Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

27

"Solat berjamaah melebihi solat bersendirian berbanding dengan 27 darjat"          (al-Bukhari dan Muslim) H adis ini sudah amat biasa kita dengar apabila soal kelebihan solat berjamaah dibincangkan. Sejujurnya saya sendiri tidak pernah menyoal apakah yang dikatakan sebagai kelebihan 27 kali ganda itu. Lalu, ia tinggal tanpa jawapan.  Bila Ustaz Zahazan berbicara tentang solat ini, beliau mencadangkan buku ini. Inilah kelebihan Ustaz Zahazan yang gemar mengesyorkan buku-buku baru untuk dibaca dalam mendalami ilmu. Saya mendapatkan buku ini dan beberapa persoalan tentang solat jamaah ini terjawab juga. Dari buku Solat Berjamaah ini saya memetik, kata-kata al-Hafiz Imam Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian sebagaimana berikut iaitu: 1. Menjawab seruan muazzin dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah 2. Bersegera datang (ke masjid) untuk solat berjemaah pada awal wakt

Penceramah

B ukan mudah sebenarnya bagi seorang penceramah untuk memikat kesetiaan pendengar melayani ceramah yang disampaikannya. Saya teringat kisah seorang penceramah menyaksikan dan menyedari seorang demi seorang meninggalkan dewan ketika dia sedang berceramah. Saya sendiri walaupun sudah bertahun-tahun berdepan dengan khalayak dari kelompok pelajar masih lagi kurang berjaya untuk mengekalkan kesetiaan mereka bersama saya selepas 30 minit berlalu. Penceramah yang sudah mula gelisah ini  memikirkan hadirin mungkin tidak tertarik dengan cara penyampaiannya tetapi tidak kerana ceramahnya. Namun dia masih mampu tersenyum pahit kerana ada seorang lagi yang masih kekal tekun mendengar celotehnya. Sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramahnya,dia mendapatkan seorang hadirin yang masih setia itu lalu bertanya, " Kenapa anda masih di sini dan tidak menuruti mereka yang lain itu?. "Lepas ini giliran saya pula untuk berucap" , balasnya selamba. Penceramah sekali lagi senyum pahit. Buk