Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Basikal

Haziq sungguh gembira sekali hari ini, kerana saya membelikannya sebuah basikal baru. Dia sudah acapkali merengek hendakkan basikal baru bagi menggantikan basikal lamanya yang telah rosak dan sudah lama usianya. Saya mahu dia berjanji sebagai balasan basikal barunya itu. Saya hendak dia belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa. Senanag sahaja. Nampaknya dia bersetuju.

Hafiz

Memang cerdiklah Hafiz ini. Kita sembahyang dia pun nak sembahyang juga. Beria-ria sangat dia meminta kopiah dan juga sejadah untuk sembahyang Maghrib. Usianya akan genap 2 tahun pada 16April ini yang secara kebetulan sama dengan tarikh lahir saya. Sebenarnya anak kecil akan sentiasa mengikut apa yang kita buat. Kalau baik perbuatan kita baiklah ikutannya begitulah sebaliknya. Sebab itu, kalau hendak lentor buluh biarlah sewaktu rebungnya.

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanyajuga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana…

Sejarah APRIL FOOL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal…

Diam ketika makan

Di suatu hari,seorang ayah tengah makan bersama anak dan isterinya

anak :ayah, di... ..
ayah : Diam!!!sewaktu makan tak boleh bercakap.

setelah selesai makan... ..

ayah :nak,waktu makan tadi apa yang kau ingin katakan?
anak :Ayah,di daun salad ayah makan tadi ada ulat!

"UP."

There is a two-letter word that perhaps has more meanings than any other two-letter word, and that is "UP."

It's easy to understand UP , meaning toward the sky or at the top of the list, but when we awaken in the morning, why do we wake UP ? At a meeting, why does a topic come UP ? Why do we speak UP and why are the officers UP for election and why is it UP to the secretary to write UP a report ?
And here is the rest of it.


We call UP our friends. And we use it to brighten UP a room, polish UP the silver, we warm UP the leftovers and clean UP the kitchen. We lock UP the house and some guys fix UP the old car. At other times the little word has real special meaning. People stir UP trouble, line UP for tickets, work UP an appetite, and think UP excuses. To be dressed is one thing, but to be dressed UP is special .

And this UP is confusing: A drain must be opened UP because it is stopped UP We open UP a store in the morning but we close it UP at night.

We seem to be pretty mixed…

Pelajaran

Saya belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup hari ini. Kalau kita kelihatan "lembut" dan tidak tegas, banyak memberi dari menerima, boleh bertolak ansur dan tak banyak cakap, orang akan mudah ambil kesempatan atas diri kita. Kita akan diperlekehkan, ditindas dan dilayan macam tak berguna satu sen pun. Semua orang berhak untuk marah. Saya pun manusia biasa- sesekali hendak marah juga. Namun atas rasa mewujudkan suasana harmoni- saya pendamkan sahaja. Namun ini tidak dimiliki oleh sesetengah orang- yang melampiaskan rasa marahnya pada orang lain tanpa mengambil kira perasaan orang lain, walaupun sebenarnya dia sebenarnya yang bersalah. Entahlah. Kerana terlalu menjaga hati orang lain, adakalanya diri sendiri yang makan hati. Betullah kata orang: "Yang lurus kurus, yang jujur terbujur"

Lembab

Saya mengambil masa lebih kurang 40 minit hanya untuk membeli wang pos bernilai RM20 ketika berurusan di kaunter Pejabat Pos Segamat tengahari tadi. Masa menunggu mungkin boleh diringkaskan secepat 10 minit sekiranya perhatian diberikan untuk melicinkan urusan di kaunter. Saya dapati ada 9 kaunter semuanya, namun cuma 4 kaunter sahaja yang dibuka sedangkan 5 kaunter lagi ditutup dengan notis biasa "Sila ke kaunter sebelah".
Fenomena biasa urusan kaunter di mana-mana pun. Saya cuba mengubat hati yang sedikit marah. Saya mencari peti cadangan kalau ada, tidak kelihatan pun. Ingin dicadangkan supaya urusan ringkas seperti membeli wang pos dan sebagainya di khaskan di satu kaunter. Perbanyakkan kaunter pelbagai -urusan bil setempat. Saya lihat kaunter setem agak lengang. Bukan saya sorang sahaja yang merungut rupanya, malah ada sekitar 5 dan 6 orang lagi kedengaran sosek-sosek melepas marah. Terdengar ditelinga saya " Kalau nak mati, dah lama dah..menunggu begini punya lama!…

Dilema Melayu

Orang Melayu terus diselubungi dilema.Melayu terkenal dengan sifat tolak ansurnya, juga lebih mudah "menyusahkan diri" asalkan orang lain senang. Begitu juga amat pantang untuk bersikap kurang ajar walaupun dalam hati sebenarnya tidak selesa. Cakap mesti berlapik. Yang salah tetap dilihat benar atas alasan tidak mahu menyakitkan hati orang lain. Padahnya, orang Melayu nampak macam banyak berpura-pura. Di depan lain, di belakang lain. Di depan suka, dibelakang sebaliknya. Lihat, apa yang berlaku, UMNO parti tunjang orang Melayu tersungkur kerana sifat-sifat orang Melayu sendiri. Bangkitlah..berterusteranglah. Hadapi kenyataan. Janganlah nak jaga sangat hati orang lain.Sebab itulah saya tak nampak mengapa Pemilihan UMNO perlu ditangguhkan. Cukup-cukuplah nak menjaga hati orang. Belajarlah menghadapi cabaran secara jantan. Jadikan PRU12 sebagai sempadan. Inilah dilema Melayu yang perlu dikuburkan.

Membimbangkan dan marah

Naib Canselor UiTM menyatakan bahawa senario politik masa kini berada dalam keadaan membimbangkan yang terbit dari rasa marah para pengundi seperti yang dimanifestasikan dalam keputusan PRU12 baru-baru ini. Di kaca TV RTM1 dalam rancangan Isu Semasa bersama-sama dua panelis lain beliau semacam kecewa dengan apa yang berlaku.Beliau kesal para pengundi melampiaskan rasa marah mereka melalui kertas undi tanpa mengambil kira natijahnya kepada suasana kepimpinan politik negara yang tentunya berdepan dengan pelbagai masalah dalam menangani isu yang melanda negara. Beliau turut kecewa dengan para pengundi muda semacam mengenepikan peranan para pemerintah yang terdahulu. Sebagai sebuah negara berbilang kaum beliau juga mengingatkan para pemimpin parti politik tidak mengambil sikap yang amat liberal dalam menyentuh isu yang melibatkan sensitiviti mana-mana kaum. Cubalah belajar dari sejarah. Beliau tentunya mempunyai sebab yang kuat untuk menyatakan rasa marahnya kerana di tangan beliau tanggu…

Berhujah

Salah satu kemahiran yang diberikan penekanan dalam Bahasa Inggeris peringkat universiti malah di sekolah pun ialah kemahiran untuk mengeluarkan pendapat dan berhujah atas sesuatu tajuk. MUET diperkenalkan sejak beberapa tahun dulu juga turut mengambil kira komponen ini sebagai kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh para pelajar. Namun apa yang mendukacitakan setelah lebih kurang 11 tahun didedahkan dengan kemahiran ini para pelajar di universiti sebahagian besarnya dilihat masih gagal untuk menyampaikan hujah dengan berkesan dan betul tatabahasanya. Ada pelajar yang langsung tidak berupaya untuk memahami kehendak soalan yang dilemparkan kepadanya. Malah bertungkuslumus untuk memahami makna perkataan Bahasa Inggeris yang sebenarnya mudah sahaja. Di mana silapnya, pelajar, guru, sistem pendidikan...carilah sendiri..

Jejantas

Pagi ini perjalanan saya dilambatkan oleh sebilangan pelajar sekolah yang melintas jalan di hadapan SK Gemereh. Mereka berbondong-bondong dengan lengganglenggok mereka bagai itik pulang petang tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain termasuk saya yang bermotosikal. Fenomena pejalan kaki yang enggan dan malas menggunakan jejantas yang disediakan sudah biasa dilihat. Malas hendak naik tangga agaknya. Agaknya perlu ada nilai tambah pada jejantas..apa kata sediakan "escalator"..pasti ramai yang teruja dan sediakan juga kiosk menjual minuman dan makanan ringan di atasnya. Kalau hendak maju kenalah berubah...

Khutbah lagi..

Hari ini saya bersolat Jumaat di masjid Gudang Garam. Saya perlu menyatakannya di sini bahawa khatib yang baik amat penting dalam menyampaikan maklumat yang berkesan kepada para jumaah. Namun ini tidak berlaku di masjid ini. Soal pembacaan khatib yang tidak lancar sudah kerap kali berulang di masjid ini. Saya suka menyarankan supaya khatib yang berkenaan membuat "homework" terlebih dahulu sebelum menyampaikan isi khutbahnya kepada jumaah. Faham dahulu sebelum cuba untuk memahamkan orang lain...

Rafidah vs Pak Lah

Harakah melaporkan,Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan sangat kecewa dengan keputusan Datuk Seri Rafidah Aziz yang enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, setelah dikatakan kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet baru Abdullah, Rafidah pada mulanya hendak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, atas nasihat tokoh veteran Umno, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membatalkan hasratnya.

Menurut sumber itu lagi, kehadiran Rafidah dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas ini akan memburukkan lagi pertembungan antara beliau dengan Abdullah.

Ketika ditanya apakah punca keengganan Abdullah melantik semula Rafidah, sumber itu mengaitkan tindakan tersebut dengan surat setebal 16 halaman yang dihantar oleh Rafidah kepada Abdullah.

Surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno…

Hujan

Sudah dua hari hujan. Waktu malam hujan begitu mencurah-curah. Kelihatan air sungai sudah mula meningkat naik. Adakah banjir akan menimpa Segamat sekali lagi? Menurut ramalan kaji cuaca hujan akan berterusan sehingga lewat malam ini. Kesihatan pun turut terjejas. Namun itulah kebesaran Tuhan, melimpahkan rezeki kepada makhluknya dalam pelbagai cara. Sejukkkkkkkkk...

Apa nak jadi....

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Badawi menerima tamparan hebat dari pengundi apabila beliau diboo oleh penduduk Lembah Pantai ketika berceramah di situ 4 Mac lepas.

Abdullah ke sana untuk membantu calon BN Sharizal Jalil yang semakin hinag sokongan rakyat akibat populariti calon PKR, Nurul Izzah Anwar untuk kerusi parlimen kawasan itu.

Bagi menarik sokongan orang ramai, selain Abdullah dan Shahrizat, BN menjemput beberapa penyanyi termasuk Mawi dan kumpulan muzik Rabbani dalam ceramah yang diadakan pada sebelah malam di tapak Pasar Tani Bukit Angkasa itu.

Bebarapa saksi menyatakan Abdullah di boo oleh sebahgaian yang hadir di situ sebaik beliau memulakan ucapan menyebabkan beliau terpaksa memendekkan ucapan dan pulang awal. Ini bukanlah kejadian pertama pemimpin BN dimalukan oleh pengundi.

Sebelum ini, sekutu Abdullah yang juga Presiden MIC, Samy Vellu dimalukan apabila 2000 warga India menghalang beliau dari menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran BN di …

Membaca

KETIKA berkunjung ke sebuah kedai buku di Johor Bahru baru-baru ini, saya sempat membelikan buku cerita bahasa Inggeris terbitan Ladybird untuk anak saya yang berusia lapan tahun yang memang minat membaca.

Saya tertarik apabila terdapat juga versi CD-ROM bagi buku-buku tersebut, selaras dengan zaman teknologi maklumat sekarang. Lantas, saya membeli kedua-duanya sekali. Tujuan saya hendak menguji minat anak saya - buku atau CD.

Selepas dia selesai menikmati buku cerita kegemarannya, saya tunjukkan pula versi CD dan menikmatinya pula melalui skrin komputer. Terpegun dengan persembahan grafik yang menarik dan penuh warna-warni agaknya, ditambah pula dengan suara penyampai yang memikat dan kesan bunyi yang hebat saya lihat anak saya lebih asyik dan seronok berdamping dengan komputer daripada berulit dengan buku lagi. Sejak dari itu, buku cerita dalam bentuknya yang konvensional sudah tidak menarik minatnya lagi. Begitulah kuatnya pengaruh 'buku elektronik' dewasa ini khususnya pada …

Bilik Kuliah

Selesa mengajar sekarang kerana hampir semua bilik kuliah telah dilengkapi dengan alat pengajaran TEC seperti kemudahan PC, projektor LCD. Tidak perlulah lagi bergantung kepada papan putih dan juga OHP yang dirasakan sudah agak ketinggalan zaman itu.

Keselesaan berganda dengan dua unit penyaman udara di samping jendela kaca yang dilapisi dengan filem hitam menghalang bahang matahari. Namun ada kekurangannya- penyaman udara lebih kerap tidak berfungsi dari sepatutnya. Sekali lagi aspek penyelenggaraan tidak diberikan perhatian sewajarnya. Jangan biarkan keadaan ini berterusan. Keselesaan amat penting untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Lori terbalik

Saya,isteri dan Haziq dalam perjalanan ke Taman Yayasan untuk membeli belah di Pasaraya Nirwana bila terserempak dengan sebuah lori terbalik.