Skip to main content

Joli

"Wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan cukup jika penerimanya asyik berjoli daripada membeli motosikal hinggalah telefon bimbit canggih seperti IPhone."

"
Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti."

Kenyataan di atas dihamburkan oleh dua orang penting yang terlibat secara langsung dengan para pelajar - Pengerusi PTPTN sendiri dan seorang lagi yang pernah menerajui sebuah institusi pengajian tinggi. Kenyataan yang boleh dipertanggungjawabkan pastinya. Walaupun tidak pernah ada sebarang kajian yang terperinci bersangkut pola penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar, namun kenyataan tersebut wajar diberikan perhatian. Sekurang-kurangnya ia memberi gambaran bahawa terdapat segelintir pelajar yang tidak bijak dalam membelanjakan wang pinjaman tersebut.

Cerita pelajar menyalahgunakan wang PTPTN saya kira berlaku merata di IPTA mahu IPTS. Saya sendiri pernah bertanya kepada pelajar dan jawapannya tidak jauh menyimpang dari kenyataan di atas. Telefon bimbit model paling terbaru biasanya berada di senarai paling teratas dalam carta item pembelian pelajar yang "bagaikan sikudung mendapat cincin" ini. Tidak kurang yang bergaya dengan motosikal baru.
Di kalangan pelajar perempuan lain pula ceritanya. Khabarnya ada yang berhabisan untuk "rebonding" selain kasut dan pakaian baru. Tidak hairanlah ada pelajar yang hadir ke kelas bak peragawati yang sedang menempa nama, dengan rambut berwarna dan pakaian berjenama.Selebihnya untuk makan-makan dihujung minggu di outlet makanan segera yang menyelera. Sekiranya universiti tidak mewajibkan pembelian buku teks, saya kira perbelanjaan untuk item yang sepatutnya menjadi prioriti ini mungkin tidak ada langsung.

Tidak salah untuk berbelanja namun biarlah berpada-pada dalam meletakkan yang lebih utama.Padahnya nanti diri sendiri yang akan merana menanggung bahana. Bagi yang tidak berada, ingatlah ibubapa dikampung yang mengharap kejayaan anak menjadi kenyataan dihari muka. Bagi yang kemaruk bercinta janganlah sampai gelap mata, capailah dulu apa yang dicita agar tidak nanti berputih mata.

Pena Tumpul - Ingat atuk pinjamkan RM700 masa nak masuk universiti tahun 1982




Comments

kamarularifin said…
memang benar perkara ini berlaku dimana2 sahaja...agak sukar utk membendung masalah ini...ia bergantung kepada niat setiap individu...kemana arah tuju dan bagaimana utk melaksanakannya....
suara.segamat said…
Perkara berlaku dimana-mana, samada PTPTN atau elaun PPSMI,

sepatutnya wang pinjaman dan elaun ini di gunakan sebaik mungkin. Demi kepentingan dunia pendidikan..
tetapi malangnya disalah gunakan.

selepas itu cari jalan untuk mengigit tangan yang menyuap makanan ke mulut mereka.
Kamil said…
Pengurusan kewangan yang baik jarang diberikan perhatian....kesudahannya berakhir dengan ah long
kamarularifin said…
mungkin itu salah satu sebab ada segelintir pelajar yang sanggup menjual diri bagi tujuan wang...cuma saya tidak pernah dengar terdapat pelajar2 IPTA yang mendapatkan pinjaman daripada Ah Long....boleh cerita sikit

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...