Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Ubat

D i satu kaki lima di sebuah kota besar, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.. Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!! Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut. Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik itu

Pengajaran

S aya ditarik untuk menonton drama buatan tempatan di TV3 malam ini. Sudah lama saya tidak terpanggil untuk menonton drama. Sebabnya mudah- jalan cerita drama Melayu sama sahaja dulu sampai sekarang. Jadi, menontonnya macam membuang masa sahaja. Namun kali ini tajuk ceritanya sangat kuat mengajak saya untuk menontonnya. Promonya juga sedikit membantu saya untuk mengetahui apa yang ada dalam cerita ini. Drama Di bawah Langitmu ini adalah sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin, pensyarah yang pernah mengajar saya kira-kira 30 tahun lalu semasa di UKM. Faktor pengarah juga mendorong saya menonton drama ini hingga ke hujungnya. Hasil tangan Raja Ahmad Alauddin pada saya tidak pernah mengecewakan. Drama yang baik perlu ada pengajaran. Drama bukan setakat hiburan sahaja atau setakat menempelkan pelakon-pelakon yang kacak dan cantik. Dan drama ini ada pengajarannya. Walaupun Osman hampir gagal memiliki An sebagai teman hidupnya setelah menjadi tunangan orang, akhirnya An menjadi isteriny

Umpan

H adif di umpan dengan gula-gula sebelum berjaya dipujuk oleh ibunya untuk mandi petang tadi. Dia menangis semahunya sambil menolak ibunya. Namun dia tewas juga dengan umpanan ibunya. Hafiz yang berusia 4 tahun pula diumpan oleh ayahnya dengan mainan setiap kali dia enggan diajar mengaji. Ikan di air diumpan dengan cacing dan berakhir dengan mulutnya tesangkut pada mata kail yang tajam milik si pengail. Ayam kampung yang liar tewas dengan umpan jagung yang tidak seberapa sebelum menyaksikannya disembelih untuk gulai kari yang enak. Seorang anak yang malas belajar di umpan oleh ayahnya dengan sebuah motosikal untuk sebuah keputusan cemerlang dalam peperiksaan . Hari ini saya diminta oleh isteri untuk menyumbangkan dua hamper untuk hadiah cabutan bertuah bagi mengumpan ibubapa supaya hadir dalam mesyuarat agung PIBG sekolahnya. Umpan pelbagai bentuknya. Kata-kata dari mulut yang manis pun boleh jadi umpan yang cukup berkesan. Namun umpan wang ringgit dilihat paling kerap digunakan.

Jodoh

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?" S aya sempat menonton drama di TV3. Ceritanya saya kira cukup menarik kerana tema yang disajikan agak berlainan daripada tema-tema klise drama Melayu sebelum ini. Saya percaya cerita ini diangkat dari kisah benar seorang lelaki yang disyaratkan bekerja selama 12 tahun di ladang epal. Dosanya memakan sebiji epal milik tuan punya ladang hanya boleh dimaafkan sekiranya dia menerima syarat yang dikenakan itu.Dia juga dikehendaki menerima tawaran tuan punya ladang epal itu supaya memperisterikan anak perempuannya, Ummu Khair Fatimah. Drama yang diberi jodol Lorong Cahaya membawa tema yang hampir sama cuma pendekatan, olahan dan jalan ceritanya agak berlainan sesuai dengan tuntutan masa sekarang. Pun begitu, olahannya sangat menarik disamping adaptasi yang sangat kreatif. Dua orang lelaki mu

Stress

Living life as students in an institution of higher education is never an easy task. Here, students will face the harsh realities of life which challenge them not only cognitively but emotionally and psychologically as well. Hence stress is not uncommon among students in higher learning institutions. By understanding how these students cope with stress, the parents, lecturers, advisors and administrators can assist students in managing it. This morning when I simply throw questions to my students , if they are stressful the answer is entirely yes and no doubt. It is indeed true that studying can be as stressful as working. However, stress in learning is also a subjective phenomenon. For some students, making a presentation in front of the class is not stressful while, for others, it is the end of the world. Some students consider quizzes as good challenges to their potential while others find them hard to handle. In other words, how one labels, interprets, thinks about and reacts to

Menangis

H adif menangis kerana enggan dipakaikan baju sebaik sahaja selepas mandi. Dia lebih suka boleng lebih-lebih lagi dengan cuaca panas kini. Hafiz pula menangis bila ayahnya cuba menukar saluran tv ketika dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Budak kecil memang mudah menangis berbanding orang dewasa yang selalunya memilih untuk mengekang keinginan untuk menangis. Perempuan dikatakan mudah tersentuh perasaannya lalu mudah untuk menangis. Ramai orang berpendapat menangis menandakan kelemahan emosi dan dilihat lembik. Justeru itu lelaki memilih untuk tidak menangis walapun ia tidak sepatutnya begitu. Semua orang berhak dan perlu untuk menangis kerana dengan menangis segala yang terbeban dan tersimpan dapat diluahkan. Bila saya melihat emak menangis ketika bersua dengan kawan-kawan lamanya hari itu, saya sendiri tidak dapat menahan sebak namun tidak pula sampai menangis. Menonton sebuah drama tv yang menyayat hati pun boleh buat kita menangis atau setidak-tidakny

Jubah

U iTM Johor mencipta sejarah hari ini apabila buat pertama kalinya diberi penghormatan menjadi pentas konvokesyen buat siswazahnya, selepas 32 tahun beroperasi di bumi Segamat. Saya masih ingat ketika ia mula beroperasi dulu, ia bertapak di beberapa unit rumah kedai di Bukit Siput sebelum berpindah ke tapak tetapnya sekarang sekitar tahun 1990. Sebagai salah seorang tenaga pengajar saya tidak dapat menyembunyikan rasa seronok dan bangga kerana turut sama menyumbang dalam proses melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Tahun demi tahun, pelajar datang dan pergi. Bagi pelajar universiti, saat yang paling menggembirakan sudah pastilah ketika dipanggil naik ke pentas untuk menerima skrol ijazah setelah lebih kurang tiga atau empat tahun berhempas pulas memerah otak menimba ilmu. Segala usaha selama ini terbayar juga dan sekaligus membanggakan ibu ayah dan mereka yang sering mendoakan kejayaan. Seawal petang semalam lagi saya sudah melihat kegembi

Creativity

I learned something valuable from TNC Prof Suhaimi this morning during a special academic meeting. He was sharing his experience when he visited Pohang Steel Company (POSCO) in South Korea in September 2010, He was stunned while entering the main gate of the steel factory when he saw a writing “Resources are limited; Creativity is unlimited” on the gate. I imagined how the workers in the company see the words every day when they enter the gate.The message is obvious to them that their country does not have much natural resources compared to other countries. But their economic growth is not limited with the limited resources they have. There are always a way out for every country if they keep pressing forward without relying on unsustainable resources. Other than South Korea, let’s take Singapore and Hong Kong, these two places are just a tiny countries  without natural resources such as gas and oil, gold, and so on. Despite the situation, they are still competitive and visi

Muar

B andar Maharani  Muar diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor oleh Sultan Johor.  Saya melihat ia pemilihan yang tepat. Bandar Muar  masih kaya dengan bangunan-bangunan lama. Sesekali ke bandar ini, saya dapat merasakan berada di bandar retro. Lebih menarik rasa diri ini sangat Melayu kalau di Muar. Saya tidak ada jawapan kenapa saya rasa begitu. Pada saya Muar bandar orang Melayu. Saya tidak rasa begitu bila di Batu Pahat, Kluang mahu pun Segamat tempat saya dilahirkan apatah lagi di Johor Bahru. Kalau saya diberi pilihan, saya ingin tinggal di Muar. Kampung-kampung orang Melayu juga banyak di Muar. Rumahnya juga kelihatan Melayu. Mee Bandung Muar dan mee rebus tetap menjadi tarikan kalau ke Muar. Kalau ke Muar saya tidak pernah melupakan Kg Sawah Ring di Gersik. Sejak bertahun-tahun seorang nenek yang mesra saya panggil dengan Tok Utih tidak pernah saya ketinggalan melawatnya. Namun sejak dua tiga tahuh lalu, kampung ini tidak saya kunjungi lagi. Tok Utih telah pergi menemui

Merokok

P agi ini bersarapan pagi di salah sebuah warong di Kg Jawa yang kelihatannya berjaya menarik ramai pengunjung. Menu istemewa tentunya nasik lemak, mee rebus dan juga lontong. Saya selalunya memilih mee rebus sebagai pengalas perut sebelum makan tengahari. Boleh tahan juga mee rebusnya. Tidak hairanlah ramai yang mengunjung warong ini. Tiba-tiba saya dengar isteri merungut sendirian. Hidungnya paling sensitif dengan bau asap rokok yang menusuk. Untuk kesekian kalinya dia menyuarakan rasa geramnya dan kurang senang dengan sikap setengah-setengah perokok yang wewenangnya merokok di tempat awam. Papan tanda melarang merokok yang terpampang tidak diendahkan langsung. Hak merokok adalah hak peribadi namun hak orang awam jangan dinafikan juga. Setiap kali terhidu asap rokok, beginilah dia- melepaskan marah dan geramnya kepada saya. Saya amat bernasib baik kerana tidak merokok. Tidak dapatlah saya bayangkan sekiranya saya sebagai orang paling rapat dengannya juga merokok. Barangkali say

Cantik

Cantik ke? S emua orang ingin cantik dan nampak cantik lebih-lebih lagi wanita. Untuk cantik, bukan sukar pun sekarang. Sangat mudah untuk jadi cantik dengan syarat ada duit. Hidung yang penyek boleh dimancungkan. Mata yang sepet boleh dibundarkan. Ia bukan mustahil lagi sekarang. Di Korea misalnya klinik mencantikkan wajah banyak bagaikan kedai menjual roti canai. Tidak berapa lama dulu, kita dikejutkan dengan kisah seorang lelaki China yang menyaman isterinya sendiri malah menceraikannya juga. Ia ada kaitan soal cantik juga.Khabarnya, ia berpunca dari isterinya yang melahirkan seorang bayi perempuan yang hodoh parasnya. Suami tidak percaya bayi itu anaknya kerana dia sendiri kacak dan lawa dan isterinya pun cantik menawan. Dia meragui kesetiaan isterinya yang mungkin curang kepadanya. Pun begitu ujian DNA mendapati tuduhannya tidak berasas. Akhirnya kebenaran terbongkar bahawa isterinya sebenarnya asalnya tidaklah cantik tetapi telah membelanjakan sekitar 300K untuk menca

Kampung

H afiz beritahu saya bahawa dia suka duduk kampung. Macam-macam yang tidak ada di bandar ada di kampung. Apa yang tidak ada peluang hendak dibuat di bandar boleh dilakukan di kampung. Saya dapat melihat keseronokan Hafiz dan adiknya Hadif bila sesekali berkunjung ke rumah saya di kampung. Hafiz menggunakan sepenuhnya waktu yang ada bila di kampung. Melihat saya mengangkut tanah dengan kereta sorong dia juga ingin turut membantu. Melihat saya memegang cangkul, dia juga ingin merasa bagaimana mencangkul. Saya nampak dia kekok dan terkial-kial tetapi keinginannya untuk bermain tanah saya kagumi.Selalunya kanak-kanak seusianya lebih selesa duduk dalam rumah mengadap tv atau pun berseronok dengan peranti permainan komputer. Bila saya sebok di reban ayam, dia juga sebok sama. Bila ayam dilepaskan, Hafiz dan adiknya mengejar sehabis tenaga ayam-ayam yang bertempiaran ketakutan. Semua ini tidak ada di bandar dan kerana itu bila sesekali berpeluang memijak tanah kampung, Hafiz dilihat gir

Unta

S aya tertarik bila mendengar Ustaz Badlisyah secara santai menyampaikan kisah Abdul Rahman Bin Auf iaitu seorang sahabat Rasulullah yang memulakan perniagaannya dengan membeli unta mengunakan modal yang diberikan oleh sahabatnya Saad. Yang menariknya ialah apabila beliau menjual semula unta tersebut dengan harga yang sama. Begitulah keadan yang seterusnya... beli unta.... jual balik dengan harga yang sama... beli lain unta.. jual balik dengan harga yang sama! Akhirnya, Abdul Rahman Aufmenjadi jutawan di Madinah. Bila kita fikir secara logik, manalah datangnya kalau beli dan jual dengan harga yang sama. Abdul Rahman ada strateginya sendiri rupanya yang tidak kita terfikir pun. Setiap kali beliau membeli unta, beliau akan mengambil tali unta dan menyimpannya sehingga jumlah tali dalam simpanannya bukan kepalang banyaknya. Pada suatu hari, Madinah mengalami masalah yang besar iaitu kekurangan bekalan tali unta!! Tali unta memang sangat penting untuk menambat unta. Hasil penj

Hafiz(revisited)

Tujuh tahun yang lalu.. . H afiz semakin bijak bercakap. Setiap patah yang terpacul dari mulutnya terungkap jelas, tidak pelat langsung. Kepetahan anak kecil berusia 2 tahun lebih ini acapkali mencetuskan derai ketawa di kalangan kami. Malam tadi, ketika saya berkunjung ke rumahnya, Hafiz berkeras untuk mengikut kami pulang. Walaupun dipujuk oleh ibunya, Hafiz tetap dengan pendiriannya. Saya dan mama tidak berupaya menahan kemahuan Hafiz, walaupun ibunya sebenarnya agak keberatan untuk melepaskannya; bimbang kalau Hafiz menangis di tengah malam. Syukur, Hafiz tidor nyenyak hingga ke pagi. Hafiz dibawa bersarapan roti canai, kegemarannya. Di sebelah petangnya kami membawanya ke stesyen keretapi namun kami tidak mampu memenuhi keinginannya untuk menaiki keretapi yang sudah kerapkali keluar dari mulutnya. Hafiz menangis semahunya. Kami katakan kepadanya mungkin dilain kesempatan. Untuk memujuknya saya sempat membawanya ke Taman Permainan sebelum dijemput oleh ibu dan bapanya. Sehari

Kulit

S ejak memiliki kenderaan sendiri, menaiki kenderaan awam bukanlah satu keperluan lagi. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya naik bas mahu pun teksi. Petang ini bila keperluan naik teksi itu datang semula, saya sangat teruja. Walaupun perjalanan sangat singkat namun saya belajar sesuatu yang berharga dalam hidup. Bahawa dalam hidup ini setiap orang dilahirkan sama walaupun berbeza warna kulitnya. Di kerusi belakang, duduk seorang wanita yang  putih kulitnya bersama anak perempuannya yang berusia enam tahun. Dari awal perjalanan lagi, saya dapat mendengar perbualan rancak si anak dan ibunya.Saya dengar anak yang petah bercakap itu menyatakan rasa takutnya kepada pemandu teksi di sebelah saya. "Ibu, apakah orang ini penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?" Pemandu kulit hitam itu terdengar pertanyaan budak perempuan tersebut. Dia agak terkilan mendengarnya. Ya, memang pemandu teksi itu hitam kulitnya tidak seperti anak dan ibunya. Saya pula tidaklah putih dan tidak

Pendirian

A dakalanya kita suka sangat dengar cakap orang yang berkesudahan dengan menyusahkan kita. Kalau kita sebok memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, akhirnya semua yang kita buat tidak betul. Buat ini salah,buat itu salah dan akhirnya serba salah. Mungkin kisah ini boleh kita jadikan panduan. Ada seorang penjual ikan di pasar yang baru hari pertama menjual ikan di pasar awam Segamat. Melihat ramainya penjual ikan yang lebih berpengalaman yang dia perlu bersaing, peniaga ini menarik perhatian pembeli yang lalu lalang dengan memasang papan tanda  "DI SINI JUAL IKAN SEGAR". Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung wanita yang menegur papan tandanya itu.. "Mengapa kena tulis kata: DI SINI? Bukankah semua orang  tahu yang awak memang jual  DI SINI, bukan DI SANA pun?" "Betul juga!" fikir si penjual ikan itu, lalu di potongnya kata DI SINI, dan cuma tinggal tulisan "JUAL IKAN SEGAR". sahaja. Selang bebarapa minit datang pula se

Surat

A dakalanya kerana sangat menghargai sesuatu kita akan menyimpan sesuatu dengan baik tanpa mengambil manafaat daripadanya. Kerana sayangkan kereta misalnya kita tidak menggunakannya sebaliknya menyimpannya sahaja tanpa bergerak atau pun kalau pun digunakan mungkin sekali sekala sahaja. Saya ingin berkongsi kisah yang menarik ini walau pun macam tidak masuk akal, namun tersimpan pengajaran yang sangat berguna. Ia kisah sebuah keluarga yang menerima beberapa pucuk surat daripada ayah mereka yang merantau mencari rezeki di tempat lain, tetapi tidak membaca surat-surat yang diterima itu!   S eorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya. Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi

Cuti

C uti sehari saya penuhi dengan membersihkan luar dan perkarangan rumah. Lokasi rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok selain daripada laman rumput yang agak luas menuntut kepada pemotongan rumput sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Sejak mendiami Teratak Qaseh pada 2001, saya memilih untuk memotong rumput sendiri tanpa mengupah orang lain. Paling tidak boleh juga mengeluarkan peluh. Haziq juga ringan tulang membantu memungut sampah dan daun-daun kering yang saban hari gugur dari pokok di perkarangan rumah. Haziq menjadi hero hari ini apabila dia terpandang seekor ular hitam di celah papan-papan lama yang dibiarkan tersadai di tembok luar rumah. Haziq bertindak pantas dan ular tersebut mati di tangannya. Petangnya emak meminta saya balik ke rumahnya untuk membaiki  paip yang rosak. Dengan belanja sekitar RM10 paip yang bocor dapat dibaiki dan seperti biasa emak tidak pernah lupa masakan kegemaran anaknya - sambal ikan bilis berencahkan jering. Sedap! Seperti biasa, saya pul

Nostalgia (revisited)

M ajlis perkahwinan sepupu saya hari ini menemukan saya dengan sebilangan kawan lama yang sudah puluhan tahun tidak bersua. Mencecah 21 tahun, satu tempoh perpisahan yang amat panjang. Mohd Sari, seusia saya pernah belajar dalam kelas yang sama sehingga darjah tiga di salah sebuah kampung yang jauh dari bandar. Kidam (nama timangannya) terkenal nakal, kaki kebas dan suka menyakat orang termasuk rakan-rakan sekelas. Dalam kelas sering menjadi perhatian cikgu justeru sifat nakalnya dan tentunya paling bising dalam kelas. Semuanya yang tidak baik tentang Kidam. Memang begitu pun. Masih segar dalam ingatan saya tentang Kidam yang didenda duduk dibawah meja guru oleh Cikgu Khadijah semasa kelas Matematik. Kesian Kidam. Saya bersua semula dengannya hari ini. Bukan lagi sebagai anak sekolah seperti dulu tapi kami yang sudah dewasa, punya keluarga dan kerjaya. Pertemuan yang amat tidak diduga. Kidam bukan lagi dirinya yang dulu. Kidam tidak berhenti bercerita semahu-mahunya sepanjang 21 tahu

Kucing

S aya percaya ramai orang suka bela kucing sebagai binatang kesayangan. Tidak dinafikan kucing adalah antara binatang kesayangan yang sangat popular di kalangan penggemar binatang. Sesetengahnya kerana kegilaan melampau terhadap kucing,sampai sanggup menjadikan rumah sebagai pusat kucing gelandangan. Pantang ada kucing yang terbiar, akan di kutip dan dipelihara. Pun begitu,ada juga yang langsung tidak berkenan dengan kucing. Pantang ada kucing yang menyinggah akan diperhambat dan diusir. Kononnya tidak tahan dengan bulu kucing dan tentunya perangai kucing yang suka meninggalkan bahan buangannya merata-rata. Bau tahi kucing memang menusuk hidung. Sebab itulah kucing tidak digemari di kalangan pembenci kucing. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kucing adalah binatang kesayangan baginda Nabi kita. Kalaulah kita tahu, tentu perspektif kita terhadap kucing tidak lagi negatif. Saya ingin berkongsi sebuah cerita tentang seorang pembela kucing dan apa yang berlaku dihari pengkebumianny

Ungrateful

T oday I would like to share around one story of a blind girl who didnt feel grateful for what her boyfriend had given to her. It is common to see that people change when they get something better and forgot their past. There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend. One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “ now that you can see the world, will you marry me?” The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying: “Just take care of my eyes dear.” This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most pai

RM34.00?

S ekelar ikan tenggiri gulai kari dan sedikit goreng kobis bersekali dengan segelas air sirap limau. Selainnya sekelar ikan tenggiri asam pedas berencahkan bendi berserta sedikit ulaman juga segelas air sirap limau. Itulah makanan tengahari saya dan isteri  di sebuah restoren asam pedas tingkat bawah Angsana di bandaraya Johor Bahru. Rasanya bolehlah tahan dan sedap dimakan.Ramai juga yang menyinggah di situ. Dari riak muka dan gaya,saya dapat menelah rata-ratanya macam orang Singapura. Usai menyantap hidangan, isteri saya memilih untuk membayar. Isteri terkejut bukan kepalang bila ongkos sajian berjumlah RM34.00. Reaksi spontan saya ialah tidak masuk akal langsung. Kami menggeleng kepala macam tidak percaya. Paling-paling bangsat pun saya mengagak harganya sekitar RM20. Sambil beredar meninggalkan restoran yang saya anggap cekik darah itu, saya dan isteri membuat beberapa andaian. Pertama mungkin salah kira namun andaian ini tidaklah wajar sangat kerana mana mungkin salah kira.d

Bajet

B ajet dibentang hari ini. Semunya menunggu penuh berharap kalau-kalau ada habuan untuk mereka. Seperti biasa, setiap kali bajet dibentang, yang membentang seboleh-bolehnya akan sedaya upaya memuaskan hati semua pihak. Pun begitu, adalah amat mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Bila ini berlaku, yang mendapat habuan akan senyum memanjang manakala yang tidak, akan mengomel dan buat bising serta kecoh. Lumrahnya, bila kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita hajati, jarang sangat kita hendak meletakkan kegagalan itu berpunca dari diri kita sendiri atau pun lebih baik lagi menerimanya dengan lapang dada.  Selalunya yang berlaku, kita akan mula menuding jari kepada orang lain dan membogelkan segala kepincangannya bagi menutup kelemahan diri sendiri. Ibarat orang yang sedang mabuk cinta, kentut yang busuk bak telur tembelang pun dihidu harum bak kasturi. Bila baik semuanya berbau bunga, bila sudah berpatah arang berkerat rotan, berbau tahi yang bukan kepalang busuknya

Marah

A dakalanya di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. Saya ingin berkongsi sebuah kesah yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Menarik kisahnya dan elok benar dijadikan panduan bagi mengawal rasa marah kita. Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Oleh kerana marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kema mpuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Kes

Campur

S eorang kawan memberitahu saya bahawa walaupun dia mendekati Allah, namun tetap tidak bahagia juga.Hidup juga tetap sukar. Malah, masih terasa sempit dan selalu tidak tenang. Di mana silapnya dia. Tidak cukupkah lagi nilai kehambaannya kepada Penciptanya. Adakah ini bermakna, mendekati Allah tidak memberikan apa-apa kesan? Dia mahukan jawapan dari saya. Saya hanya tersenyum. Allah menyatakan bahawa segala keburukan adalah daripada diri manusia sendiri. Adalah lebih elok untuk kita lihat dan kaji semula. Mengapa kita tidak rasa tenang dan mengapa juga kita tidak bahagia? Mengapa kita tidak punya kekuatan juga? Walaupun sudah mendekatiNya, mengapa semua itu tidak juga muncul? Saya melihatnya begini. Benar, kita mendekatiNya dan juga meminta kepadaNya. Namun secara sedar atau tidak sedar, dalam masa yang sama, kita juga mendekati apa yang dimurkaiNya dan sekaligus mencintai pula kemungkaran itu. Walaupun ada banyak sebab lain lagi, tetapi ia adalah salah satu punca dan penghalang kep

Godaan

A dakalanya, malah dalam banyak ketikanya kita sukar mengawal nafsu. Bila nafsu datang menggoda, tanpa iman yang kuat dan mantap, segalanya akan berakhir dengan kehancuran. Apatah lagi bagi kita yang lemah imannya. Memang sudah janji syaitan untuk menggoda manusia supaya terjerumus bersamanya. Saya suka untuk berkongsi kisah yang sangat menarik ini dan boleh juga dijadikan panduan. Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta pesanan dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu syaitan. Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan

Pandangan

A dakalanya kita mudah sangat membuat kesimpulan terhadap apa yang kita lihat berlaku di depan mata kita. Kita jarang memberi ruang untuk menyelidik dahulu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik apa yang kita lihat. Lantas kita akan membuat pelbagai pandangan yang salah tentang apa yang kita lihat.Saya ingin berkongsi kisah yang sangat menarik ini sebagai panduan dalam kita menilai apa yang kita lihat. Paling penting fikir dulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang mungkin tidak tepat pun. Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar. Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah

Menebas

S aya tidak boleh bertahan lebih lama lagi melihat rumput dan lalang yang tumbuh meliar di tebing bukit. Ia menyemakkan pandangan sesemak rimbunan itu sendiri. Tanpa diminta lewat petang ini, saya meringankan tulang menebas semak samun yang saya kira hampir enam bulan tidak pernah di usik itu. Pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan mesin seperti yang saya pernah lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Ia lebih mudah dan cepat. Namun memikirkan tidak pula cukup selesa lagi untuk mendokong mesin di atas tebing yang tidak kurang curamnya itu saya mengambil keputusan untuk menggunakan parang sahaja. Menggunakan mesin di atas tebing yang curam perlukan keupayaan untuk menimbang badan agar tidak tergelincir dan melangsar ke bawah. Kerja menjadi mudah dengan sebilah parang tajam yang tidak pernah tumpul di tangan ayah mentua. Sambil menyelam minum air - tubuh dibasahi peluh dan yang semak sudah dilangsaikan. "Hati-hati menebas tu bang, parang tu tajam, ingat dulu" . Sempa

Renungan

Z aman dahulu bila duduk saja dekat restoran kita akan tanya,teh ais ada? Zaman sekarang kita akan tanya "mamak, password wifi apa"... Zaman dahulu, imam akan ingatkan, "luruskan saf, rapatkan antara tumit".. Zaman sekarang imam akan ingatkan,"matikan handphone Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram, Zaman sekarang kita sembang dengan telegram ... Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap, Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp. Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati, Zaman sekarang kita jual beli pakai GST   Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung. Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau? Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang. Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan. Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak

Penutup

S aya mengakhiri Syawal kali ini dengan menikmati juadah hasil air tangan emak. Dalam kepayahan dan kesihatan yang tidak berapa baik,emak menggagahkan diri ke dapor menyediakan ketupat segera selain kari ayam. Selain itu,diperkuatkan lagi dengan 200 batang sate yang emak tempah dari jiran sebelah rumah. Tidak lupa,seperti selalu atas permintaan emak, isteri melengkapkan menu hidangan dengan sentuhan emas goreng mamaknya. Hampir sebulan Syawal emak tiada di rumah dan bila balik di penghujung Syawal,jiran-jiran rapat emak menyuarakan ingin berkunjung raya. Emak tidak mahu menghampakan mereka. Semua orang tahu itu dalam soal menjamu orang, emak memang nombor satu. Malah ada yang berkata kalau tidak datang kenduri rumah Mak Hindon,ia satu kerugian besar. Bukan cara emak untuk menjamu orang makan sekadarnya sahaja. Emak juga pastikan setiap tetamu yang datang akan balik tanpa tangan kosong. Di penghujung jamuan,saya melihat hidangan yang disaji hampir tiada yang tinggal.Emak puas hati

Rumah

P ada hari raya yang baru lalu saya seperti biasa berkunjung ke kampung melawat atok dan nenek yang masih ada dan kian dimamah usia. Selain daripada Atok Dolah dan nenek saya juga saban tahun tidak pernah lupa untuk berkunjung ke rumah Atok Uda. Nenek tua ini sudah uzur benar, berusia lewat 70an dan jalan pun sudah bongkok-bongkok. Namun ingatannya masih segar dan kuat. Emak saya dan arwah ayah saya sendiri amat rapat dengan Tok Uda yang kini tinggal seorang diri di rumah yang sudah agak uzur - mencerminkan pemiliknya. Namun, rumah tua ini khabarnya menyimpan kenangan paling manis buat ibu saya dan juga arwah ayah. Di rumah tua inilah kononnya berlangsung majlis perkahwinan keduanya pada sekitar 1956 dahulu. Menitis juga air mata bila mengenangkan arwah ayah yang sudah hampir 10 tahun meninggalkan kami semua. Pena Tumpul - Terkejut bila diberitahu emak berkahwin pada usia yang amat muda

Solat

S aya sering bertanya kepada diri sendiri tentang kualiti solat yang dikerjakan. Antara soalan yang kerap menghentak fikiran ialah sama ada solat yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah?  Kalau pun kita solat, sejauh manakah kita khusyuk semasa mendirikannya, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk solat itu diterima Allah.   Pagi ini lewat corong radio saya dengar Ustaz Abu Hasan Din bercakap tentang solat dan lima tahap solat. Menarik dan boleh dijadikan panduan untuk kita menilai solat yang kita dirikan selama ini.   Kata Ustaz Hasan Din,tahap solat yang paling bawah ialah solat orang jahil. Solat begini didirikan oleh yang baru berjinak dengan solat dan tidak sangat mendalami tentang solat.Dalam lain perkataan, solat asal buat sahaja. Solat begini tidak berperanan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Solat begini tidak memberi kesan kepada pelakunya pun.  Lebih baik sedikit daripada solatul jahilin,ialah sol

Sayu

S ayu adalah perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ia terbit dari gejolak rasa yang sarat dengan kesedihan yang sukar untuk dijelaskan. Hari Raya kali ini menyaksikan wajah-wajah sayu atok, emak, Mak Itam, Mak Ngah dan Mak Utih. Saya melihat emak bergenang air matanya bila bersalam dengan Atok Dolah. Bukan emak tidak selalu bersalam dan bermaafan dengan atok, namun kali ini jelas terpancar kesedihan emak. Saya tumpang sayu dan sebak melihat emak berpelukan dengan Mak Ngah dan Mak Itam. Mak Itam mengadu tidak sesihat dulu. Mak Utih pula kelihatan sedikit segar dan agak pulih dari sakit yang ditanggung setahun yang lalu. Mak Ngah pun tidak secergas dulu. Mereka pastinya menyimpan pelbagai cerita  sendiri yang tidak mampu saya selami. Mungkin mengenangkan arwah nenek yang sudah lama pergi meninggalkan atok dan kami semua. Mungkin juga melihat diri yang kian dimamah usia dan mengimbau kenangan-kenangan manis menyambut raya bertahun-tahun dulu ketika insan-insan tersay

Menabung

K ata orang tua-tua "sikit-sikit lama jadi bukit". Ia berkaitan dengan amalan menyimpan duit sedikit demi sedikit. Waktu kecil-kecil dulu saya selalu disaran oleh ayah ibu supaya menyimpan duit. Dulu ayah beri 30 sen sahaja untuk belanja sekolah. Sekitar 70an dulu, 30 sen agak besar nilainya. Selalunya saya akan simpan 10 sen dalam tabung ayam.Saya tidak pernah gagal melakukannya setiap hari sehinggalah saya tamat sekolah. Kalau waktu raya, bila ada saudara mara yang datang makin bertambahlah wang tabung saya. Bila tabung ayam penuh, akan pecahlah tabung itu. Duit yang terbarai bukan hendak dibelanjakan tetapi disaran pula oleh emak agar menyimpannya di Pejabat Pos. Dulu, menyimpan wang di bank hanya untuk orang yang banyak duit sahaja. Amalan menabung saya lakukan tanpa gagal. Hasilnya bila sahaja saya tamat Tingkatan Lima duit yang terkumpul mencecah hampir empat ribu. Hati gerang bukan kepalang. Dalam hati sudah berkira-kira hendak membeli apa-apa yang diidam. Mahu beli