Skip to main content

Lampu

"Banyak betul "traffic light" kat Segamat sekarang ni, mengalahkan JB.

Begitu komen Kak Long beberapa minit selepas menyaksikan satu demi satu lampu trafik yang perlu di tempuh sepanjang perjalanan dari Bandar Putra hingga ke Batu Anam. Saya sendiri yang sudah lama tidak selesa dengan keadaan ini mengambil kesempatan ini untuk merungut sama. Bermula dengan lampu isyarat di persimpangan Segamat Baru sehingga persimpangan Masjid Jamek Batu Anam, pengguna jalan raya perlu "menghormati" 13 lampu isyarat sekiranya melalui laluan menyeberangi jambatan utama. Sekiranya melalui jambatan kedua (yang pada asalnya untuk mengelakkan kesesakan dan berseronok memandu tanpa banyak lampu isyarat), jumlahnya tetap sama, 13.

Kesimpulannya, memandu di Segamat tidak menyelesakan dek gangguan lampu isyarat. Bukan sahaja bilangan lampu isyarat yang membosankan, malah ada juga lampu isyarat di persimpangan tertentu yang menyusahkan, mengelirukan dan memeningkan! Lampu isyarat di persimpangan jambatan utama sepatutnya tidak dibuat sebegitu rupa sehingga pemandu yang ingin masuk ke kiri perlu menunggu sama seperti pemandu yang ingin terus ke hadapan. Lampu isyarat di persimpangan Paya Pulai ternyata menyusahkan pemandu. Sebaik-baik sahaja melepasi lampu isyarat di persimpangan Kg Jawa, pemandu perlu bertindak pantas memastikan lorong yang betul dan ini tidak mudah dilakukan berasaskan pengalaman sendiri. Persimpangan masuk kanan ke Dewan Raya Pekan Jabi juga menyusahkan justeru tiadanya "storage lane"Pemandu yang sepatutnya ingin terus kehadapan terpaksa membontoti kenderaan di depannya sehinggalah lampu bertukar hijau. Kalaulah pemandu membuat perancangan lebih awal dia tidak akan berdepan dengan situasi begini, namun ini tidak selalunya dapat dilakukan!

Kalaulah PBT dapat memikirkan jalan terbaik untuk pemanduan yang lebih selesa kepada pengguna jalan raya di bandar yang "segar amat" ini. Lampu isyarat sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan pengguna!

Pena Tumpul - Sempat baca buku di depan lampu isyarat

Comments

suara.segamat said…
Asalam Pena Tumpul,

Memang benar "taffic light" kat segamat sekarang banyak, mengalahkan JB tapi Segamat masih kalah dengan Bandaraya Bersejarah Melaka, kat sana pun terlebih banyak "traffic light" dari Segamat.

Banyak atau sikit "traffic light" orang segamat tetap berterima kasih pada pihak Kerajaan. kerana menbelanjakan beribu-ribu duit untuk kemudahan lampu isyarat ni, dan juga ianya di harap akan menurunkan kadar kemalangan serta menambahkah keselesaan.

Masalah penyelengaraan dan pengurusan "traffic flow" di traffic light ini perlu di ambil berat oleh pihak yang menyelia
"traffic light" ini, seperti JKR dan MDS.

Dengar-dengar Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat dan juga Ahli-Ahli Majlis Daerah telah berkali-kali menyuarakan masalah pengurusan "traffic light" ini..

semoga ianya di ambil perhatian demi kepentingan pengguna.

Izinkan saya "copy & paste" artikel ini, untuk blog saya.

sekian, terima kasih dan wasallm
Kamil said…
salam suarasegamat,
kalau kita boleh jadikan menunggu didepan lampu isyarat tidak membosankan....paparan info seperti di Melaka...

Popular posts from this blog

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...