Skip to main content

Berkongsi

"Perkongsian yang berlandaskan cinta yang tulus membuahkan kesempurnaan. Seorang teman sejawat yang juga penasihat keluarga mengatakan suami isteri yang sentiasa berkongsi, lama kelamaan menunjukkan wajah yang semakin mirip."

Begitu kata Parlindungan Marpaung yang saya nukilkan bulat-bulat dari bukunya Setengah Berisi Setengah Kosong yang kian menarik dibaca . Kalau kenyataan ini boleh disandarkan, ia barangkali jawapan kepada persamaan wajah yang dimiliki suami dan isteri. Sesekali terserempak pasangan suami isteri, saya sempat melontarkan kenyataan nakal begini kepada isteri, " You tengok, muka suami dan isterinya itu nampak macam hampir serupa aja". Muka kita, sama tak?", saya mengusik.

Saya membuat kesimpulan sendiri. Keserupaan wajah yang terpancar agaknya terbit dari perkongsian hidup bertahun-tahun melangkaui tubuh, hati, rasa, emosi dan rohani. Semakin tinggi dan dalam tahap perkongsiannya, wajah pasangan langsung tiada beza antara keduanya. Begitulah juga sebaliknya. Betulkah begitu?Hidup berumahtangga menuntut perkongsian yang bukan sedikit. Susah dan senang dikongsi bersama. Bak kata pepatah, hati kuman sama dicecah, hati gajah pula sama dilapah. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Ibarat aur dan tebing, tidak pula bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.


Cerita suami isteri yang sanggup berkongsi gigi palsu di usia meniti senja mereka lewat Bab 1 buku ini cukup menarik. Sang isteri setia menunggu sang suami menghabiskan supnya penuh selera sebelum dia pula dapat menikmati supnya menggunakan gigi palsu yang dikongsi bersama. Nasi sepinggan dibahagi berdua. Air segelas disedut bersama. Rasa-rasanya ada tak pasangan yang sanggup berkongsi seluar dalam? Tahap perkongsian yang ekstrim memungkinkan segala-galanya.

Pena Tumpul -Sekadar berkongsi cerita

Comments

kamarularifin said…
saya bersetuju persefahaman suami/isteri itu amat penting dan juga merupakan kunci kebahagian rumahtangga...tapi cuba kita tengok sekarang ini...ramai yg gagal melaksanakannya dan akibatnya byk kes2 penceraian, penderaan dan sebagainya....
Kamil said…
dan tidak kurang pasangan yang bak belangkas sebelum kahwin tetapi tidak demikian lakunya bila sudah bersuami isteri....awal tak cukup akhir tak habis
ok said…
Assalamualaikum.

Penulisan di blog yang sungguh menarik.

Tiada komunikasi, kasih sayang tidak dapat terbina. Ramai pasangan lupa bahawa mereka bermula berkasih dengan komunikasi tetapi tidak meneruskan hidup bersama dengan banyak komunikasi.

Jika mempunyai masalah komunikasi sesama pasangan, pastikan KOMUNIKASI DENGAN ALLAH jangan dilupakan.

Ingat Allah, Allah akan berikan taqwa di dalam ilham dan akhirnya pasti hubungan suami isteri akan pulih.

Lupa Allah, Allah akan berikan furuj (kejahatan) di dalam ilham dan akhirnya pasti hubungan suami isteri bermasalah.

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (furuj) dan jalan ketaqwaannya". (QS Asy Syams 91:8).

Terima kasih Allah. Terima kasih.

Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan
Fuad Latip
http://www.fuadlatip.com
Kamil said…
Terima kasih tidak terhingga diatas pandangan saudara. Allah maha mendengar dan sentiasa membuka ruang untuk hambanya berkomunikasi denganNya.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...