Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Lama

S aya ke sebuah kedai yang paling lama di bandar Segamat.Kedai yang terletak di bandar lama ini cuma menjadi tumpuan di hujung tahun. Ketika inilah ibubapa sebok berbelanja untuk peralatan sekolah anak-anak. Kedai ini jadi popular kerana dua benda sahaja iaitu baju dan beg sekolah. Saya memilih untuk ke kedai lama ini untuk membeli beg sekolah Haziq dan bukan di kedai-kedai gah pada nama tetapi harga menjerut leher pembeli. Lagi pun ada kenangan penuh sentimental yang tidak mampu dilupakan bila ke kedai ini. Saya masih ingat setiap kali menjelang persekolahan almarhum ayah akan bawa saya dan abang ke kedai ini untuk beli beg sekolah baru. Masa dulu beg yang dijual tidaklah banyak jenisnya dan coraknya seperti sekarang. Ayah bukanlah banyak sangat duit pun jadi kami dibelikan beg sekadarnya. Namun saya dan abang berpuas hati dan bersyukur dengan apa pun beg yang ayah pilihkan untuk kami. Kami tidak merengus apatah lagi membantah. Sekurang-kurangnya dapat juga beg baru daripada tiada l

Mesra

S eawal pagi ini ada dua perkara yang amat menyukakan hati seorang saya. Ia mungkin kecil pada pandangan orang lain tetapi pada saya ia cukup besar dan bermakna. Lain orang lain pandangannya. Ketika menunggu isteri menerima ubatnya di Unit Farmasi Poliklinik, mata saya terarah kepada sebuah kotak di bawah kaunter. Ia bukan kotak biasa.  Ia kotak yang memudahkan orang ramai. Selalunya dalam keadaaan cuaca yang sering hujan begini, payung menjadi teman rapat ke sana dan ke mari. Ternyata Unit Farmasi cukup peka dengan kehendak pelanggannya dan menyediakan kotak ini. Sejurus selepas usai di kaunter ubat, saya dan isteri beredar untuk bersarapan pagi. Kami singgah di sebuah warung yang memang sering menjadi tumpuan di Kg Jawa. Acapkali niat untuk singgah bersarapan di sini, dibatalkan kerana kesesakan yang melampau. Orang selalu ramai di warung ini. Pasti ada yang menjadi tarikannya. Roti canai atau mungkin kuih-kuih yang amat pelbagai atau barangkali harga yang relatif murah. Dalam

Doa

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan, Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang. D alam Tanyalah Ustaz seorang Ustaz berkongsi cerita yang perlu dijadikan iktibar.Pada suatu hari, Rasulullah masuk ke masjid, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya; "Apa yang engkau buat di sini pada waku begini, wahai Abu Umamah? " Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang , ya Rasulullah." "Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?; "Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini, " kata baginda Rasul. Abu Umamah berkata; "Doa tersebut aku amalkan dan akhi

Aurat

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik. Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat"    Saya melihat dalam kelas, dua atau tiga orang siswi yang sekejap bertudung sekejap tidak. Ada hari-hari mereka bertudung dan ada harinya juga mereka dilihat tanpa tudung di kepala. Saya melontarkan persoalan secara jujur untuk mendapatkan jawapan. Ada yang menerimanya secara terbuka dan ada yang kurang senang isu ini ditimbulkan. Justeru itu yang seorang ini mengeluarkan kenyataan di atas. Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun saya sedar pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas. “Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan? ” tanya saya lembut. “Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.” Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak berg

Jumud

S aya tidak pernah tahu adanya jawatan sebagai peniup kaca dalam sektor awam. Jawatan ini antara yang tersenarai dalam beberapa lagi jawatan yang akan dijumudkan.Dalam lain perkataan akan dimansuhkan bermula tahun depan. Tiada lagi pengambilan baru. Penghapusan jawatan jumud adalah antara transformasi yang dilakukan dalam sektor awam yang dianggap cukup besar anggotanya melebihi satu juta kakitangan. Saya melihat ia memang satu langkah yang tepat pada masanya dalam usaha untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam yang selama ini sering dipandang serong. Perkhidmatan awam selalu dikatakan tidak cekap, dan berlakunya pertindihan tugas, pembaziran sumber manusia akibat lebihan kakitangan. Ia dilihat memang ada benarnya dakwaan sedemikian. Tidak keterlaluan kalau dikatakan ada yang cuma goyang kaki pun di tempat kerja! Selain penjumudan jawatan, berlaku juga penjenaman semula pada jawatan-jawatan tertentu. Jawatan atenden atau amah sebelum ini kini dapat nama baru iaitu Pembantu Perawat

Makan

D alam perjalanan balik dari Melaka saya sempat singgah di salah sebuah kedai makan di Tangkak. Kata orang kedai yang satu ini memang luar biasa mee bandungnya. Sementara menunggu mee bandung yang dipesan tersaji di atas meja, saya berceloteh tentang cara makan yang berbeza di kalangan pelbagai kaum dan bangsa. Saya tanya Haziq mengapa dia memilih untuk makan menggunakan tangan walaupun dia boleh makan dengan sudu dan garfu kalau dia mahu. Katanya makan guna tangan lebih nikmat dan mudah lebih-lebih lagi kalau makan nasi dengan pelbagai lauk. Biasanya orang Melayu lebih selesa makan pakai tangan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Saya mengajukan soalan ini kepada Haziq dan dia tidak mampu menjawabnya. Saya pernah terbaca asal usul orang kita makan guna tangan ini.  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Ia berlaku di akhir abad ke 19. Seorang kerabat

Kewujudan

D alam ceramahnya, Ustaz Zahazan bercerita tentang kebijaksanaan Imam Abu Hanifah menangkis hujah orang kafir yang memang tidak pernah percaya tentang wujudnya Tuhan. Ia cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. P ada suatu hari, Imam Abu Hanifah di soal oleh seorang kafir berkaitan bukti kewujudan Tuhan.Beliau lantas menjawab akan menjawab soalan itu pada sebelah petang di sebuah pulau. Pada petang itu, orang kafir itu berada di pulau itu pada masa yang di janjikan. Namun, Imam Abu Hanifah belum sampai-sampai. Apabila Imam Abu Hanifah tiba di hadapan orang kafir itu, dia terus menuduh beliau dengan menyatakan keburukan orang Islam yang mengaku agama mulia tetapi penganutnya tidak tahu menepati masa. Imam Abu Hanifah menerangkan sebab beliau terlewat. Beliau tidak menemui sebarang perahu atau sampan yang membolehkannya menyeberangi sungai tadi. Dia menceritakan kepada orang kafir itu apa yang berlaku. "Ketika saya sedang berfikir tentang jalan penyelesaian masalah it

Malas

P ada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka dan  tidak ada yang malas pun Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya, "Apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya, "S ampai mana pulak tahap malas awak? " Maka jawabnya, "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka Raja pun terdiam. Sekonyong-konyong datang seorang budak lelaki  kepadanya sambil berkata, "saya adalah yang paling malas Tuanku". Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?" Budak itu pun menjawab,  "Nak cerita  pun saya  malas".... P

Tamak

R umah sebuah ini sepatutnya sudah dilanyak bersama dua tiga biji rumah yang lain apabila kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh jentolak beberapa minggu lalu. Rumah milik Pak Atan di Jalan Muar ini turut terbabit untuk memberi laluan kepada projek jalan raya baru Segamat-Tangkak. Malangnya nasib Pak Atan. Bila saya berkesempatan bertemu dengannya semalam, Pak Atan mempamerkan wajah seribu kehampaan. Dia sepatutnya menerima sejumlah pampasan seperti orang lain yang diambil tanahnya oleh kerajaan. Namun kerana kesilapan yang dilakukannya berpuluh tahun lalu, hari ini dia menerima padahnya. Sifat haloba berserta dengki yang bersarang di hati anak angkatnya merumitkan keadaan. Segalanya tersangkut dan terbantut. Si anak seolah-olah mahu membolot setiap sen pampasan yang bakal diperoleh dan menafikan hak Pak Atan sebagai pemilik rumah usang ini. Benar, Pak Atan secara sah sudah memindahmilikkan tanah itu kepada anak angkatnya dulu, namun itu tidak bermakna Pak Atan harus diketepikan begi

Raja

S aya masih ingat ditanya oleh Cikgu Husin guru tawarikh ( dulu tidak dipanggil sejarah) negara yang paling ramai raja memerintah di dunia ini. Saya tidak dapat menjawab soalan itu malah seluruh kelas darjah Lima(A) gagal memberikan jawapan yang tepat. Saya yakin semua tahu jawapannya kerana ia tidak lain negara kita sendiri. Itulah uniknya sistem pemerintahan raja berparlimen negara kita. Yang diPertuan Agung  (YDPA)yang menjadi payung kepada kerajaan Persekutuan selain daripada Raja-Raja Melayu yang menaungi kerajaan negeri kecuali di empat negeri yang tiada raja termasuk Melaka. Hari ini negara memiliki YDPA yang baru menggantikan Tengku Mizan yang kembali semula bersemayam di kerajaan Terengganu. Tuanku Abdul Halim Sultan Kedah mencipta sejarah negara kerana dilantik buat kali kedua sebagai YDPA dan ini tidak pernah berlaku pada mana-mana raja pun sebelum ini. saya masih ingat ketika baginda menjadi YDPA sekitar 1974, kami pelajar sekolah diminta beratur di hadapan stesyen kereta

Lalat

L azimnya seorang penceramah yang baik akan memanipulasikan apa sahaja yang kelihatan di pandangannya untuk dijadikan penyendal ceramah. Dewan Karyawan di kunjungi lalat-lalat yang tidak pernah diundang dan kehadiran serangga ini memang tidak menyelesakan. Ustaz Zahazan yang dijemput berceramah membawa cerita tentang lalat. Dia mempersembahkan sebuah hadis nabi yang cukup elok untuk dijadikan iktibar.  Rasulullah  bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda  bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” ber

Selam

L ucu juga bila dengar cerita ada kapal selam yang tidak boleh menyelam. Kalau kapal selam tidak boleh menyelam rasanya tidak wajarlah dipanggil kapal selam. Lebih melucukan lagi bila cerita ini disebarkan oleh seorang pemimpin tertinggi sebuah negeri yang tidak tahu apa-apa pun tentang kapal selam. Memang menjadi amalan biasa di kalangan kita untuk bercakap tentang sesuatu yang kita tidak tahu pun. Ibarat seorang doktor hendak bercakap tentang kejuruteraan. Tentulah tidak kena pada tempatnya. Begitu juga seorang peguam hendak menunjuk pandai dalam aspek seni bina bangunan misalnya, juga memang tidak masuk akal. Begitu juga bila seorang yang tidak cukup arif pun tentang hukum hakam agama berlagak macam lebih pandai daripada seorang ustaz. Jadi, soal kapal selam boleh menyelam atau tidak bukanlah tugas seorang ahli politik untuk sebok-sebok tentangnya. Biarlah orang yang arif tentangnya bercakap tentangnya. Soal-soal anak-anak buah dan kebajikan mereka itulah yang patut dijaga dan d

Perubahan

"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”  H adis di atas sudah selalu sangat kita baca dan dengar. Sudah ramai orang yang mengungkapkanya dan diselitkan dalam ceramah khususnya oleh Ustaz dan pakar motivasi. Saya mendengarnya lagi tengahari ini dilontarkan oleh seorang lagi Ustaz lewat corong radio. Namun kali ini impaknya amat berbeza. Ia begitu berkesan kerana cara ia disampaikan amat menarik oleh penyampainya yang juga menarik. Hadis ini disandarkan bila dia bercakap tentang perubahan sempena Hijrah. Semua orang sebok bercakap tentang perlunya perubahan diri. Kalau tidak baik akan berubah jadi baik. Kalau sudah baik bertekad pula untuk jadi lebih baik. Menariknya bila Ustaz melihat perubahan itu dalam dimensi yang lebih realist

Menangis

S eorang pelajar perempuan tiba-tiba sebak dan berair matanya. Dia menangis tanpa saya ketahui sebabnya. Saya takut kalau ada kata-kata yang saya lontarkan kepadanya menyentuh dan menyiat perasaannya lalu dia menangis. Dia datang ke bilik saya meminta nasihat. Sebagai penasihat akademiknya, saya perlu bersedia untuk memberikan pandangan dan sekaligus menyelesaikan masalahnya. Dia gagal dalam satu subjek penting semester lalu dan perlu mendudukinya semula. Saya menasihatkannya supaya mengulanginya pada semester ini ketika dia pula berkeras untuk menangguhkannya pada dua semester berikutnya. Saya katakan kepadanya bahawa niatnya itu bukanlah cukup baik untuk dilakukan. Namun dia punya alasan sendiri yang tidak cukup kuat pun. Ingin bertarung bermati-matian untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam tujuh subjek lain yang diambilnya dan melupakan sementara subjek yang dia gagal itu. Saya nampak dia tiba-tiba menangis bila saya bertanyakan sebab kegagalannya dalam subjek yang tidak su

66

A yah mentua diraikan ulang tahun kelahirannya malam ini. Dia berusia 66 tahun, dan masih sihat. Beliau cukup disenangi untuk diakrabi oleh insan-insan disekelilingnya lebih-lebih lagi cucu-cucunya yang cuma empat orang itu. Apa sahaja kemahuan mereka, tidak pernah dihampakan. Tuan Haji Muda yang juga seorang Imam memang tidak banyak cakap. Saya sendiri yang juga tidak banyak cakap memang kurang berpeluang untuk bercakap dengannya. Selalunya dalam meraikan majlis begini, ucapan "selamat panjang umur" selalu kita dengar walau pun ucapan "selamat pendek umur" yang lebih wajar diucapkan, kerana semakin bertambah umur kita, ia juga bermakna umur kita sebenarnya makin pendek. Saya dan isteri menghadiahkannya sebuah kitab. Saya mahu dia bukan sahaja cukup lancar dalam melafazkan doa-doa yang dibacanya setiap kali selesai mengepalai solat tetapi juga turut memahami apa yang diungkapkan. Kelihatannya beliau memang cukup senang menerima hadiah kami yang tidak seberapanya

Masa

M asa diperlekehkan lagi untuk kesekian kalinya. Sudah acap kali mesyuarat yang sepatutnya bermula pada waktu yang telah ditetapkan lewat dan tertunda. Gejala ini berlaku hanya kerana masa tidak diberikan kedudukan yang sewajarnya. Kelihatannya kita tidak sangat menghargai masa. Sudah begitu cara kita orang Melayu barangkali. Sesuatu yang sudah cukup sebati dalam diri memang amat sukar untuk dikikis. Justeru itulah dalam masyarakat kita, masa tidak pernah tepat sifatnya sehingga ungkapan-ungkapan seperti "lepas zohor" dan sebagainya di jadikan sandaran untuk menentukan masa. Lepas zohor itu boleh sahaja sepanjang waktu selepasnya sehinggalah masuk waktu asar. Bukankah sukar begitu? Ironisnya, ketika Islam mengaitkan ibadat-ibadatnya dengan masa seperti solat lima waktu misalnya, kita tidak pula belajar dan menghayati masa dari ibadat yang kita lakukan itu. Ia tidak kita terjemahkan dalam kehidupan kita. Sepatutnya jika kita mengamalkan ajaran Islam secara total, maka masa