sudah sampai masanya pihak kerajaan dan swasta menyediakan tempat jagaan dan asuhan kanak2 bagi kakitangan mereka dengan bayaran tertentu...mungkin ini dapat membantu kebergantungan kepada pembantu rumah...

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...