Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Pemenang

Malam ini saya dan Haziq singgah di sebuah kedai menjual majalah dan akhbar di tepi jalan. Haziq mahu membeli majalah sukan kesukaaannya yang terbit dua minggu sekali. Saya dapat mengesan penjualnya melayan saya dengan Haziq dengan buruk. Mukanya pun nampak tidak menyamankan. Endah tak endah sahaja.  Pun begitu saya tidak terkesan pun dengan layanan penjual itu. Saya tetap gembira.   Sebaliknya saya melihat Haziq yang berubah caranya. Dia menunjukkan reaksi yang tidak senang kepada penjual itu.Dia nampak marah dengan layanan penjual berbangsa India itu.


Sebaik-baik sahaja beredar meninggalkan kedai, Haziq bersuara,  "Kenapa ayah senyum aja dengan orang yang jual majalah tadi. Kan dia layan kita macam hendak tak hendak aja"

Saya beritahu Haziq, "Kenapa kita harus mengizinkan dia menentukan cara kita dalam bertindak? Kita yang berhak tentang bagaimana kita perlu bertindak, bukannya orang lain.

“Tapi dia layan kita teruk,” bantah Haziq. Saya tahu dia amat tidak puas hati d…

Lelaki

 "Orang lelaki  miang, ego, dan buat tidak kesah"
Ini pandangan umum orang perempuan tentang lelaki. Betul ke begitu? Mungkin betul dan mungkin
tidak. Dr Fadzillah Kamsah yang didengar lewat corong radio pagi ini melihatnya dari sudut yang berbeza. Pandangan songsang ini perlu pembetulan. Sambil tidak menafikan bahawa lelaki memang miang, memiliki sifat yang memang tidak disenangi orang perempuan ini ada asas dan sebabnya.

Kata Dr Fadzilah, orang lelaki kalau tidak miang, bukan lelaki namanya. Sifat ini memang perlu ada pada lelaki kerana sifat inilah yang menyumbang kepada "kelelakian" itu sendiri. Lelaki yang tidak miang membawa isyarat bahawa ada yang tidak kena dengan keinginannya. Dan ini tentunya tidak baik dalam kerukunan dan hubungan suami isteri. Dan isteri tentunya tidak suka ini berlaku pada pasangannya. Cuma, kata Dr Fadzillah lagi, tahap kemiangan ini perlu dikawal dan disalurkan dengan betul.

Semua orang ego tidak kira lelaki dan perempuan. Ego ialah …

Mulut

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." Surah Qaaf - Ayat 18

Ustaz Norhisyam mengutarakan ayat ini apabila bercakap tentang perlunya menjaga mulut. Anggota yang darinya terpacul kata-kata memang sangat perlu dikawal penggunaannya. Dari mulut keluar ungkapan yang baik dan enak di dengar juga yang pedas, berbisa dan menyakitkan. Mulut juga menyebar fitnah, mengumpat dan memaki.

Hebatnya kuasa mulut. Benarlah kata pepatah orang tua, kerana mulut badan binasa. Kita melihat di sekeliling kita betapa mulut membawa keruntuhan dan kehancuran orang lain juga punahnya sebuah rumah tangga. Hatta kerana mulut juga sebuah kerajaan dan negara pun bisa tumbang.

Ada mulut celupar. Tidak kurang juga mulut yang tidak berhenti-henti melontarkan kata-kata tanpa kawalan.. Membelasah apa sahaja tanpa mengira hati dan perasaan orang lain. Mulut juga boleh memuji d…

Kain

Beberapa orang budak kampung tanpa segan silu dilihat merokok ketika bermain bola di dataran sebelah rumah. Mereka adalah pelajar sekolah berusia sekitar 15 hingga 17 tahun. Di usia begitu mereka tidak sepatutnya merokok. Selain tabiat ini, ada satu lagi yang amat tidak saya senangi dan sakit sangat telinga saya mendengarnya. Penggunaan perkataan-perkataan yang tidak senonoh dan amat tidak enak didengar bagaikan satu kebiasaan kepada mereka. Mereka pernah saya tegur namun tidak sangat memberi kesan. Tabiat tetap tinggal tabiat.

Petang ini saya mencadangkan kepada isteri agar perkara ini diadukan kepada ibubapa mereka. Saya fikir itu cara paling baik. Anak-anak yang masih belum terlewat untuk dilentur ini perlu diselamatkan dan ibubapa mereka perlu tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di luar pengetahuan mereka. Saya yakin anak-anak ini mungkin dilihat baik di depan ibubapa di rumah tetapi tidak sebegitu pula di luar rumah. Mereka mungkin mengambil kesempatan melampiaskan keinginan m…

Nilai

Seorang pakar motivasi yang kian popular dan mendapat tempat di hati orang ramai berpesan di corong radio pagi ini agar redha Allah yang kita cari dan bukan mencari penghargaan manusia. Mudah saja maksudnya, tidak kesahlah kalau kita tidak bernilai di mata orang asalkan dimataNya kita diterima dengan redha setiap apa yang kita lakukan. Memang ada benarnya. PenilaianNya itulah yang lebih penting daripada penilaian manusia.

Berbicara tentang nilai, ingin saya kongsikan cerita ini. Ia mungkin cerita rekaan namun mesejnya tentang nilai cukup dekat dengan kita. Kisah tiga tin Coca-cola yang dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza. Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di pasar mini  biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletakkan pada harga RM1.50.Tin yang kedua pula diturunkan di seb…

Ujian

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
Mantoba yang datang berkunjung ke rumah malam tadi menyatakan rasa kecewa yang teramat sangat. Rumahnya terlibat dalam banjir yang berlaku baru-baru ini. Agak teruk juga. Saya simpati dengannya dan membantunya sekadar termampu.

Namun saya meilhat bantuan yang diberikan bukanlah pengubat kepada segala dukalara yang ditanggung. Kekuatan dan semangat yang mungkin sudah ranap ditelan air banjir perlu dibina semula untuk mendepani hari-hari berikutnya. Lebih penting kesediaan dan keredaan untuk menerimanya dengan hati yang amat terbuka. Saya mahu beliau melihat ujian yang baru dihadapinya bukan sebagai bencana tetapi sebagai sebahagian daripada masa lalu yang berharga dan istemewa. Ada beberapa pelajaran penting dan berharga dari ujian itu.

Umpama menaiki sebuah roller coaster,…

Pertunangan

Saya tidak ingat tarikh yang tepat bila saya bertunang. Kalau ingat pun, ia sekitar tahun 1987, kira-kira 26 tahun yang lalu. Majlis itu sangat-sangat sederhana saya kira. Saya hanya mengharapkan Pak Alang saya, isterinya dan anaknya mewakili saya dan ibu bapa saya untuk meminang. Hantaran pun ala kadar  sahaja. Saya tidak turut serta pun dalam rombongan yang cuma sebuah kereta itu sahaja. Saya tahu persiapan di pihak perempuan juga ala kadar.

 Sekarang ini keadaan sudah sangat berbeza. Orang ramai memilih untuk mengikut apa yang ramai orang lain buat, walau pun ia tidak perlu pun. Saya melihat majlis pertunangan sudah macam majlis perkahwinan. Pakai baju macam pengantin. Siap dengan mekap tebalnya. Lagi dahsyat siap dengan pelamin dan hantaran lagi. Kemudian ada pula sesi fotografi dengan pasangan. Posing pulak sudah macam sudah sah suami isteri gamaknya!

Lepas tu, kecoh.. Kecoh sekalian alam. "Aku dah bertunang.. Aku dah jadi milik dia. Tak ada siapa boleh rampas dia dari ak…

Ubi

Bila balik kampung saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menikmati sajian masakan kampung yang disediakan oleh nenek dan Mak Utih. Walapun arus permodenan bergerak pantas, nenek nampaknya masih selesa dengan dapor kayunya. Satu sudut khas disediakan untuk itu sekiranya nenek diminta oleh anak cucunya yang balik mengunjunginya sekali-kala untuk memasak menggunakan dapor kayu. Memang tidak dinafikan nasi yang dihasilkan dari atas dapor kayu begitu beraroma dan enak berbanding tanakan dapor jenis moden.

Selain daripada menikmati lauk ikan lais masak asam pedas belimbing dan berulamkan ulam raja, nenek turut mengajak saya dan Aman sama-sama mencabut ubi kayu yang ditanamnya sendiri. Berpeluh juga..hendak mengeluarkannya. Namun, penat kami berbaloi. Kami menikmati ubi rebus nenek dengan enaknya bersama sambal tumis ikan bilis yang tidak dapat digambarkan kesedapannya. Makin sedap bila diiringi hujan lebat yang mencurah-curah membasahi bumi. Mahu sahaja dihabiskan satu periuk ubi rebus…

Bercampur

Haziq bertanya kepada saya tentang sekular. Dia tidak faham dan mahu saya menjelaskannya.Saya mahu dia faham tanpa sukar. Pendekatan terbaik ialah dengan menggunakan analogi.

Saya percaya kita semua pernah melukis.Bila melukis kita akan bermain dengan warna. Begitu juga bila kita mengecat. Kita akan mencampur warna dan cat selalunya. Mencampurkan warna merah dengan putih misalnya dan kemudiannya warna air tersebut bertukar menjadi warna merah jambu.

Begitu juga bila kita buat air teh. Mencampurkan susu, gula dan teh dan akhirnya sejug air terhasil. Andainya  kamu disuruh mengasingkan kembali semua campuran tersebut, mampukah kamu mengasingkannya? Mengasingkan warna merah dan putih dari warna air merah jambu yang telah tersedia? Mengasingkan warna-warna cat? Atau barangkali mengasingkan susu dan gula dari air teh tersebut, mampukah kamu mengasingkannya?

Itulah analogi saya tentang kehidupan ini. Semuanya bercampur sehinggakan kita tidak mampu mengasingkan di antara jahiliyyah d…

Mengalah

Saya mengisi minyak di sebuah stesyen minyak yang agak sibuk. Secara kebetulan pelanggan yang beratur agak ramai. Saya berada di celah-celah barisan itu. Di depan saya menunggu giliran seorang lelaki yang agak berusia sekitar lewat 60an. Di belakang kaunter pula ada seorang wanita yang kelihatan berusia namun tidak pandai pula saya untuk mengagak usianya.

Saya terdengar lelaki itu berkata dengan perlahan, "Duit baki lima ringgit yang awak kembalikan ini koyak di bucu," Wanita tersebut pantas menjawab dan didengar agak kasar, "Ada orang bayar guna duit koyak. Nasiblah orang yang dapat duit tu. Salah orang lain takkan kita nak tanggung"

Lelaki itu menjawab dengan rasional, "Tak apa..nanti saya guna untuk bayar parking. Mungkin boleh terima". Dia berlalu sambil wajah menguntum senyum. Mungkin pada fikirannya tidak perlu melayan kerenah orang dalam emosi.

Pada saya lelaki itu bertindak tepat. Dia tidak bertegang leher dengan wanita itu yang tidak akan sudahn…

Perpisahan

Lokman mendaftar sebagai pelajar IPTA hari ini. Bersama-sama ibu dan ayahnya serta ahli
keluarga yang lain saya diajak sama untuk menghantarnya ke UiTM Jengka. Saya diajak kerana kononnya saya agak arif tentang arah haluan ke sana. Saya pernah bersemayam di bumi Jengka lebih kurang 20 tahun yang lalu. Jengka bukanlah tempat yang menarik untuk didiami. Jengka tidak seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Pada mulanya Lokman agak keberatan untuk ke Jengka. Saya tahu dia enggan kerana dua sebab utama. Sains Sukan bukanlah minatnya pun. Dia lebih cenderung kepada IT. Kedua, dia tidak pernah bercenggang dengan ayah dan ibunya. Jadi, perantauannya kali ini adalah yang pertama dalam hidupnya setelah 17 tahun hidup di bawah ketiak ayah dan ibunya.

Khabarnya, ibunya memujuknya dengan memenuhi satu-satunya permintaannya yang lama tertangguh. Lokman dapat juga memiliki handphone baru yang sangat diidamkannya selama ini. Kedua-dua anak dan ibu menang. Anak berjaya dipujuk dan ibu pula berjaya memu…

Kucing

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).    Riwayat Muslim

Sejak beberapa hari yang lalu beberapa ekor kucing singgah di Teratak Kasih. Kehadirannya memang tidak diundang pun apatah lagi dijangkakan. Saya tahu kucing-kucing ini secara sengaja ditinggalkan di depan rumah saya. Saya pernah terserempak sebuah kereta berhenti di depan pintu pagar di kala malam bulan mengambang dan melepaskan sesuatu dari keretanya. Pastinya kucing dan saya tidak menolak kehadiran haiwan ini.

Pagi ini, menjengol dua ekor lagi anak kucing. Berbulu puteh dan tidak sangat terurus. Kusut masai. Mengiau-ngiau tanpa henti. Saya tahu dua ekor kucing ini sangat lapar lantas mengurus masalahnya cepat-cepat. Sejak kehadiran dua ekor anak kucing awal bulan lalu, Haziq menyuarakan rasa kurang senangnya. Isteri juga sedikit tidak setuju bila saya kata kucing-kucing jalanan itu dibela sahaja. Masalahnya cuma satu sahaja- kucing tidak berdisiplin dalam mengurus…

Tekanan

Saya mendengar celoteh isteri tentang tekanan kerja yang dihadapinya di sekolah..Saya cuma menjadi pendengar setianya. Bukan sangat soal kerja itu yang menekannya tetapi Guru Besarnya yang tidak kenal letih berceloteh dan mengganggu konsentrasinya. Ia bagai isu yang tidak pernah selesai.

Bukan rahsia lagi bahawa kerjaya guru dikatakan paling hebat menghadapi tekanan berbanding kerjaya yang lain. Tekanan datang dari semua arah. Atas dan bawah. Kiri dan kanan. 360 darjah.

Menjadi guru tidaklah sangat bermasalah sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada bidang tugas paling hakiki iaitu mengajar dan mendidik anak murid. Sepatutnya begitulah. Namun ia tidak begitu. Guru telah, sedang dan akan terus diletakkan di atas batu jemalanya beban dan tanggungjawab yang tidak cukup larat untuk ditanggung lagi. Guru bagaikan seorang pelakon yang melakonkan pelbagai watak. Diluar dari tugas mengajar dalam kelas itu sendiri, guru diminta melakukan pelbagai tugas secara paksarela sehingga adakalanya men…

Cermin

Pagi ini saya mengusik isteri saya yang suka sangat bercermin. Setiap kali berdandan, dia tidak pernah puas dengan melihat satu cermin yang ada di bilik utama. Di depan cermin, dia akan membelek-belek wajahnya dan membetulkan tudungnya. "Dah cantik tu", saya menyergahnya.

Kemudian dia akan beredar ke bilik kedua, juga membelek apa yang patut. Begitu juga di bilik yang ketiga dan akhirnya tamat di bilik yang ke empat. Saya jangkakan ia selesai di situ. Saya silap. Sebaik sahaja melabuhkan ponggongnya di kereta, cermin kereta dijadikan mangsa. Begitulah wanita yang memang sangat akrab dengan cermin. 

Ada kisah yang menarik tentang cermin ini. Ia tentang sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok ( dua tingkat dan mewah lagi) dalam hutan. Kerja suaminya mencari makanan seperti memburu atau memetik buah - buahan hutan. Manakala isteri pule hanya duduk mengemas di rumah sahaja.Suatu hari sedang suami mencari makanan di hutan, tiba - tiba beliau terjumpa cerm…

Pendekatan

Saya melihat Hafiz dan Hadif  dua orang kanak-kanak yang bijak. Beza umur mereka cuma setahun sahaja. Hafiz berusia 9 tahun dan Hadif 8 tahun. Tiada banyak perbezaan antara mereka. Kedua-duanya mudah mesra, ringan tangan dan amat senang di dekati. Kalau ada pun perbezaan, Hadif dilihat lebih petah bercakap berbanding abangnya yang sedikit pendiam. Dengan Hafiz, bila ditanya sepatah, dijawab sepatah. Disuruh satu, dibuat satu. Ini berbeza dengan Hadif yang kelihatannya lebih aktif dan adakalanya terlalu proaktif. Tindakannya akan melangkaui apa yang sekadar disuruh sahaja. Kalau disuruh satu, dia akan buat lebih dari satu.Hadif cukup inkuisitif dan "curious".

Saya selalu mendengar Hafiz merungut kerana ayahnya lebih banyak menyuruh Hadif melakukan sesuatu dan diberikan perhatian yang istemewa.Malah sering diberikan hadiah oleh ayahnya. Hafiz rasa macam disisih dan tidak diperlukan.

Petang ini saya menguji kedua-duanya. Saya ingin Hafiz mencari jawapannya sendiri mengapa ia d…

Gaji

Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk diputuskan.
“Kita akan bentangkan kepada pihak atasan untuk perhatian sewajarnya,” katanya ketika diminta mengulas desakan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya ia dikaji semula kerana tidak pernah ditambah baik sejak lebih 10 tahun lalu.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wilayah, di sini semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 81 skim perkhidmatan awam akan diberi penambahbaikan, berkuat kuasa Januari 2014.

Sebelum itu, 86 skim perkhidmatan dikaji…

Zarah

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung. Dan barangsiapa yanng melakukan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung” (Alzalzalah)

"Ayah, apa itu zarah? Haziq mengajukan pertanyaan tersebut bila dia berjumpa istilah itu di dua ayat terakhir surah Zalzalah.Dia memerlukan penjelasan. Bagaimana agaknya sebesar zarah itu? Adakah sebesar bola? Adakah sebesar pasir?Atau sekecil debu dan habuk yang berterbangan yang tidak terlihat oleh mata kasar? Sememangnya sebesar zarah itu memerlukan beberapa kali pembesaran mikroskop.

Di mata yang Esa, baik buruk amalan hambanya walau sebesar zarah sekalipun tidak terlepas dari hitungannya. Yang tidak baik adalah dosa walau sekecil mana pun begitu juga yang baik adalah pahala. Justeru, kita perlu berhati-hati agar tidak terdorong untuk melakukan dosa walau sekecil mana pun sifatnya. Saya kongsikan dengannya cerita seorang alim yang sentiasa membawa lilin bersamanya. Bila dia rasa ingin berbuat do…

Tutur

Setiap tutur kata itu adalah doa. Justeru itu berhati-hatilah sebelum menuturkan kata-kata. Timbang dan fikir dulu. Kalau baik yang keluar, baiklah kesan dan hasilnya, begitulah juga sebaliknya. Kata pepatah, terlajak perahu masih boleh diundur, namun kalau kata yang terlajak buruk padahnya.Oleh itu banyakkan kata-kata yang positf dan kurangkan tutur kata yang berbau negatif. Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif.

Cerita yang saya dengar dari seorang Ustazah melalui corong radio pagi ini rasanya elok dijadikan panduan. Kisah yang mungkin kita sendiri pernah mengalaminya. Kisah dua orang sepupu Hafiz dan Hadif yang cukup rapat bagaikan adik beradik dan tinggal berjiran. Suatu petang mereka memanjat pokok jambu air yang sedang masak ranum di laman rumah mereka. Kedua-duanya cukup pandai memanjat sehingga sampai di dahan yang agak tinggi.

Ibu Hafiz yang kebetulan baru memberi ayam makan di belakang rumah ternampak anaknya dan Hadif di a…

Kotor

Hasrat untuk mandi manda sambil bersantai di tiga buah pantai saya kuburkan sahaja. Saya dan keluarga termasuk mentua ke pantai Desaru, Tanjung Balau dan Teluk Godek Air Papan sekaligus hari ini. Dari rumah semuanya kelihatan seronok benar lebih-lebih lagi Haziq yang kepingin sangat untuk mandi air laut. Namun kegembiraan bertukar kehampaan yang tidak dapat disembunyikan dari wajah masing-masing.

Jejakan kami di pasir pantai di sambut oleh pemandangan yang menyerabutkan dan memualkan. Pantai Desaru bukan sahaja kotor dan bertebaran sampah sarapnya malah dikatakan tandus dengan kemudahan untuk pengunjung. Gerai-gerai makanan yang bagai tidak terurus dan tidak nampak bersih lantas tidak cukup menggamit kami untuk duduk menghilang lapar dan dahaga. Tempat untuk bersantai melamparkan hidangan yang kami bawa sendiri juga cukup terhad dan tidak juga bersih. Kami cuma singgah tidak sampai pun 15 minit di pantai yang dikatakan cukup gah ini. Tidak sanggup rasanya untuk berlama-lama di pantai …

Telur

Kebah

Hari ini baru terasa sedikit kebah selepas tiga hari demam ditambah dengan jangkitan tonsil yang begitu memeritkan. Kata doktor demam berpunca dari jangkitan tonsil itu. Sejak beberapa tahun yang lalu doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk mengelak jangkitan berulang. Saya tidak sangat bersetuju justeru saya boleh bertahan dan doktor pun berkata ia tidaklah begitu serius. Saya cuma perlu berjaga-jaga dalam soal makanan. Pastinya menjauhi makanan pedas dan berminyak yang berlebihan. Dan paling penting kurangkan minuman berais dan kalau boleh hentikan terus. Ia begitu mudah tetapi cuaca panas gagal menyekat keinginan untuk mengambil ais secara berlebihan. Dan saya dilanda sakit tekak lagi.

Saya mendatangi dua doktor yang berbeza. Pandangan dan jenis ubat yang diberi juga berbeza. Lantas impaknya turut berbeza.Lazimnya saya tidak akan beralih arah pada mana-mana doktor selain setia pada doktor yang pertama ini. Namun selepas 3 hari tanpa sebarang tanda pemulihan, isteri menya…

Hujan

Hujan turun lagi. Bumi Segamat dibasahi. Lembab. Sejuk. Fikiran jauh melayang terkenang saat-saat merandai air bah waktu kecil-kecil dahulu. Lagu dendangan Sudirman kedengaran di corong radio mengiringi rintik-rintik hujan yang jelas kelihatan di luar jendela.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut


Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Pena Tumpul - Moga Allah mengampunkan semua warga Segamat, Amin...

Pengaruh

Adakalanya kita rasa cukup kecewa bila kata-kata kita tidak diendah dan dipandang sepi,
lebih-lebih lagi mereka yang sangat dekat dalam hidup kita. Mereka yang sebelum ini dengan mudah sahaja mendengar apa yang kita sampaikan tiba-tiba bertukar sebaliknya. Apa yang kita kata langsung tidak menarik perhatian mereka pun. Bila ini berlaku, lazimnya kita akan menyalahkan mereka dan bukan diri sendiri.  Menyalahkan orang lain kerana enggan mendengar dan memberi perhatian bukanlah tindakan yang betul sebenarnya.

Kita patut melihat di mana silapnya kita terlebih dahulu. Muhasabah dan mencari kesalahan diri sendiri. Kata Ustaz yang saya petik dari tulisannya di majalah Solusi, kita patut belajar dan mencontohi ulama terdahulu. Beliau mencoretkan kisah Fudayl bin Iyad yang bertaubat akan setiap kesalahan yang mungkin pernah dilakukannya sekiranya isteri, anak-anak dan keldainya melawan perintahnya. Setelah membetulkan dirinya dia akan segera melihat perubahan dalam diri mereka. Mereka akan me…

Syaitan

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya"

(Surah AlBaqarah: 268)


Dalam pembacaan rutin saya sambil mentadabur isi alQuran, saya sangat tertarik dengan maksud ayat di atas. Agenda syaitan pelbagai bentuk dan caranya. Rupa-rupanya memang kerja jahat syaitan untuk selalu menakut-nakutkan  orang-orang yang berinfak dan membujuk kita manusia  agar bersifat bakhil dan kedekut. Syaitan membayangkan kepada manusia bahwa berinfak atau bersedekah itu akan menghabiskan harta benda, dan akan menyebabkan kita menjadi miskin dan sengsara. Oleh sebab itu harta benda mereka harus disimpan untuk persiapan di hari depan dan tidak perlulah disedekahkan ke…

Malam

Selalu orang berkata, malam pertama perkahwinan adalah malam yang amat membahagiakan malah
menyeronokkan. Pun begitu ada yang melihat ia malam yang menggusarkan lebih-lebih lagi kepada sang isteri. Kegusaran pastinya bersebab. Tidor sebilik dengan seorang yang sangat asing mengundang seribu satu macam perasaan.

Saya ingin berkongsi secebis kisah yang agak melucukan di malam pertama ini.Ia gara-gara sang isteri yang salah fahamannya tentang malam pertama.

Sang suami yang baru menikahi gadis pilihan hatinya merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang. Dengan jengkel suaminya berkata..."Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?"

"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi", ujar isteri penuh
yakin.

Kesian suami yang menunggu termangu sa…

Pandangan

Saya mengunjungi seorang rakan lama malam tadi. Lama saya bersembang dengannya namun perbualannya tidak serancak ketika beberapa bulan lalu. Dia kelihatan sugul bagai mengendong masalah yang cukup berat. Dia sudah tiga bulan tanpa pekerjaan rupanya. Dia hilang pekerjaan justeru syarikatnya tenat dan memaksa ramai pekerja diberhentikan. Saya tahu dia cukup sedih berdepan dengan kenyataan hidupnya sekarang. Dia bernasib baik kerana isterinya masih bekerja. Begitu juga bergantung harap kepada sedikit simpanan. Namun selama manalah dia boleh bertahan tanpa kerja tetap begitu.

Saya tidak mampu memberi pekerjaan kepadanya. Saya cuma mampu berkongsi apa yang saya baca. Buku "Jangan Bersedih" yang kerap saya baca mengatakan begini, ambillah hikmah dari setiap kejadian. Ketika mana orang bodoh melihat musibah sebagai satu malapetaka yang amat memeritkan, orang cerdik pula melihatnya sebagai satu usaha untuk merubah kerugian menjadi keuntungan. Bukan gelap yang dilihat tetapi cahaya y…

Telingkah

Saya melihat Hadif dan Hafiz berebut sesama sendiri sebuah basikal kecil yang baru dibeli oleh ayahnya sempena hari lahir Hadif yang ke enam tahun. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Hafiz sebagai abang tetap berkeras untuk mengenderai basikal itu. Hadif adiknya juga berkeras sama. Pertelingkahan berakhir dengan kedua-duanya bergaduh sesama sendiri dan Hadif menangis kuat. Ibu mereka geram. Basikal diambil meninggalkan kedua-duanya berputih mata. Dua-dua kalah.

Keadaan pastinya tidak begitu, kalau Hadif dan Hafiz boleh bertolak ansur. Ia menjadi mudah kalau Hafiz mengayuh basikal dan Hadif pula membonceng di belakang. Dua-dua akan menang. Amat mudah.

Namun dalam banyak keadaan apa yang dilihat tidak berlaku begitu. Ada pihak yang lebih rela bertelagah sesama sendiri sebangsa malah seagama untuk sesuatu yang tidak tentu pastinya. Fitnah sesama sendiri. Cucuk mencucuk. Dalam keadaan yang lebih ekstrim, medan rusuhan dan pertempuran menjadi pilihan. Meja rundingan tidak dilihat penting.

K…

Hati

Kalau batang tubuh atau anggota badan sakit, ia selalunya mudah dikesan dan nampak di mata.
Kalau sakit gigi misalnya, ubatnya ialah cabut dan hilanglah sakitnya. Pun begitu kalau hati yang sakit, ia tidak boleh diubat dengan sebarang ubat yang disyorkan oleh mana-mana doktor pun. Sakit hati ialah sakit rohani dan ubatnya juga perlu rohani sifatnya.

Kata Dr Fadzilah Kamsah ada beberapa kaedah untuk merawat hati yang sakit. Di antaranya ialah:
1. Jaga solat lima waktu selain membanyakkan solat-solat sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari ; istighfar minimum 70 X sehari
3. Baca Quran; hayati maknanya juga setiap hari
4. Bersangka baik dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
5. Menangis dan  insaf akan dosa-dosa yang lalu
6. Berbuat baik kepada ibubapa dan  memohon doa daripada ibubapa
7. Berpuasa sekerap mungkin
8. Berdamping dengan orang-orang soleh dan alim ulama'
9. Jauhi orang-orang yang sakit hati atau busuk hati agar terhindar auranya
10. Doa bersungguh-sungguh untuk m…

Kebaikan

Saya didatangi oleh seorang kawan lama yang bercerita tentang dirinya yang baru berpisah dengan isterinya. Usia perkahwinan mereka sangat lama mejangkau hampir 30 tahun namun sudah sampai situ jodoh mereka. Dia menerimanya dengan hati terbuka. Namun ada seperkara yang tidak sangat suka saya dengar bila dia asyik bercerita tentang keburukan pasangannya. Semuanya buruk sehingga tiada satu pun yang baik diceritakannya. Saya rasa ini tidak adil untuk bekas isterinya.

Kita perlu sedar dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut.

Dalam hubungan ini pernah Rasulullah s.a.w membantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“…

Cetek

Antara kolum yang paling menambat hati saya dalam majalah Solusi ialah Angguk Geleng yang memaparkan kisah-kisah walaupun pendek dan santai tetapi ada mesej yang boleh dijadikan renungan. Kisahnya tentang manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini. Adakalanya kisah yang disajikan diselit sindiran. Siapa makan cili akan terasalah pedasnya.

Ia kisah Yang Berhormat yang dijemput untuk majlis khatam Quran di salah sebuah sekolah tahfiz di Segamat. Dalam majlis itu dia diperkenalkan kepada beberapa orang pelajar tahfiz. Dalam sesi ramah mesra itu berlakulah sesuatu yang agak melucukan malah memalukan juga. Yang Berhormat ini bertanya kepada seorang pelajar bertubuh kecil.  "Nama anak sapa?" "Hafiz" "Anak umur berapa tahun?"  "7"tahun"  "Sudah hafal berapa juzuk? "30"

Dia terus bertanya lagi soalan yang tidak cerdik ini. "Jadi berapa juzuk lagi hendak hafal tahun ini?"
Pelajar itu keliru dengan soalan yang tidak dijangkany…

Merokok

"Saya tidak risau harga rokok dinaikkan tetapi yang membimbangkan saya bila rokok sudah tidak ada di pasaran lagi"

Begitulah reaksi spontan seorang kawan rapat saya terhadap harga rokok yang naik melambung hari ini. Dia kata dia tidak kisah pun berapa pun harga rokok kerana dia tetap akan membeli rokok dan merokok. Malah dia sanggup beralih kepada rokok berjenama tiruan sekiranya dia memang sudah tidak mampu untuk membeli rokok berjenama popular yang sudah mahal itu. Umum mengetahui rokok tiruan jaub lebih murah tetapi kandungannya sangat diragui. Jadi, sudahlah merokok itu memang membahayakan ditambah lagi dengan dengan penggunaan bahan yang murah dan meragukan.

Saya bersyukur saya tidak merokok. Selain daripada kepantangan isteri terhadap bau asap rokok dan penolakannya yang bukan kepalang terhadap penghisap rokok, saya tidak dapat membayangkan sejumlah wang yang perlu dileburkan sekiranya saya merokok.

Ketika saya melihat segelintir kawan rapat yang bagaikan sudah candu r…

Hantaran

Lebih seminggu tidak menulis di sini. Bersawang dan sebun. Pena sudah benar-benar tumpul
rupanya dan perlu diasah biar tajam semula. Tiada apa yang hendak ditulis juga. Masa yang agak menghambat juga turut menjadi sebab. Pejam celik siang bertukar malam begitu pantas terasa. Banyak kerja yang lebih penting lagi perlu diberikan keutamaan. Kerja kursus pelajar yang perlu disemak. Begitu juga proses memasukkan markah yang memerlukan ketelitian. Selain kewajipan mengawasi peperiksaan di hujung minggu juga. Alasan memang bijak dicari kerana pada akhirnya yang lebih penting ialah kegagalan mengurus masa sebenarnya.

Hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadiri majlis pertunangan anak kepada seorang kawan. Majlis yang agak sederhana. Saya tertarik dengan hantaran anak perempuanya. Di celah-celah lebih kurang 9 dulang itu, terisi sebuah dulang dengan senaskah majalah bola sepak. Macam-macam boleh dijadikan bahan hantaran sekarang rupanya, hatta majalah sekali pun. Barangkali dengan harga…