Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Pilihan

Pak Utih ada menyuarakan hasrat untuk menukar kereta. Katanya kereta yang dimiliki sekarang sudah agak uzur sesuai dengan usianya yang sudah lebih 20 tahun. Dia bukan berhajatkan kereta baru. Pak Utih cuma mahu menukar kereta yang lebih baik. Dia sukar membuat pilihan kerana banyaknya yang menarik hati dan mata. Dia perlukan pandangan saya dan saya tidak ada masalah untuk membantunya membuat pilihan. Pastinya pilihan yang tepat dan berbaloi.

Pengalaman memiliki beberapa buah kereta terpakai mengajar saya agar tidak terpedaya kereta yang menyilau mata namun menggores hati. Kereta yang nampak baru tidak semestinya baik. Kereta begitu berkemungkinan dirawat cat baru lalu nampak cantik dan sekaligus menyorokkan segala yang karat dan tercemar. Saya katakan pada Pak Utih supaya terpedaya dengan kereta yang asli luarannya, tanpa salutan cat baru dan ada kemik-kemik sedikit. Bunyi macam lucu. Namun yang penting kereta begitu tidak menyembunyikan sebarang cacat cela yang tidak terpandang dek ma…

Batu

Hari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini.

Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya.

Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingnya…

Liat

Seorang anak saudara perempuan ini liat untuk disuruh bersolat.Bagaikan pahat yang perlu dipasak dengan tukul setiap kali waktu solat. Dia bakal mencecah usia 13 tahun. Banyak songel, banyak alasan dan cepat menjawab. Isteri sudah habis daya menasihatinya.

Pagi ini dia dilihat masih liat untuk bangun solat subuh. Isteri yang sudah hampir putus asa meminta saya mencuba. Saya memikirkan cara paling baik untuk mendepani anak perempuan yang sedang membesar ini.

"Kenapa tak bangun sembahyang lagi ni.Subuh dah nak habis ni.Bangun!" saya menjerkahnya. Betul kata isteri saya. Dia menjawab bagai peluru. Sebelum habis saya berkata, dia menjawab begini selamba dan yakin, "Semalam dah sembahyang subuh" Mudahnya jawapan.

Dia cuba menguji saya. Saya tidak pernah menjangka jawapan begitu terpacul dari mulut anak ini. Saya tahu dia sedang menantikan tindak balas dari saya. "Kalau macam tu, hari ini jangan bernafas. Jangan sedut udara segar milik Allah ini. Tutup hidung tu!"…

Bas

Tidak seperti selalunya, kali ini Mantoba tidak menunjukkan keghairahannya untuk membonceng bas dua tingkat lagi. Tragedi yang meragut 10 nyawa melibatkan bas ekspres dua tingkat beberapa hari lalu begitu menakutkannya. Semalam dia memilih naik bas biasa sahaja untuk balik ke KL.

Saya melihat kehadiran bas dua tingkat dalam sistem pengangkutan negara tidak ada salahnya. Cuma yang tidak betulnya apabila ia dikendalikan oleh seorang manusia yang tidak memikirkan keselamatan orang lain. Memandu ikut rasa dan hati. Memecut sesuka hati tanpa memikirkan puluhan jiwa yang dikendongnya. Tentunya amat aneh dengan kelajuan saya di kereta sekitar 110km sejam, sebuah bas ekspres masih mampu memotong saya. Bahawa kelajuan bas eskpres yang telah direncanakan sepatutnya tidak lebih daripada 100km sejam cuma omong-om0ng kosong sahaja!

Di luar negara, saya kira bas dua tingkat ini merayap di jalan-jalan dalam bandar untuk santai-santai dan perjalanan yang dekat-dekat. Sebaliknya, lebuh raya negara ini …

Takut

Justeru kenakalannya, Hafiz acapkali ditakut-takutkan. Selalunya, kata-kata beginilah yang diulang-ulang, "Jangan, ada hantu...takut..!" Dan selalunya juga kanak-kanak yang masih hijau dan tidak mengerti apa-apa mudah sahaja termakan dengan momokan itu. Ibu dan bapa ternyata lega kerana rasa berjaya membendung kenakalan anak cara begitu. Proses didikan begini berlarutan sehingga akhirnya anak yang tidak pernah kenal hantu itu pun akhirnya benar-benar takut pada hantu, sedangkan ia tidak sepatutnya begitu. Anak ternyata menjadi mangsa kita ibu bapa yang suka mencari jalan pintas dalam menangani kerenah mereka. Di usia rebung begitu amatlah ruginya anak dididik untuk takut kepada hantu tetapi bukan kepada Tuhan. Saya kira Hafiz bukan keseorangan kerana pastinya ramai lagi anak-anak yang ditakut-takutkan begitu.

Saya suka untuk berkongsi kisah yang pernah saya dengar dari seorang Ustaz ini dan pastinya wajar dijadikan pengajaran. Abdullah bin Zubair seorang anak lelaki kepada sa…

Hutang

Sebuah kereta ini tiba-tiba dilihat di atas jalanraya dan anehnya ia tidak dipandu apatah lagi dimiliki oleh seorang yang sedang bersusah payah membayar ansuran bulanannya. Malangnya nasib Kak Long, sebagai penjamin, dia terpaksa melangsaikan hutang tertunggak kereta ini gara-gara perbuatan empunya yang tidak cukup mampu membayarnya. Sampai kini yang berhutang cukup selesa dan lepas tangan. Dan Kak Long sedang membayar atas sesuatu yang tidak pernah pun dimilikinya.

Saya kira bukan sedikit yang menjadi mangsa kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab begini. Senangnya bila segala beban didokong bagai biawak hidup dek penjamin yang selalunya tidak punya pilihan untuk lepas tangan juga. Saya sendiri pernah dianiayai rakan "baik" yang licik lalu memaksa saya menjunjung segalanya di batu jemala sehingga segalanya lunas.

Kata Ustaz, adalah berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk m…

Rebung

Hujan turun saban petang dan saya sedar Haziq nampak gusar. Sudah dua hari berturut-turut dia menahan kegilaan melampaunya pada bola. Petang semalam masih mendung tanda hujan akan turun lagi. Saya perasan Haziq cukup resah kerana kalau hujan lagi petang itu, hasratnya untuk main bola bakal tidak tercapai lagi. Haziq beritau saya, "Hujan pun, aziq tetap nak main" sambil berlalu menuju padang. Asar akan masuk waktunya tidak sampai beberapa minit pun lagi. Saya tidak mahu Haziq silap memilih prioriti, antara ketaksuban bermain bola dan kewajipan kepada yang Esa. Saya tahu dia bakal melewatkan solatnya dan mengutamakan bolanya.

Saya ajukannya beberapa soalan. "Haziq tau tak siapa yang beri kekuatan untuk menyepak bola itu?Dan tau tak atas bumi siapa yang Haziq latam tu untuk seronok-seronok main bola?"
Tidak susah pun untuk dia memberikan jawapannya. "Jadi, kalau dah tahu, tentunya tidak adil kepadaNya, kita guna nikmatnya tetapi kita tidak ikut perintahNya".

S…

4851

Andai ditanya tarikh kelahiran berasaskan takwim Hijriah, saya kira pasti ramai yang termangu. Saya sendiri tidak tahu dan tidak ambil kisah untuk tahu sehinggalah seorang pendengar menyarankannya dalam "Tanyalah Ustaz" pagi ini. Saya kira ia saranan yang baik sehingga saya tidak tunggu lama menyelongkar khazanah ilmu di laman sesawang yang boleh membantu saya melakukan konversi. Saya menemukannya di sini dan mulai hari ini tahu bahawa saya dilahirkan oleh ibu ke dunia pada hari Ahad tanggal 29 Syawal 1380Hijrah. Saya menyapa alam di hujung Syawal rupanya, ketika hari raya hampir mencecah garisan penamat.

Kini saya mempunyai dua usia yang berbeza. 51 tahun umur Hijriah berbanding 48 tahun usia konvensional. Ternyata saya lebih tua sekiranya tahun Hijriah digunapakai.

Saya juga menemukan maklumat tentang kaitan bulan dan perwatakan peribadi. Kalau saya memilih untuk menelan bulat-bulat maklumat ini, saya dikatakan keras hatinya. Mungkin betul, mungkin tidak. Saya memilih untuk …

Hijrah

Tahun baru Hijrah bakal menjelma bersama azam yang ingin dilaksana. Dalam banyak keadaan azam akan tinggal azam tanpa usaha yang gigih dan berterusan untuk mencapainya.
Hijrah mempunyai konsep dan matlamatnya yang tersendiri. Hijrah dengan makna berpindah dari satu tempat kesatu tempat yang lain sudah tidak wujud lagi. Yang ada hanyalah hijrah dalam bentuk niat dan jihad. Rasulullah s.a.w telah bersabda : « Tiada hijrah lagi selepas pembukaan Kota Makkah ( kemenangan membebaskan Makkah ), tetapi yang ada hanyalah jihad dan niat ».
Doa Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pe…

"Tidak"

Hafiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan.

Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak a…

Perisai

Saya menjumpai kotak rokok bersepahan lagi di dataran permainan bola pagi ini. Saya pasti ada dikalangan mereka yang bermain itu yang merokok. Kalau tidak, mana mungkin ada kotak rokok di situ. Saya bimbang dengan apa yang saya lihat. Kotak rokok tidak seharusnya berada di kalangan mereka. Mereka masih bersekolah dan terlalu tidak wajar untuk merokok. Saya hairan bagaimana rokok boleh lepas ke tangan mereka. Rokok tidak sepatutnya dijual kepada mereka yang jelas masih di bawah umur. Tidakkah ibu bapa mereka cukup kesah tentang anak yang merokok ini. Saya amat kesal kalaulah dataran permainan ini dijadikan tempat untuk mereka melepaskan rasa gian mereka terhadap rokok.

Saya tambah bimbang kerana Haziq bersama mereka dan bergaul hampir setiap hari. Saya khuatir kalau anak lelaki yang sedang membesar ini tidak cukup kuat berdepan dengan pengaruh liar rakan sebaya. Menarik Haziq dari mereka sudah pasti satu tindakan yang tidak mungkin dapat diterima Haziq, saya amat pasti. Haziq tidak perl…

eKhutbah

Saya singgah sebentar di tapak pembinaan masjid baru Kg Gudang Garam. Ia bakal siap dalam tempoh lebih kurang tiga bulan dari sekarang. Satu hadiah yang tidak ternilai harganya untuk kami penduduk kampung ini dan qariah di sekitarnya setelah berpuluh tahun menantinya.

Saya melontarkan cadangan kepada isteri supaya masjid ini nanti dilengkapkan dengan peralatan multimedia. "Buat apa"? isteri bertanya. Saya tahu dia tahu apa maksud saya dengan cadangan itu. Dia cuma inginkan penjelasan barangkali. Penyampaian khutbah akan lebih berkesan dengan bantuan multimedia. Saya tidak pernah mengalaminya, tetapi saya tahu sudah banyak masjid yang telah melakukannya, jadi tidak salah kalau masjid baru ini hendak mencuba. Malah saya melihat ini adalah satu kaedah yang efektif dan berkesan untuk menjadikan sesuatu khutbah itu mudah difahami jemaah. Pemaparan intipati khutbah termasuk ayat-ayat AlQuran dan Hadis serta terjemahannya di samping visual menarik yang mengiringi alunan suara khatib…

Kitab

Saya membongkar khazanah lama peninggalan arwah ayah apabila mengunjungi emak malam tadi. Antara yang masih tersimpan ialah beberapa buah kitab lama. Saya membelek-belek kitab-kitab yang sebahagiannya sudah nampak usang dimamah usia. Namun kandungan didalamnya masih kelihatan segar untuk digali ilmunya. Saya menemui kitab lama seawal tahun 1963 berbicara tentang hadis. Kitab terbitan Indonesia ini sudah amat kuning lahiriahnya. Beratus-ratus naskah lama Warta Jabatan Agama Johor juga turut tersimpan kemas dalam gerobok usang milik ayah. Saya masih ingat warta bulanan inilah yang menjadi rujukan kepada khatib setiap kali Jummat dalam menyampaikan khutbah mingguannya. Sesuatu yang tidak dapat saya lupakan, ada ketikanya saya sendiri akan berlagak seperti khatib membaca teks khutbah yang terdapat dalam warta tersebut.

Saya membawa pulang kitab-kitab lama peninggalan ayah. Ia merupakan harta yang tidak ternilai harganya lebih daripada harta benda dan wang ringgit. Ayah mungkin tidak mening…

Puntung

Perjalanan ke JB semalam meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan hati seorang saya apabila saya membontoti sebuah kereta mewah untuk dipilih bagi menyaksikan satu perlakuan yang agak tidak bermoral. Saya selalu percaya sebuah kereta mewah lebih-lebih lagi yang punya nombor kecil-kecil begini dipunyai oleh seorang yang hebat lakunya sehebat kereta itu sendiri. Lagipun saya tidak nampak mengapa orang dalam kereta yang saya ekori cuma buat seketika ini perlu memilih cara begitu untuk melakukannya. Saya rasa kereta itu cukup mewah kelengkapan di dalamnya untuk melampiaskan perbuatannya yang saya anggap sumbang itu. Atau pun setidak-tidaknya tunggulah sehingga ke mana-mana hentian rehat terdekat untuk melakukannya. Pastinya lebih wajar dan tidak menyakitkan hati mereka yang mudah tersinggung seperti saya.

Perlakuan itu mungkin nampak kecil tetapi cukup untuk menghimpun masalah setinggi gunung andainya dibiarkan berlaku tanpa kesedaran. Lebuhraya yang bersih pastinya akan bertukar menjadi…

Solusi

Saya berkenalan dengan majalah Solusi pagi ini. Kandungannya menarik. Kolum-kolum ditulis oleh ramai penulis yang dikenali. Antaranya Ustazah Bahiyah, Fadzli Yusoff dan Irfan Khairi, Ustaz Mohd Nidzam dan beberapa nama besar lagi. Ustaz Hj Zahazan Mohamed yang berperanan sebagai Konsultan Syariah menjadikan majalah ini cukup menarik.
Diharap majalah ini dapat menjadi solusi kepada semua permasalahan sosial, agama, ekonomi dan peradaban pada masa kini. Saya ingin melihat majalah ini bertahan lama dalam industri dalam mengimbangi lambakan majalah hiburan dan picisan yang manfaatnya sangat minima. Saya membacanya kulit ke kulit dan pelaburan 9 ringgit ternyata berbaloi dengan kesaratan ilmunya.
Saya tertarik dengan secebis kisah yang termuat di dalamnya dan suka untuk memaparkannya di sini.

Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Dia tidak pernah “ponteng” walaupun sekali melainkan apabila ada uzur syarie. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai…

Amalan

Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat in…

Arak

Arak diharamkan meminumnya di dunia tetapi sebaliknya menjadi minuman untuk dinikmati semahunya di syurga Allah. Begitulah intipati perbicaraan Ustaz Zahazan yang terus didengar tanpa jemu lewat Radio IKIM dalam siri Tafsir AlQuran. Tidak rugi meluang masa 15 minit bersama Ustaz ini. Pagi ini Ustaz menyambung bicara tentang nikmat yang dirasai oleh penghuni syurga. Dua ayat dari Surah Al Thur dikupas dan ditafsir serta mendasari bicaranya.

Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. (Surah Al Thur:22-23)

Di dunia, Allah mengharamkan arak justeru ia memabukkan dan memudaratkan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang minum khamr (arak) seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak mener…

Amanah

Ustaz Ahmad Husni menyambung bicaranya lagi tentang Fiqh Pengurusan. Ada lagi sebuah kisah yang dikongsi dan boleh dijadikan iktibar kepada kita sebagai pemimpin dan pemegang amanah Allah. Beliau melestarikan keindahan dan kemurnian akhlak Khalifah Umar Abdul Aziz yang tiada tolok bandingnya.
Pada suatu hari raya puteri-puteri Umar Abdul Aziz datang kepadanya, “Ya Ayah, besok hari raya. Kami tidak punya baju baru…”Mendengar keluhan puteri-puterinya itu, khalifah Umar berkata kepada mereka. “Wahai puteri-puteriku sayang, hari raya itu bukan bagi orang yang berbaju baru, akan tetapi bagi yang takut kepada ancaman Allah.”Mengetahui hal tersebut, pengelola baitulmal mencadangkan kepada Baginda, “Ya Amirul Mukminin, kiranya tidak akan menimbulkan masalah kalau untuk baginda menggunakan terlebih dahulu wang dari Baitulmal untuk memenuhi hasrat kedua tuan puteri Baginda berbaju baru di hari raya".
Umar bin Abdul Aziz sangat berang mendengar perkataan pengurus Baitulmal dan berkata, “Cel…

Mengurus

"Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Dalam Tanyalah Ustaz pagi ini, Ustaz Ahmad Husni memaparkan kisah yang amat menarik tentang AlFateh. Kata Ustaz ini, apabila Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam pada 1453, Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) manakala Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Dikhabarkan Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Kata Ustaz lagi, pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemu…

Pensyarah

Pak Andak mengalami keseronokan berganda bila dua anaknya serentak ditawarkan jawatan pensyarah di dua kampus UiTM yang berbeza. Firdaus ditempatkan di Arau Perlis, sementara Hanim pula cukup gembira dilunaskan impiannya untuk menabur bakti di Segamat. Hanim dilihat luarbiasa gembiranya kerana hasratnya untuk menjadi pensyarah di kampus idamannya tercapai. Saya tidak pernah bertanya kepadanya mengapa Segamat menjadi pilihannya ketika kampus Jengka lebih hampir dengan bandar ikan patin, tempat tinggalnya. Juga saya tidak dapat mengelak apabila Pak Andak cuba melibatkan saya dalam keghairahannya mendapatkan tempat buat Hanim Mei lalu. Pak Andak berharap kapasiti saya sebagai pensyarah di sini akan sedikit membantu walaupun jauh di lubuk hati saya, saya amat sedar siapalah saya. Saya selalu percaya Hanim dipilih kerana dirinya sendiri dan lebih dari itu memang sudah rezekinya.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, petang ini saya berjaya menemukan Hanim dengan rakan pensyarah yang …

Bayi

Apabila menghuraikan surah Al-Thur ayat 21, "Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya", Ustaz Zahazan sempat menceritakan kisah Nabi Sulaiman a.s. yang diminta oleh bapanya Nabi Daud untuk mengadili dua orang wanita yang berebut seorang bayi. Ustaz ini ingin menganjurkan perlunya anak diberikan peluang untuk didengar pandangannya dalam rangka melahirkan zuriat yang beriman dan beramal soleh.

Menurut Ustaz, kedua-dua ibu ini mengaku bahawa merekalah ibu sebenar kepada bayi tersebut. Perbicaraan ini adalah kes rayuan kerana sebelumnya keputusan telah pun dibuat oleh Nabi Daud a.s. yang memihak kepada wanita yang lebih tua. Demi mencapai keadilan memandangkan kedua-dua wanita ini enggan mengalah antara sat…

Boss

It's a fine sunny day in the forest and a rabbit is sitting outside his burrow, tippy-tapping on his typewriter. Along comes a fox, out for a walk.

Fox: "What are you working on?"
Rabbit: "My thesis."
Fox: "Hmm... What is it about?"
Rabbit: "Oh, I'm writing about how rabbits eat foxes."
Fox: "That's ridiculous ! Any fool knows that rabbits don't eat foxes!"
Rabbit: "Come with me and I'll show you!"

They both disappear into the rabbit's burrow. After few minutes, gnawing on a fox bone, the rabbit returns to his typewriter and resumes typing.

Soon a wolf comes along and stops to watch the hardworking rabbit.

Wolf: "What's that you are writing?"
Rabbit: "I'm doing a thesis on how rabbits eat wolves."
Wolf: "you don't expect to get such rubbish published, do you?"
Rabbit: "No problem. Do you want to see why?"

The rabbit and the wolf go into the burrow and again the ra…

Baling

Petang ini saya menziarahi Mak Ngah di Kampung Kuala Paya dan tertarik kepada papantanda " 40km/jam, laju!!, baling batu" yang terpacak di bahu jalan. Mesejnya cukup jelas. Orang kampung ini memberi amaran kepada pemandu kenderaan yang melalui jalan kampung ini supaya tidak memandu melebihi had yang ditetapkan iaitu 40km sejam atau bakal menerima padah kenderaan mereka dibaling dengan batu!

Ia mungkin sekadar amaran tanpa tindakan. Saya tidak fikir orang kampung ini cukup berani untuk membaling batu ke arah kenderaan yang dipandu laju itu. Mereka bakal berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang akan menyusahkan mereka juga. Adakah mereka akan bertanggungjawab sekiranya ada yang tercedera dibaling batu nanti. Saya tidak dapat mengagak bilangan kereta yang menjadi mangsa balingan batu setakat ini atau mungkin tiada langsung.

Kendatipun begitu, saya melihat mesej beramaran ini berjaya mencapai maksudnya. Ia menggentarkan saya sekonyong-konyong terpandang kepadanya. Kenderaan yang…

Kain

Saya menonton Liga Ilmu lewat Astro Oasis dan cukup tertarik dengan program bual bicara yang amat santai ini. Sayangnya saya singgah di saluran ini ketika program selama sejam yang di rakamkan di Jemapoh ini sudah berada di pertengahan jalan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak rugi melayan Liga Ilmu. Topik perbincangannya menarik dan semasa. Empat panelis berbicara tentang jaga tepi kain orang. Perlu atau tidaknya. Kalau sampai perlu jaga tepi kain orang bagaimana pendekatannya agar yang ditegur tidak tercalar hatinya dan terkoyak perasaannya. Menjaga tepi kain orang rasanya tidak salah asalkan jangan sampai menjaga dalam kain orang.

Tuntutan menjaga tepi kain orang dilihat mendesak apabila dilihat dalam konteks amar maaruf nahi munkar. Ini bertepatan dengan firman Allah:Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang ma’ruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Ali Imran…

E-Class

Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir berseloroh apabila berbicara tentang ikhlas dalam AlKuliyyah di TV3.Katanya amalan yang dilakukan perlu ikhlas bukan e-class.Ia terbit dari persoalan tentang keikhlasan dalam berkorban. Amalan berkorban pastinya sah sekiranya menepati tuntutan yang digariskan oleh Islam. Namun keraguan timbul sama ada ibadat korban yang dilaksanakan itu maqbul dan di terima oleh Allah.

Dalam hubungan ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah al-Hajj ayat 37)

Sukarnya hendak mengukur keikhlasan amalan yang dilakukan. Sering kita mendengar…

Dramaton

Saya menonton empat buah drama tempatan menerusi tv yang cukup mengesankan.Semuanya berkisar tentang falsafah pengorbanan sesuai dengan sambutan Hari raya Qurban. Saya selalu percaya, drama adalah medium terbaik dalam mendidik penonton.Sebab itu saya selalu tertarik dengan drama tv namun masih selektif. Ia jauh lebih berkesan daripada kapsul ceramah atau "talkshow". Saya sendiri amat berkira dalam memilih program ceramah yang hendak ditonton. Bagi rancangan agama misalnya, ketokohan penceramah di samping "daya penarik" tersendiri menjadi asas untuk rasa tersangkut. Perkara-perkara yang berkaitan dengan soal agama akan menjadi lebih menarik kalau dikupas dan disokong dengan ayat-ayat AlQuran dan petikan hadis Nabi selain kisah-kisah teladan yang terpacul lancar dari mulut penceramah. Tanpa kelebihan ini, program begini akan hambar dan gagal meraih minat penonton. Sekadar menyebut beberapa nama, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Mohd Zawawi Jusoh, Ustaz Jamil Khir, Ustaz…

Isteri

Ustaz Zamri Zainuldin dalam Tanyalah Ustaz diTV9 pagi ini menyingkap kisah Nabi Ibrahim yang mengunjungi anaknya Ismail selepas kemangkatan isterinya Siti Hajar. Cerita yang sangat menarik dan wajar dijadikan iktibar. Ketika sampai, Ismail tiada di rumah lalu tanpa dikenali oleh isteri Ismail, Ibrahim bertanyakan kepada menantunya mengenai kehidupan mereka. Lalu si isteri mengadu bermacam-macam kesusahan dan kesempitan hidup mereka.

Lalu ketika bertemu dengan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim berpesan supaya anaknya itu menukar ambang pintu rumahnya itu. Ismail yang mengerti maksud bapanya itu lalu menceraikan isterinya dan berkahwin lain dengan puteri Ketua Kabilah Jurhum, Mudah bin Amru.

Pada ketika yang lain, Ibrahim yang datang semula lalu bertanya kepada menantu yang baru mengenai kehidupan mereka semasa ketiadaan Nabi Ismail. Lalu si menantu memuji Allah atas apa yang mereka miliki. Nabi Ibrahim begitu berpuas hati dan meminta Ismail supaya tidak perlu menukar ambang pintu rumahnya itu.

Is…

Didikan

Allah berfirman :-"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. "[Al-Thuur 52:21]

Ustaz Zahazan didengari lagi bicaranya dalam mentafsir dan mengupas surah-surah dari AlQuran lewat radio FM IKIM. Pagi ini Ustaz menghurai panjang lebar dengan pendekatan yang cukup menarik Surah Al-Thuur ayat yang dipaparkan di atas. Kata Ustaz, salah satu dari rahmat Allah keatas makhluknya ialah, jika anaknya beriman maka dia akan menyertai bapanya di Syurga yang sama taraf walaupun mereka sendiri tidak mencapai tahap tersebut, agar bapa mendapat kegembiraan bertemu dengan anak-anak mereka.

Jika seorang suami dan atau seorang bapa menginginkan anggota keluarganya menjadi soleh dan solehah, dialah yang perlu dulu menjadi s…

Oasis

Oasis dikenali sebagai salah satu saluran ASTRO yang banyak menyajikan program yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam.Kehadiran saluran ini dilihat dapat mengisi lompang kosong pelbagai saluran yang ada yang lebih berorientasikan hiburan. Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia ini semakin mendapat tempat dihati penonton. Alrayyan, Kalam Suci, Bahtera Perubahan, Liga Ilmu adalah antara program yang popular.Saluran yang dilancarkan pada 13 Oktober 2007 di Saluran 106 dengan slogan "Inspirasi Sanubari"menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton da…

Singkat

Nabi bersabda yang bermaksud; "Hari Kiamat tidak akan datang sebelum waktu menyusut. Satu tahun terasa seperti sebulan, satu bulan terasa seperti satu minggu, satu minggu terasa seperti sehari, dan sehari terasa seperti satu jam dan satu jam terasa seperti kilatan api"
Hadis sahih, Musnad Ahmad

Hadis ini dipaparkan dalam buku Kiamat Mendekat terjemahan karya Syekh Muhammad Hisyam Kabbani dari versi asal The Approach of Amargeddon. Saya sedang membaca buku yang memberi kupasan panjang lebar tentang tanda-tanda akhir zaman ini.

Nabi saw. mengatakan dalam hadis ini bahwa waktu akan terus menyusut sedemikian rupa sehingga waktu menjadi seperti kilatan api, yang berlangsung begitu pantas. Dengan teknologi satelit, hal yang dulu dikerjakan dalam waktu setahun, kini bisa selesai seketika dengan menggunakan telefon. Kita dapat membawa telefon bimbit dan berbicara dengan orang di segenap pelusuk dunia. Kita bisa berkomunikasi dengan siapa pun dan dimana pun tidak hanya melalui telefon, …