Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Wakil Rakyat

Petang Ahad lalu berlangsung majlis ramah mesra penduduk Gudang Garam dengan tiga YB yang baru dipilih dalam PRU12 lalu. Dengar khabar banyak juga permintaan yang diajukan oleh mereka yang hadir. Soal jalan tentunya tidak pernah ketinggalan. Masa inilah nak suarakan segala yang terbuku di hati. Diharapkan YB tidak akan memandang ringan permintaan mereka yang telah memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Tanpa diketahui punca dan sebabnya majlis ini cuma dihadiri oleh warga emas yang rata-ratanya sudah melewati usia 60 tahun. Kemana perginya golongan muda,mungkin majlis ini tidak penting buat mereka.

Lensa

BERSAMA SEPUPU2 DI MAJLIS PERKAHWINAN KERATONG 26APRIL APA YANG MENGGELIKAN HATI MAK ITAM DENGAN KELENTONG ANAK SAUDARANYA TU.. MAK ITAM DAN PAK ITAM..MASIH MANTAP HAZIQ DAN HAFIZ SEMPAT BERAKSI DI PERKARANGAN NIRWANA TAMAN YAYASAN

Pakaian

BUKANKAH NAMPAK SOPAN DAN MANIS BEGINI.. Dewasa ini cara berpakaian orang-orang kita terutama remaja dan perempuan amatlah membimbangkan, dan mampu mengundang banyak gejala yang kurang sihat. Contohnya remaja sekarang sangat gemar memakai pakaian yang menjolok mata, sebenarnya perkara ini bukanlah baru, cuma sejak akhir-akhir ini pemakaian mereka dilihat agak kritikal, justeru pakaian yang dipakai adakalanya menampakkan benda yang sepatutnya disembunyikan. Sebagai contoh, bajunya singkat, pendek dan saya rasa itu bukan saiz mereka pun, tidak tau lah kalau mereka tersalah ambil baju adik mereka Di sini lah timbulnya istilah “baju adik” (gelaran baju yang dipakai remaja atau perempuan tetapi pendek dan ketat) namun saya rasa mereka memang menggemari bentuk baju begitu. TREND REMAJA PEREMPUAN KINI..SESUAIKAH? Itu baru baju, kalau cerita pasal seluar pula, seluar mereka memang lah panjang, tetapi ketatnya pula satu hal, sudah lah ketat bercawat pendek hingga kebawah pusat, apabila mereka

Salin

Pulang sahaja dari sekolah saya melihat Haziq yang belajar di Tingkatan 1 SMK Gemereh sibuk menggunting akhbar. Saya mendekatinya yang sedang tekun menampal beberapa keratan akhbar dalam Bahasa Melayu di dalam buku latihannya, Menurutnya Cikgu mengarahkan semua pelajar berbuat demikian. Tampal dan kemudian menyalin semula bulat-bulat dalam buku latihan. Tiada langsung usaha penjanaan minda berlaku. Saya mula mempersoalkan dimana kewajaran latihan tersebut. Saya memberi cadangan kepada Haziq tentunya lebih baik sekiranya beberapa soalan digubal sendiri daripada keratan yang dipilih dan dibaca. Dia kelihatan bersetuju tetapi arahan guru lebih perlu untuk dipatuhi. Hati kecil saya berkata "Senangnya jadi cikgu....Dan malam ini perlu ke kedai fotokopi pula untuk membuat salinan beberapa muka surat daripada buku teksnya. Arahan cikgu, katanya.

Mulut dan Jiran

Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik.Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya. Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan. Saya dikira kurang bernasib baik justeru memiliki jiran yang kurang baik laku dan tuturnya. Saya mengakui bahawa saya pun ada kelemahan. Namun tidaklah sampai menyakiti hati jiran sebelah apatah lagi menggugat ketenteramannya. Minggu lepas,dengan nada penuh sindiran anak jiran di usia belasannya melemparkan kata-kata kesat dari jarak yang cukup jelas untuk saya tangkap maksud dan tujuannya. Tanpa rasa silu dan hormat terhambur kata-kata yang cukup pedih untuk dimamah hatta ditelan. Dengan nada sinis terpacul kata-kata yang begitu memualkan dan meloyakan. "Inilah Melayu, tidak

The Hare and The Tortoise - New Story

Once upon a time a tortoise and a hare had an argument about who was faster. “I’m the fastest runner” said the rabbit. No! I’m the one!” said the tortoise. They decided to settle the argument with a race. They agreed on a route and started off the race. The hare shot ahead and ran briskly for some time. Then seeing that he was far ahead of the tortoise, he thought he'd sit under a tree for some time and relax before continuing the race. “Poor guy! Even if I took a nap, he could not catch up with me!” saying this, the rabbit dozed off under a tree! The tortoise plodding on overtook him and soon finished the race, emerging as the undisputed champ. The hare woke up and realized that he'd lost the race. The moral of the story is that slow and steady wins the race. This is the version of the story that we've all grown up with. However, we prolong the story and it continues… The hare was disappointed at losing the race and he did some soul-searching. He realized that he'd los

Tersepit

Ketika sedang asyik menonton Buletin Utama diTV3 malam tadi tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari adik ipar saya. Dalam telefon saya terdengar lolongan yang agak kuat bagai menahan kesakitan. Tidak syak lagi itu adalah jeritan milik Denko, anak saudara saya yang berusia enam tahun. Dalam nada cemas, emaknya memberitahu saya sesuatu yang menggemparkan. Malah melucukan juga. "Denko tersepit anunya pada zip seluar jean yang dipakainya. Saya bergegas ke rumahnya yang kebetulan cuma sepelaung jaraknya dari rumah saya. Saya lihat siibu yang kelihatan gementar dan mak mertua yang juga nampak cemas sedang bertungkus lumus melepaskan "burung" yang tersepit. Kasihan, Denko melolong tanpa paksaan, barangkali menahan sakit yang bukan kepalang. Saya turut memberikan bantuan, namun tidak mahu mengambil risiko. Saya takut satu kesilapan akan menjadikan keadaan lebih terok. Pendarahan pasti berlaku kalau saya cuba bertindak sendiri. Mak mertua mencadangkan supaya di

Sebelum dan Selepas

Sebelum Berkahwin: L: Ya, akhirnya. Puas sudah aku menunggu... P: Awak nak tinggalkan saya? L: Tak! Jangan fikir macam itu. P: Awak cintakan saya? L: Sudah tentu! Sepanjang Masa... P: Pernahkah awak berlaku curang? L: Tak! Kenapa Tanya soalan macam ini? P: Adakah awak kan ciumi saya? L: Setiap peluang yang ada. P: Adakah awak akan memukul saya? L: Gila ke? Aku bukan orang seumpama itu. P: Bolehkah awak saya percayai? L: YA!! P: Sayang......... Selepas Berkahwin: Baca dari bawah ke atas...

AlFatihah

Maklumat ini di perolehi dari satu edaran oleh seorang hamba Allah selepas solat Jumaat. Sila semak kesahihannya: Risalah tersebut berbunyi: Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan; 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. AMIN..............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan deng

Gossip

Next time someone starts to spread GOSSIP think of this: In ancient Greece (469 - 399 BC), Socrates was widely lauded for his wisdom. One day the great philosopher came upon an acquaintance who ran up to him excitedly and said, "Socrates, do you know what I just heard about one of your students?" Wait a moment," Socrates replied. "Before you tell me I'd like you to pass a little test.It's called the TRIPLE FILTER TEST "Triple filter?" "That's right," Socrates continued. "Before you talk to me about my student let's take a moment to filter what you're going to say. The first filter is Truth . Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?" "No," the man said, "actually I just heard about it and..." "All right," said Socrates. "So you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of Goodness. Is what you a

Merokok

Ramai orang tahu merokok membahayakan kesihatan malah pada setiap kotak rokok telah tercatat amaran oleh Kerajaan Malaysia bahawa 'Merokok Membahayakan Kesihatan' yang acap kali dibaca oleh penghisapnya.Merokok adalah satu isu yang amat serius yang telah mencapai tahap wabak dan tabiat merokok di kalangan belia Malaysia kini semakin meningkat dengan cepat. Malah, menurut Kementerian Kesihatan masalah ini telah mencapai tahap wabak yang memerlukan perhatiah serius daripada kerajaan. Hari ini tidak diragui lagi bahawa tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Merokok kini bukan sahaja menjadi tabiat bagi orang dewasa tetapi telah menular di kalangan remaja dan wanita.Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati merokok menyebabkan kematian setiap lapan saat. Malah dianggarkan empat juta kematian dicatatkan setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rokok. Ro

Siapa?

Sebuah laporan polis dibuat oleh seorang pekerja hotel wanita berumur 30 an bahawa seorang ahli politik kanan telah bertindak mencabul beliau pada 14hb April yang lalu di sebuah hotel di ibu negara. Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan. Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ. Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ. Teman lelaki pelayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis. Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang be

Buku

Hari ini 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995 untuk menyemarakkan aktiviti pembacaaan, penerbitan dan juga hakcipta. Tarikh 23April dikaitkan dengan buku dilakukan pada 1923 oleh penjual buku di Catalonia, Sepanyol bagi menghormati kematian penulis Miguel de Cervantes pada tarikh tersebut. Pada tahun 1995, UNESCO memutuskan menyambut Hari Buku Sedunia sebagai mengenang ulang tahun kelahiran dan kematian William Shakespeare, kematian Inca Garcilaso de la Vega dan Josep Pla, kelahiran Maurice Druon, Vladimir Nabokov, Manuel Mejía Vallejo dan Halldór Laxness (Sumber: Wikipedia) Tidak dapat dinafikan, buku menjadi sumber bacaan penting khususnya bagi penggemarnya. Tabiat gemar membaca mencerminkan kemajuan tamadun bangsa dan negara. Rakyat negara yang kemarok membaca selalunya dilihat pantas memacu kegemilangan bangsa dan negara

Why Do Men Die Younger

Everyone has one

I have one You have one Your mother uses your father's one And your auntie uses your uncle's one A married lady would acquire one But a divorced lady would lose her one Arnold Schwarzenneger has a longer one Michael J. Fox has a shorter one Madonna doesn't have one The Chinese usually have short ones While the Indian usually have long ones Do you have one? How long is your one? Which one is your preferred one? (see below for answer) what you are thinking of! go down...... Answer : its your Surname, what else !! But I like the way you think .........

Rasuah

Usaha membenteras rasuah di negara ini mendapat suntikan baru apabila BPR bakal menjadi satu suruhanjaya bebas menjelang akhir tahun ini. Semua pihak yang membenci jenayah jijik ini pasti teruja justeru kemelut rasuah negara dilihat semakin memualkan. Walaupun pelbagai tindakan proaktif telah dan sedang diambil untuk merawat penyakit tidak bermoral ini, feneomena ini terus dipersepsi sebagai buruk. Banyak negara yang tersungkur akibat permainan rasuah para pemimpinnya. Malaysia sewajarnya belajar daripada kejatuhan tersebut dan seterusnya melonjakkan nama negara sebagai salah satu negara yang bersih dari rasuah berdasarkan indeks CPI. Sebagai membuktikan komitmennya membenteras rasuah dengan penubuhan suruhanjaya ini diharapkan Pak Lah dapat mengambil tindakan segera terhadap kes-kes yang pernah menimbulkan keraguan rakyat seperti 18 kes rasuah berprofil tinggi yang pernah didedahkan oleh Dato' Seri Rais Yatim dahulu.Jika tidak kita akan lihat, cadangan ini sekadar untuk memulihkan

5 Syarat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?” Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?” “Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah k

Berenang

Apabila berkunjung ke rumah adik saya yang menetap di Damansara baru-baru ini, Hafiz tidak melepaskan peluang untuk bermain air di kolam renang. Di usia 2 tahun, dia tetap bersemangat untuk cuba berenang. Hasratnya menjadi begitu mudah apabila sepupunya Amy, 15 tidak keberatan untuk membantunya. Hafiz ternyata begitu seronok dan menghabiskan hampir 45 minit berendam di dalam kolam tersebut. Dengan pengawasan "coach" perasaan bimbang terhadap keselamatannya mungkin boleh dibuang sahaja. Sebenarnya orang yang pandai berenang memang ada faedahnya. Memang seronok kalau pandai berenang. Jadi, kepada sesiapa yang belum tahu teknik-teknik berenang yang betul, ringan-ringankan diri mendaftar dimana-mana kolam renang. Tak kiralah umur kita, jangan segan. Tetapkan MATLAMAT kita. Kita mulakan dengan diri kita dulu. Lepas itu suami/isteri dan anak-anak (jika berkaitan). Nanti kalau dah pandai, bolehlah kita jarakkan latihan berenang tu. Seminggu atau dua minggu sekali ke. Lebih-lebih la

Juara AF6?

Bakal berlaku satu kejutan yang tidak pernah terfikir pun oleh para peminat AF bahawa juara AF6 bukan dari kalangan peserta yang bertanding. Bukan Stacy, apa lagi Toi. Kemenangan ini bakal menggemparkan. Beliau ialah abang kepada Naim yang tersingkir beberapa minggu lalu..Nantikan kemunculan bergayanya dalam konsert minggu ini!

Betulkah?

Kalau hendak dibandingkan gaya dan rentak hidup masa lalu dengan sekarang ternyata banyak perbezaannya. Hidup kini dilihat begitu pantas, menghambat waktu malah penuh dengan cabran dan liku. Cuma yang kuat akan menang dan yang lemah akan tercorot di belakang. Our world - Borderless Our communication - Wireless Our telephone - Cordless Our cooking - Fireless Our youth - Jobless Our food - Fatless Our Labour - Effortless Our conduct - Worthless Our relation - Loveless Our attitude - Careless Our feelings - Heartless Our follies - Countless Our arguments - Baseless Our BO$$ - Brainless Our Job - Thankless Our Salary - Very less .

Lembut Lidah

Keupayaan untuk bertutur dengan pantas banyak bergantung kepada kebolehan seseorang untuk memutarkan lidahnya atau dalam Bahasa Inggerisnya "twist the tounge". Di sekolah saya masih ingat guru yang mengajar bahasa acap kali memberikan latihan kepada muridnya untuk menuturkan sepantas mungkin teks yang diberikan. Di bawah ini adalah salah satu daripadanya. Cubalah kebolehan anda. Cerita yg bermula dengan huruf C: Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ci

Boleh Baca Tak?

Kajian menunjukkan pembaca yang hebat tidak mengeja setiap patah perkataan di dalam sesuatu teks. Minda sebenarnya akan cepat menangkap sesuatu perkataan hanya bergantung kepada huruf awal dan akhirnya. Yang lain-lain sudah tidak penting lagi. Kalau anda tergolong dalam kategori pembaca yang hebat anda tentunya tidak mempunyai masalah langsung untuk membaca teks di bawah ini dengan lancar. fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. Thephaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at CmabrigdeUinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! i

Kisah Burger

Soalan: Siapa yg mula2 buat burger? Org Melayu ke Org Putih? Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula2 buat Burger Dale (Begedil) Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana? Jawapan: Burger Rack (Bergerak) Soalan: Banyak2 burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2? Jawapan: Burger Tar (Bergetah) Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh didengar? Jawapan: Burger Ma (Bergema) Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh mencederakan? Jawapan: Burger Load (Bergelut) Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh? Jawapan: Burger Gar (Bergegar) Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg buat kite ketawe? Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

Bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." Wallahualam.. "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menamba

Bahana handphone

Hati-hati menggunakan handphone, sebab radiasi handphone dapat menyebabkan jangkitan kulit dan gatal-gatal.Tak caya? tengok gambar tu!.

Peperiksaan

B ermula dari 22 April hingga 11 Mei 2008 warga siswa UiTM menduduki peperiksaan setelah lebih kurang 15 minggu menimba ilmu dalam dewan kuliah, mencari maklumat dalam perpustakaan selain daripada menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Saya mendoakan agar semuanya akan berjaya dengan cemerlang khususnya para pelajar saya yang berada dalam kumpulan D2C2, D2D3, D3Q2, D4A2 dan D4A1.

Duhai Ibu

Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun keperitan telah kau rasa Tak pula kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Tanpa ditemani ayah disisi Tak dapat kubalasi Akan semua ini Ibu kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat kuharapkan Kerana di situ letak syurga anakmu Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasih sayangmu yang sungguh bernilai Itulah harta yang engkau berikan Ibu..dengarlah rintih hatiku Tuhan kupohon doa darimu kasihanilah ibu yg telah melahirkan diriku Berikan kebahagiaan untuknya wahai Tuhanku Kebahagiaan Dunia dan akhirat untukibu.... Nukilan: azira_al-johori