Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

83

M asjid Gudang dikunjungi rombongan yang diterajui Pegawai Daerah untuk majlis berbuka puasa bersama. Turut serta ketua-ketua jabatan dan tidak ketinggalan YB Datuk Othman Jais. Kunjungan paling ramai sejak masjid yang bernilai 1.08 juta ini siap dibina lima bulan lalu. Kunjungan ini menarik kerana selain dari berbuka puasa bersama kami turut sama solat berjamaah solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Tarawih. Sempat juga Hj Borhan selaku Pegawai Daerah berucap sepatah dua untuk yang hadir. Yang lebih menarik ialah tazkirah ringkas tapi cukup signifikan oleh Ustaz yang tidak pernah dikenali pun sebelum ini. Dia bercakap tentang pencarian Lailatul Qadr yang masih diberi kita peluang bersama beberapa hari Ramadan yang berbaki, sepuluh malam terakhir tentunya. Dia suruh pulun. Beriktikaf di rumah Allah seawal 1 pagi sehingga ke Subuh. Ada masjid di sekitar Segamat yang sudah membuatnya. Tidak mampu 1 pagi, mulakan pada 3 pagi, tidak mampu juga, bersolat jemaah Isyak dan Subuh di malam-ma

Lauk

D ari awal pagi lagi isteri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan memasak hari ini. Periuk belanga dan kuali digantung. Kami bercadang untuk merasa pelbagai lauk pauk yang khabarnya melimpah ruah di peragakan di bazar Ramadan. Pastinya banyak pilihan dan versi. Lepas satu bazar, satu bazar dikunjungi tidak kami temui sejenis lauk yang benar-benar memenuhi piawai. Pada saya sebarang lauk yang ingin dibeli wajar menepati piawai yang kami telah tetapkan. Selain daripada yang disyariatkan bahawa makanan perlu halal dan baik, saya kira soal rasa dan harga juga perlu diberikan perhatian. Soal halal mungkin tiada diragukan justeru penjual adalah rata-ratanya Muslim. Saya mencari lauk masakan kampung dan saya gagal menemui mana-mana gerai pun yang memenuhi citarasa saya dan isteri. Lauk masakan kampung ada tarikannya. Tidak nampak sangat minyaknya dan tidak juga berlumuran dengan santan pekat kuahnya. Di bazar, lauk-lauk yang dijual kebanyakannya sangat berminyak. Fizikaln
S aya solat Jumaat di Masjid Bandar Putra yang permai. Hafiz dan Hadif juga bersolat sama. Saya Hafiz khusyuk meneliti setiap yang diungkapkan oleh khatib dalam khutbahnya.  Usai saja solat saya diajukan dengan soalan tentang takwa. Saban minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa? Mungkin inilah juga yang melingkari kotak fikiran Hafiz. Beliau memerlukan pencerahan dari saya tentang takwa.  Saya buat sedikit rujukan untuk menjawab soalan Hafiz. Mungkin tidaklah cukup komprehensif tetapi saya kira cukup untuk menjawab persoalannya.  Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’. Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya. Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia

Terjah

Kari daging rusa masakan emak mertua, sedap! P etang semalam berbuka dengan penuh nikmat dan menyelerakan kari daging rusa masakan emak mentua.Seingat saya kali terakhir mencicip daging ini kira-kira 30 tahun lalu. Atok Dolah yang masih sasa perkasa waktu itu diberi rezeki bila jeratnya mengena. Atok Dolah memang suka berburu. Tanggal Rabu 4 April 1979 Atok Dolah membawa pulang seekor rusa. Kebetulan pada hari yang sama, adik bongsu saya dilahirkan. Ramai yang berkata, rezeki anak baru lahir itu. Sedapnya masakan kari Atok Senah masa itu. Petang ini pula, isteri mengambil keputusan untuk menggantung periuk belanga di dapur. Tiada sebarang aktiviti memasak berlaku. Haziq  mencadangkan untuk makan di mana-mana kedai makan di luar sahaja. Isteri pun sangat setuju. Namun saya tidak melihatnya sebagai cadangan yang baik. Ketika hampir setengah jam mendekati waktu berbuka, saya suarakan supaya berbuka di rumah emak sahaja. Kami bercadang untuk terjah sahaja dan tidak perlu beritahu ema