Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Tebang

S aya akhirnya mengambil keputusan menebang kesemua pokok durian tua yang sudah berpuluh-puluh tahun menghuni dusun di belakang rumah. Sebabnya amat mudah. Pokok-pokok tua ini sudah lama tidak berbuah. Kalau pun berbuah, boleh dibilang dengan jari. Yang pasti sudah agak lama tidak berbuah lebat seperti dulu-dulu. Bila pokok-pokok ini berbuah lebat dulu, hampir seluruh keluarga jauh dan dekat merasai nikmatnya. Malah sehingga berlebihan dan terpaksa di tolak kepada peraih durian walaupun dengan harga yang amat rendah. Begitulah nasib durian, bila sudah tidak berbuah. Memang tidak dapat dinafikan sejak durian pelbagai klon baru diperkenal, durian tua bagai merajuk tidak mahu berbuah. Walaupun durian klon baru ini memang cepat dan selalu berbuah namun kebanyakan pencinta raja buah ini selalunya akan lebih tertarik kepada durian dari pokok-pokok tua ini. Salah satu sebabnya ialah isinya yang sedap berbanding durian klon. Saya tidaklah ralat sangat melihat cuma tunggul-tunggul durian sa

Urusan

S aya melihat Haziq cukup leka dengan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya yang menuntut saya untuk menegurnya. Dia kelihatan berpuli-puli menyiapkan timbunan kerja yang sepatutnya dilakukannya secara konsisten dan bukannya di saat-saat akhir begitu. Kelekaannya itu amat menganggu hati seorang saya. Dia melewatkan solatnya. Dia seolah-olah lupa bahawa melakukan solat itu sebenarnya mengatasi kerja sekolah yang hendak dibereskannya itu. Saya berkongsi dengannya selingkar kisah yang menarik dan amat wajar dijadikan panduan. Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang pernah dinyatakan dalam sejarah bahawa zaman pemerintahannya merupakan zaman yang paling aman dan makmur. Zamannya tidak ada orang yang miskin pun sehingga wang zakat melimpah ruah lalu dibelanjakan untuk mengahwinkan lelaki yang tidak mampu berkahwin. Tiada jenayah juga.  Jika gerai ditinggalkan tanpa penjaga, maka tetap tidak akan ada pencuri yang mencuri kedai. Zamannya tiada berlaku rompakan dan rakyat di bawah pemer

Bebel

M ama membebel hari ini setelah agak lama tidak begitu. Haziq yang menjadi sasarannya. Sebabnya amat kecil pun. Haziq tidak cukup rajin untuk mencuci pinggan sendiri selepas makan. Dia sebaliknya membiarkannya di dalam singki. Mamanya pula agak letih barangkali dengan pelbagai kerja lagi rumah yang perlu dibuat. Banyaknya kain baju yang perlu dibasuh. Lantai yang perlu di mob. Saya lihat Haziq terkebil-kebil dibebel mamanya. Salah dia juga tidak begitu ringan tangan buat mana yang patut sementara cuti sekolah ini. Semuanya perlu disuruh. Bagai pahat yang perlu ditukul. Saya sudah lama faham cara isteri. Kalau dia membebel, saya amat tahu saya perlu banyak diam. Semua orang tahu golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam. Dan semua orang tahu juga suami paling tidak suka bila isteri mula membebel. Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu. Benda kecil sangat pu