Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Bohong

Bagaimana ingin mengenali samada anda sedang dibohongi? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau sudah kaki pembohong, kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bah

Oranges

Chinese new year is drawing near. When buying Chinese oranges please beware of the worms inside. These worms are very similar to the texture of the orange and therefore can only be observed if you look carefully (long sighted person may not notice). The Chinese government had in fact made efforts to destroy hundreds of tons of these oranges and compensate the farmers for these. But however some culprit may still sell it illegally. That's why we need to be careful. Whether the worms are harmful to the human body or not is still questionable. But generally if small quantities are consumed it should not cause any major harm according to doctors. It is advisable to be careful about it. Pena Tumpul - prefers papayas to oranges

Muharam

Kita berada di tahun baru Hijrah hari ini.Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku di bulan Muharam. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk

Cantik

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjdai mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam

Kamera

Mama sudah lama memendamkan keinginannya untuk memiliki sebuah video kamera. Impiannya tinggal terpendam untuk beberapa ketika justeru keperluan kepadanya tidaklah begitu mendesak sangat. Lagi pun saya selalu berfikiran kamera digital yang kami ada rasanya sudah cukup "hebat" untuk memenuhi keperluan. Mama agak kecewa. Namun dalam diam-diam mama mengumpul wang dan bertekad untuk memiliki juga kamera idamannya. Segalanya terbongkar apabila apabila kami ke Melaka hari ini, Mama bersungguh-sungguh untuk singgah di salah sebuah kedai menjual kamera apabila kami melewatinya pagi ini. Saya terkejut apabila mama membeli secara tunai sebuah kamera video edisi terbaharu berjenama Sony berharga RM1.600.Tertunai juga hasrat mama memiliki barangan idamannya. Saya pun turut teruja kerana selepas ini kami akan dapat merakamkan pelbagai peristiwa menarik yang bakal menjadi khazanah memori kami sekeluarga. Pena Tumpul - Percaya kepada pepatah sedikit-sedikit lama jadi bukit

Tanah

Permintaan seorang kawan, Long Lojot untuk mengusahakan tanah yang tinggal terbiar sekian lama tidak mampu saya tolak. Long Lojot tidak punya pekerjaan tetap selain daripada menoreh getah. Kejatuhan mendadak komoditi ini menurutnya memberi impak yang cukup kuat kepada punca pendapatannya selama ini. Kalau sebelum ini beliau mampu meraih pulangan yang agak memberangsangkan dengan harga jualan RM4.00 sekilo, kini terpaksa menerima pukulan hebat dengan harga tidak sampai pun RM1 sekilo. Beliau berhasrat menanam jagung dan beberapa jenis tanaman yang cepat mengeluarkan hasil. Saya yakin dengan kesungguhannya. Kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk mengusahakan tanah seluas dua ekar itu sendirian. Pagi ini jentolak meredah semak samun dan pisang hutan yang tumbuh meliar dan yang mengejutkan upahnya kini RM380 berbanding dengan RM250 beberapa tahun yang lalu. Ini tidak termasuk kos membajak RM500. Tanahnya amat molek dan memang cukup sesuai untuk dicucuk dengan pelbagai jenis tanaman. R

Barber

A guy sticks his head in the barber shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop and says, "About two hours." The guy leaves. A few days later, the same guy sticks his head in the door and asks, "How long before I get a haircut?" The barber looks around the shop full of customers and says, "About two hours." The guy leaves. A week later, the same guy sticks his head in the shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop an says, "About an hour and half." The guy leaves. The barber looks over at a friend in the shop and says, "Hey Bill, follow that guy and see where he goes." In a little while, Bill comes back into the shop laughing hysterically. The barber asks, "Bill, where did he go when he left here?" Bill looked up and said, "To your house."

Materialistic

One day, there was this lawyer who had just bought a new car, and he was eager to show it off to his colleagues,when all of a sudden an eighteen wheeler came out of nowhere and took of the driver's side door with him standing right there. "NOOO!" he screamed, because he knew that no matter how good a mechanic tried to fix it, it never would be the same. Finally, a cop came by,and the lawyer ran up to him yelling. "MY JAGUAR DOOR WAS JUST RUINED BY SOME FOOLISH DRIVER!!!" he exclaimed. "You are a lawyer aren't you?" asked the policeman. "Yes, I am, but what does this have to do with my car?!?!" the lawyer asked. "HA! Your lawyers are always so materialistic. All you care about is your possessions. I bet you didn't even notice that your left arm is missing did you?" the cop said. The lawyer looked down at his side and exclaimed " MY ROLEX! "

Dung

Two economists A and B are classmates. They are both reputable and wealthy, but they do not give in to each other. One day, they took a walk together. Seeing a pile of cattle dung on the roadside, A said to B, “Dare you eat it, I will give you 50 million dollars.” Hearing this, B was irritated at first. But soon he calmed down to evaluate this deal by using his knowledge of economics. After a careful consideration, B decided to eat it and A had to pay 50 million dollars to him. Later, they encountered another pile of cattle dung. Having eaten a pile of dung, B felt it was unbalanced if A did not eat it. So B retorted, “Dare you eat it, I will also give you 50 million!” After doing some calculation, A ate it and B paid the money to him. Finally, they both felt regretful after they found that actually they had gained nothing but only eating two piles of cattle dung. With this puzzlement, they asked their tutor, “Why did we gain nothing from the economic activity under elaborate calculati

Petrol

Harga petrol turun lagi hari ini buat kali ke tujuh. Saya percaya ramai yang girang apabila harga bahan bakar kini cuma RM1.80 seliter, lebih rendah daripada harga sebelum dinaikkan secara mendadak dahulu, RM1.97 seliter. Girang tetapi tidak seronok. Membeli belah di supermarket misalnya tidak lagi seseronok dulu. Kehendak begitu dibatasi oleh harga yang melambong tinggi. Penurunan harga minyak tidak membawa makna apa-apa sekiranya harga barang keperluan terus dijual pada harga ketika minyak berada di paras RM2.70 seliter. Logiknya, apabila harga petrol turun, harga barang juga sepatutnya turun, justeru formula inilah yang diguna pakai oleh peniaga apabila harga minyak dinaikkan dahulu. Malangnya, bila harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali, formula ini dipinggirkan. Saya sendiri sudah mual, jemu dan bosan dengan sikap setengah peniaga kita. Begitu bermaharajalela memanipulasikan harga. Rakus. Tamak dan haloba. Namun, kita sebagai pengguna tidak punya banyak pilihan. Saya meliha

Renovasi (2)

Hari ini adalah hari ketiga kerja-kerja ubahsuai dapor emak. Tidak banyak kemajuan kerana cuma seorang pekerja yang datang. Dia cuma dibantu oleh isterinya. Kegigihan wanita ini melakukan kerja-kerja yang selayaknya dibuat oleh lelaki begitu menarik perhatian saya. Dia menolak kereta sorong berisi batu bata selain membancuh simen- kerja yang saya kira tidak mahu dan mampu dilakukan oleh wanita negara ini.

Wujud

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara.Namun bila mereka mula berbicara mengenai Allah,tukang gunting itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi. '' Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sangat orang sakit di luar sana? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud,sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''. Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.Selepas beb

Berjalan

Hadif yang diragui kemampuannya untuk berjalan akhirnya berjaya meyakinkan kami semua pagi ini. Hadif sering dibandingkan dengan abangnya Hafiz yang lebih cergas dan tangkas. Di usia 1 tahun 2 bulan, kami begitu bimbang dengan Hadif yang nampaknya begitu lambat untuk berjalan. Pagi ini Hadif mengejutkan malah menggembirakan kami, lebih-lebih lagi atoknya. Dia berjalan yakin bergaya melangkaui 10 langkah. Atoknya tidak putus-putus berniat memasak bubur pulut merah sekiranya Hadif mampu berjalan. Hadif membuktikannya. Saya mengingatkan emak dengan niatnya itu. Saya sendiri yang sememangnya menggemari bubur ini, menyediakan ramuan yang diperlukan; beras pulut, gula melaka dan kelapa parut dan emak tidak menunggu lama untuk menyajikannya kepada kami semua. Sekali-sekali menikmatinya memang sedap. Saya melihat Hadif tidak jemu-jemu berjalan sejak memiliki lesen barunya itu. Keyakinannya makin tinggi. Pena Tumpul - Menunggu Hadif bercakap

Renovasi (1)

Sudah agak lama juga emak memendam hasrat mengubahsuaikan dapor rumahnya. Kurang selesa katanya, lebih-lebih lagi apabila di"serang" kami adik beradik. Impian emak tercapai juga apabila kami berpakat dan berkongsi membantu emak dari segi ongkosnya. Lagi pun simpanan emak saban tahun hasil dari dividen Felcranya sudah mencecah ribuan ringgit dan dikirakan lebih dari cukup untuk merealisasikan impiannya itu. Kak Long dan Utih tidak keberatan menyumbang sebanyak 3 ribu. Achik dan saya sendiri berkongsi wang dan tenaga untuk kerja-kerja mengecat. Ani pula dengan senang hati menghulurkan sebanyak 2 ribu kepada emak. Kami ingin melihat emak gembira memenuhi impiannya sekian lama. Pagi ini kerja-kerja memecah bermula dan jangkanya dalam masa dua minggu dari sekarang emak akan tersenyum di dapor barunya. Pena Tumpul - Semuanya membantu emak kecuali....

Football

Why football is played for 45 minutes, not 30 minutes or 1 hour? Even the sports scientist and some of the senior players could not give the right answer. In that confusing situation one person came up with a reasonable answer. He said... ... . "The reason people play this game for 45 minutes is... There are 2 teams and there are 11 players in each teams, Each player brings his own "2 balls" So in total there are 44 balls. There is one ball on the field itself. Thus the grand total is 45". Question Answered !!! Sometimes there is extra time of 2mins which is the referee's balls! Pena Tumpul - Laughter is the best medicine

Kiamat

Adakah kiamat semakin hampir? Antara tanda-tandanya...Marilah kita fikirkan dan renungkan...mungkin ada benarnya. 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara alal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena

Turkey

A turkey was chatting with a bull. "I would love to be able to get to the top of that tree," sighed the turkey, "but I haven't got the energy." "Well, why don't you nibble on some of my droppings?" replied the bull. "They're packed with nutrients." The turkey pecked at a lump of dung and found that it actually gave him enough strength to reach the first branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after a fortnight, there he was proudly perched at the top of the tree. Soon he was promptly spotted by a farmer, who shot the turkey out of the tree. Pena Tumpul- Bullshit might get you to the top, but it won't keep you there .

Boss

When you take a long time, you're slow. When your boss takes a long time, he's thorough. When you don't do it, you're lazy. When your boss doesn't do it, he's too busy. When you make a mistake, you're an idiot. When your boss makes a mistake, he's only human. When doing something without being told, you're overstepping your authority. When your boss does the same thing, that's initiative. When you take a stand, you're being bull-headed. When your boss does it, he's being firm. When you overlooked a rule of etiquette, you're being rude. When your boss skips a few rules, he's being original. When you please your boss, you're apple polishing. When your boss pleases his boss, he's being co-operative. When you're out of the office, you're wandering around. When your boss is out of the office, he's on business. When you're on a day off sick, you're always sick. When your boss is a day off sick, he must be ver

Raya

Saya dan mama melakukan sesuatu yang luar dari biasa pada sambutan hari raya haji kali ini. Biasanya, sebaik-baik sahaja selesai melaksanakan solat sunat raya kami akan bergegas ke rumah emak untuk sama-sama menziarahi pusara dan kemudiannya berkunjung ke rumah atok di kampung. Kami merancang untuk melakukan kelainan apabila seawal lapan pagi kami meninggalkan rumah lengkap berpakaian baju Melayu; berhariraya di Melaka.Kami sempat singgah di salah sebuah surau untuk solat sunat sebelum meneruskan perjalanan dalam hujan yang tidak henti-henti sejak malamnya lagi. Bukan berkunjung kerumah sesiapa pun tetapi menghabiskan masa sehingga lewat tengahari ronda-ronda di bandar Melaka sambil singgah membelibelah apa yang patut..Kami sebenarnya tidak begitu teruja untuk berhariraya seperti lazimnya, justeru tiada kemeriahan untuk berkumpul bersama mereka yang sepatutnya pulang berhariraya. Kak Long diJB, begitu juga yang berada di KL tidak dapat pulang kali ini. Dalam perjalanan pulang ke rumah

Tani

Keinginan untuk mengusahakan tanah dengan tanaman kontan seperti sayuran dan buah-buahan sudah lama tersimpan. Namun tidak lagi dapat diterjemahkan ke atas tanah yang sudah lama terbiar. Apabila saya berhasrat membelinya dulu, semangat amat berkobar-kobar untuk mengusahakan tanaman getah, maklumlah harga getah yang agak tinggi .Namun hasrat tinggal hasrat. Harga getah tiba-tiba merudum teruk. Saya mula memikirkan untuk menanam tanaman yang cepat hasilnya; tentunya pisang, jagung dan sayuran. Peningkatan harga sayuran menyemarakkan lagi semangat saya dan mama untuk mula mencuba dengan cili dan kacang botol. Nasihat dari mereka yang pakar perlu diraih. Saya ke Jabatan Pertanian dan sempat diberi penerangan lebih kurang 45 minit oleh salah seorang Pegawai Perkembangan Pertanian sebelum dibekalkan pulang dengan hanya sekampit baja dan dua paket benih sawi. Terbakarkah semangat untuk bertani? Pena Tumpul - Suka ulam kacang botol

Lembab

Saya seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri dari berurusan dengan kaunter Pos di Segamat. Insiden mengecewakan kira-kira 3 bulan yang lalu di mana saya terpaksa menunggu sehingga satu jam hanya untuk satu urusan kiriman wang masih lagi tebal dalam ingatan. Namun saya tidak punya pilihan untuk tidak berurusan di kaunter Pos tengahari tadi. Bayaran rebat patrol hanya boleh dilakukan di kaunter Pos. Amat mengecewakan setelah 3 bulan berlalu, Pos Segamat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melancarkan pergerakan urusan di kaunter. Sepatutnya pihak pengurusan Pos perlu sensitif dengan waktu dimana jumlah pelanggan yang berurusan melebihi kadar biasa. Pastinya sewaktu rehat untuk makan tengahari. Ketika inilah jumlah petugas di kaunter perlu di tingkatkan dan sekaligus setiap urusan perlu lebih pantas dan efisien. Bayangkan sebaik-baik sahaja saya mengambil tiket giliran saya, di depan saya ada sekitar 40 orang yang sedang menunggu giliran mereka,dan lebih memilukan cuma dua orang pet

Putrajaya

Mama dan dua orang rakan sekerjanya, Lela dan Syikin meminta saya menghantarnya ke Putrajaya. Ada urusan dengan Jabatan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran, katanya. Perjalanan amat ringkas dan lancar. Dalam perjalanan, saya cuma mampu diam sambil tersenyum mendengar pelbagai cerita tiga perempuan ini apabila sudah berjumpa. Antaranya perihal "lady boss" mereka yang kerapkali kelam kabut. Lela pula bercerita tentang insiden pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan kediamannya. Syikin yang datang dari Kelantan pula dengan kesah banjir yang menimpa kampung halamannya dan menggendalakan hasratnya untuk balik kampung. Bertolak dari Segamat kira-kira pukul 8 pagi dan sampai semula jam 2 petang. Memang sedari awal saya sudah mencadangkan kepada mereka untuk tidak singgah di mana-mana walaupun sekejap. Pena Tumpul - Sudah letih memandu

Gigi

Mama mengadu sakit gigi sejak semalam lagi. Namun tidaklah sampai mendodoi bagai anak kecil. Masih di peringkat awal barangkali. Pagi-pagi lagi saya membawa Mama ke salah sebuah klinik swasta yang beliau sendiri cadangkan. Alasannya, kawan-kawannya yang mengesyorkannya bahawa mencabut gigi di klinik yang satu ini tidak terasa sakit langsung! Saya menjangkakan kos rawatan yang menjanjikan sifar sakit ini pastinya mahal berbanding klinik-klinik yang lain. Jangkaan saya tidak meleset. Agak mengejutkan bahawa kos mencabut sebatang gigi RM120! Wajarkah atau saya yang tidak mengikuti perkembangan. Pena Tumpul -Tidak tidor malam bila sakit gigi

Batu Pahat

Saya menerima undangan majlis perkahwinan daripada saudara Saat di Batu Pahat. Tidak mampu untuk saya menolaknya justeru beliau bukanlah asing kepada keluarga saya- cuma jarang bertemu sahaja. Kalau pun ada peluang untuk berjumpa pada musim hari raya. Saya, isteri, Haziq, emak, Ani, Aman dan dua anaknya berlepas ke Parit Sulong sekitar jam 1000 pagi dan tiba kira-kira dua jam selepas itu. Lantaran ini merupakan kunjungan sulung saya ke rumah pengantin, tambahan pula waktu hujung tahun begini memang sarat dengan majlis perkahwinan di sana sini, kami tersalah rumah. Itulah orang tua sudah berpesan: malu makan perut lapar dan kalau malu bertanya sesat jalan nanti. Rasakan. Namun kesesatan kami berbaloi kerana juadah yang dihidangkan benar-benar menyelerakan. Khabarnya Wak Din yang merupakan abang kepada bapa pengantin didatangkan khas dari Segamat untuk menghasilkan masakan yang sedap dan lazat itu. Apa yang menarik perhatian saya, tetamu tidak dibekalkan dengan telur rebus atau gula-gu

Takhta

Seorang Sufi, Ibnu Sammak mengadap raja dengan membawa secangkir minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat daripada Ibnu Sammak. Ibnu Sammak bertanya kepada raja, "Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya terdapatsecangkir minuman yang ada di tangan saya ini. Relakah tuanku membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta benda tuanku?" Raja itu mengatakan, "Sudah tentu." Orang sufi itu meneruskan, "Kalau tuanku terpaksa menyerahkan takhta kerajaan tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana, bolehkah tuanku serahkan?". Raja menjawab, "Sudah tentu aku serahkan!" Ibnu Sammak lantas berkata, "Nah tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan takhta kerajaan yang nilainya hanya seteguk minuman!" Pena Tumpul - Harta dunia sementara cuma

Upah

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: Tolong pergi kedai $4.00 Tolong jaga adik $4.00 Tolong buang sampah $1.00 Tolong kemas bilik $2.00 Tolong siram bunga $3.00 Tolong sapu sampah $3.00 Jumlah : S$17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, m

Tickets

Three lawyers and three engineers are traveling by train to a conference. At the station, the three lawyers each buy tickets and watch as the three engineers buy only a single ticket. How are three people going to travel on only one ticket?" asked one of the three lawyers. "Watch and you'll see," answers one of the engineers. They all board the train. The lawyers take their respective seats but all three engineers cram into a restroom and close the door behind them. Shortly after the train has departed, the conductor comes around collecting tickets. He knocks on the restroom door and says, "Ticket, please." The door opens just a crack and a single arm emerges with a ticket in hand. The conductor takes it and moves on. The lawyers saw this and agreed it was quite a clever idea. So after the conference, the lawyers decide to copy the engineers on the return trip and save some money. When they get to the station, they buy a single ticket for the return trip. T

Langsir

Mama mendapat kemahiran baru sejak dua bulan yang lalu. Dia begitu gembira dan berbangga dengan kebolehan menjahit sendiri langsir bagi memenuhi setiap jendela dan pintu Teratak Kasih. Selama ini dia sekadar berpuashati dengan langsir hasil jahitan "bodoh"nya yang menjadi kemestian pada setiap kali lebaran tiba. Namun sejak dia berkunjung ke rumah salah seorang kawannya yang sememangnya mahir dalam menjahit langsir dan tidak menang tangan menyiapkan tempahan orang ramai, keinginannya untuk mencuba mendalami kemahiran menjahit langsir melonjak. Keinginannya tidak berhenti di situ; dia merengek dan meminta saya membelikannya sebuah mesin yang lebih baik daripada mesin yang sedia ada. Beliau berjaya dalam pujukannya itu apabila sebuah mesin jahit automatik mula menjadi temannya yang paling rapat kini. Saban malam masanya akan dipenuhi untuk menggantikan setiap helai langsir lama yang tergantung layu di jendela dan pintu yang ada. Dari Kuala Lumpur sehingga ke JB, termasuk Batu

Lagu

Lagu dendangan P.Ramlee ini dipetik dari filem penuh nostalgik Bujang Lapok. P.Ramlee sambil memetik gitar mengalunkan lagu ini sewaktu bulan mengambang sambil dua rakannya Aziz dan Sudin yang baring kekenyangan selepas menikmati sup ayam masin masakan mereka bertiga. Melucukan. Namun irama lagu ini benar-benar menyentuh perasaan. Nak Dara Rindu Di waktu malam Bulan mengambang Sunyi damai Hai damai sekelilingku Terdengar nan sayu Bintang seribu Membujuk rayu Kerna merindu Lagu yang dulu Di waktu malam Bulan purnama Angina laut Meniup-niup tenang Mengatakan sayang Berlagu merdu Bermadah sayu Lemah mendayu Nak dara rindu Tanjung Katong Airnya biru Tempat m

Sumbangan

Kata pepatah, untung batu tenggelam; untung sabut timbul. Nampaknya Wati melontar sabut ke air kerana dia beruntung dan ada sebab yang cukup kuat untuk bergembira. Cubaannya menulis surat memohon sumbangan sebuah komputer riba daripada ADUN Kemelah ternyata berganjar. Dia sendiri tidak pernah terfikir bakal mendapat reaksi yang paling positif daripada YB Encik Ayub Rahmat; justeru pada dasarnya dia bukan di dalam kawasan ADUN Kemelah sebaliknya di dalam DUN Pemanis. Namun kata orang rezeki jangan ditolak. Tengahari ini saya menemaninya ke kedai komputer di Taman Yayasan untuk mengambil sebuah komputer riba jenama Compaq yang berharga sekitar RM2,000. Senyum meleret dia. Mudahlah baginya nanti untuk menyiapkan kerja-kerja pentadbiran sekolah yang semakin bertambah sekarang. Pena Tumpul - Komputer riba tidak lagi semahal dulu

Waiter

Waiter : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Milo, or Coffee?" Customer: "tea please" Waiter : " Ceylon tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or green tea ?" Customer : "Ceylon tea " Waiter : "How would you like it ? black or white ?" Customer: "white" Waiter: "Milk, Whitener, or Condensed milk ?" Customer: "With milk " Waiter: "Goat milk, Camel milk or cow milk" Customer: "With cow milk please. Waiter: " Milk from Freeze land cow or Afrikaner cow?" Customer: " Um, I'll take it black. " Waiter: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?" Customer: "With sugar" Waiter: " Beet sugar or cane sugar ?" Customer: "Cane sugar " Waiter quot; White , brown or yellow sugar ?" Customer: "Forget about tea just give me a glass of water instead." Waiter: "Mineral water or

Hadiah

Saya menerima panggilan telefon dari CELCOM Centre Segamat- membawa khabar yang tidak disangka namun menggembirakan. Tidak sia-sia melanggan pascabayar dengan gergasi telekomunikasi ini. Saya terpilih untuk memenangi sebuah kamera digital NikonL16 7.1Megapixel dalam satu cabutan bertuah yang dilakukan oleh CELCOM Segamat secara berkala. Saya bergegas ke sana dan dalam satu upacara yang amat ringkas saya menerimanya daripada Encik Samsul, salah seorang staf di pusat tersebut. Pun begitu tidaklah terlalu girang kerana saya telah pun memiliki sebuah kamera digital yang menjadi teman rapat saya selama ini. Selain dari itu resolusi gambarnya tidaklah menjangkau 10Megapixel atau sekurang-kurangnya 8Mp bagi menyaingi kamera 7.1Mp yang saya punyai. Namun saya tetap menghargainya.Haziq dan mamanya sama-sama menyatakan hasratnya untuk memiliki kamera tersebut. Perang kecil bakal tercetus antara mereka. Saya suarakan kamera tersebut hak bersama. Masing-masing akur. Pena Tumpul - Tuah ayam nampak

Cucu

Fizi menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama Ahad lalu; berkebetulan pula dengan kunjungan kami ke rumahnya di Damansara Damai, Kuala Lumpur. Fizi adalah anak ketiga daripada tiga beradik. Dari segi fizikalnya, Fizi bersusuk kecil dan justeru itu amat menggelikan hati kalau melihatnya berjalan jatuh namun tetap berusaha keras mendapatkan lesen untuk berjalan. Emak kelihatannya amat girang kerana bilangan cucu yang semakin bertambah dan dengan pelbagai kerenahnya. Cucu emak yang sulung, Fakhrul khabarnya sudah mula berjinak-jinak dengan teman wanita dan kalau diizinkanNya sempatlah emak menimang cicit yang pertama pula. Di kala begini kami teringat kepada arwah ayah yang sudah hampir satu dekad meninggalkan kami dan selalunya di waktu berkumpul begini, beliaulah yang membacakan doa untuk kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin! Pena Tumpul - Hafiz tetap unggul di kalangan cucu-cucu emak

Minyak

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel turun lagi buat kali kelima masing-masing sebanyak 15 sen seliter. Harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05. Masalahnya harga petrol sudah turun 5 kali namun harga barangan yang mendadak naik sejajar dengan kenaikan minyak dahulu tidak turun lagi kecuali beras hancur yang diumumkan turun. Sebagai pengguna marilah kita memboikot pekedai-pekedai yang berdegil tidak mahu menurunkan lagi harga barangan mereka terutamanya kedai makan. Bila harga minyak naik, merekalah orang yang pertama menaikkan harga. Siapa yang paling selamba? Mestilah muka pemborong-pemborong yang masih enggan menurunkan lagi harga tepung, minyak dan sebagainya.Memang muka mereka tebal dan selamba sahaja melihat harga minyak turun sambil mengaut keuntungan berganda-ganda!Kalaulah harga barangan dinaikkan dahulu atas alasan kenaikan harga minyak maka logiknya, atas alasan yang sama juga

Wang

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, Belum tentu kenyenyakan tidur Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, Belum tentu kebijaksanaan Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, Belum tentu kepuasan selera Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, Belum tentu kekeluargaan Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, Belum tentu cinta Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan, Belum tentu kecantikan Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, Belum tentu kehormatan Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, Belum tentu kegembiraan Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, Belum tentu kebahagiaan Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti, Belum tentu kaliber Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, Belum tentu kebenaran Dengan wang anda hanya boleh membeli agama, Belum tentu keimanan Pena Tumpul - Wang bukanlah segalanya

Darah

Di usia lewat 50annya kini, Utih sering mengadu sakit kepala dan pelbagai penyakit lain yang selalunya hinggap di peringkat usia begitu seperti sakit kaki dan lutut, mudah penat dan sebagainya. Selalunya Utih berpuas hati hanya sekadar menelan beberapa biji pil penahan sakit, dan penyakitnya akan berulang lagi selepas itu. Kami memikirkan jalan yang terbaik untuk memujuk Utih agar bersetuju diambil darahnya untuk ujian bagi mengetahui status kesihatannya. Dengan bantuan Adah, salah seorang adik saya yang bertugas sebagai jururawat diHKL, kami bercadang melakukan ujian darah ke atas Utih di rumah, bukan di hospital kerana kami amat sedar Utih memang fobia untuk bertemu doktor. Akhirnya, tidak sampai 10 minit segalanya selesai dilakukan pada pagi ini. Darah Utih berjaya diambil untuk diuji tahap kolestrol, kencing manis, buah pinggang dan juga kadar Haemoglobinnya. Utih tidak keseorangan bila Mak dan juga Pak Utih juga tidak teragak-agak untuk di suntik oleh "Doktor Adah". Kin

Rendam

Kembali ke alam semula jadi, itulah yang giat dipraktikkan orang masa kini termasuk dalam dunia perubatan dan rawatan kecantikan. Penggunaan hormon dan bahan kimia sintatik yang nyata memberi kesan sampingan, membuatkan pengguna beralih kepada kaedah tradisional menggunakan ikan. Garra rufa, mungkin satu nama baru di negara kita tetapi tidak di Asia Barat, Korea Selatan dan Jepun. Malah terapi ikan kecil ini yang digelar ‘ikan doktor’ dan ‘ikan spa’ dikatakan pernah digunakan untuk rawatan kecantikan pada zaman Firaun. Menurut Aman yang teruja untuk mencuba kaedah ini gigitan ratusan ikan kecil garra rufa yang mengerumuni kedua-dua belah kakinya untuk memakan sel kulit mati pada mulanya memang menggelikan, namun lama kelamaan ia menyeronokkan. Hanya dengan meletakkan kaki ke dalam kolam dengan bayaran RM10 untuk 15 minit ratusan garra rufa akan menghurung untuk memberikan ‘perkhidmatan’. Emak Ani, dan Utih juga tidak melepaskan peluang membiarkan kaki digigit oleh ikan-ikan doktor ini

Cacing

Begitu ramai yang tertarik untuk menceburi bidang ternakan cacing secara komersial kerana khabarnya ia mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan,;ni kerana cacing kini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Adik ipar saya, Along yang menetap di Kuala Lumpur dalam diam-diam telah memulakan ternakan haiwan tidak bertulang belakang ini sejak sebulan yang lalu bermodalkan RM20,000. Sempat juga saya melihat tempat ternakannya di rumah kedai yang disewanya. Beliau nampaknya begitu optimis dengan ternakan ini dan menjangkakan bakal mendapat pulangan sekitar RM7,000 sebulan kira-kira enam bulan dari sekarang. Dia mempelawa saya turut serta namun saya sempat mengatakan kepadanya...Buatlah dulu dan tengok dulu hasilnya, saya akan menyusul kemudian. Antara kegunaan cacing ialah sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik. Penternakan cacing pada dasarnya sangat m

Ubat

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh... bad. .. ". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata " ooo..ubat ".

Roti canai

Apis yang semakin membesar sudah kian petah bercakap, meminta itu dan ini. Semakin nakal juga dan tidak betah untuk diam walaupun seketika. Ada sahaja yang ingin dibuat, disentuh dan diusik sehingga tidak diam mulut kita menegur perbuatannya itu. Namun, begitulah kerenah budak kecil - bermain dan bermain. Satu lagi- pantang kita ingin keluar, dialah orang pertama yang bersiap sedia untuk ikut sama. Kalau di pusat membeli belah, mainan akan sentiasa menarik perhatiannya. Mulalah merengek minta dibelikan. Si bapa yang amat memanjakannya, selalunya tidak pernah mengecewakan Apis. Baru-baru ini Aman, bapanya akur dengan kemahuannya untuk sebuah motor berkuasa bateri yang berharga kurang RM200. Anak manja...ikutkanlah.Sekali-kali saya juga membelikan anak kecil berusia 2 tahun lebih ini mainan yang berpatutan. Kalau ke warong makanan pula, sekeping roti canai dan segelas milo ais menjadi menu paling digemarinya sekarang. Kami selalu mengusiknya apabila pagi-pagi lagi dia sudah merengek mah

Minyak

Sudah empat kali kerajaan menurunkan harga minyak di pasaran sejak kenaikan drastik sebanyak 80 sen beberapa bulan sebelumnya. Langkah penurunan ini sememangnya disambut gembira oleh hampir semua pengguna kenderaan yang bergantung kepada bahan bakar ini. Namun ada sesuatu yang tidak kena di sebalik penurunan ini; akibat sikap kita yang terlepas pandang barangkali. Semalam saya membeli petrol di dua stesyen minyak yang berasingan. Dengan membawa tong minyak berkapasiti 3 liter saya mengisinya di Petronas dan juga di Mobil. Pengisian tersebut menemukan dapatan yang amat mengejutkan. Stesyen minyak di Petronas memerlukan RM5 untuk memenuhkan 3 liter tong tersebut manakala Mobil memerlukan 85 sen lebih untuk memenuhkan tong yang sama. Saya yakin saya tidak silap; justeru sebelum ini rungutan tentang gejala ini pernah saya dengar dari pengguna yang lain. Saya berpandangan kerajaan perlu memantau stesyen minyak untuk memastikan penurunan benar-benar berlaku di pam minyak selaras dengan penur

Speech

The CEO of a large company was scheduled to speak at an important convention, so he asked one of his employees to write him a punchy, 20-minute speech. A few days later when the CEO returned from the big event, he was furious. "What's the idea of writing me an hour-long speech?" he demanded to know. "Half the audience walked out before I finished." The employee was baffled. "I wrote you a 20-minute speech," he replied. " I also gave you the two extra copies you asked for."

Poligami

Semalam saya digemparkan dengan berita yang amat tidak dienak untuk diketahui malah wajar dikongsi bersama sebagai iktibar. Saya mendapat berita ini dari adik ipar saya seorang Pembantu Perubatan di Dewan Bedah Hospital Segamat. Dia terkejut bila mendapat tahu salah seorang saudara rapatnya berusia sekitar 40an menjadi suami kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan semalam. Sepanjang pengetahuannya, saudaranya tidak pernah memiliki isteri lain kecuali isteri yang telah dinikahinya sejak 15 tahun yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan seusia perkahwinannya. Semua terkejut, termasuk Wati, emak, Ani dan Kak Long yang duduk di JB. Namun malang bagi sang suami kerana menurut laporan doktor sang ibu yang berusia 35 tahun ini disahkan HIV positif sejak 2004 yang lalu. Khabarnya sang suami agak berang kerana tidak diberitahu oleh perempuan ini tentang keadaannya itu. Yang menjadi kebimbangan kami semua ialah betapa nasib yang bakal dihadapi oleh si isteri pertama a

Gout

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan. Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout. Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan. Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga). Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan d