Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

50sen

Dulu sekitar 70an, saya cuma dibekalkan 50 sen sahaja sebagai belanja sekolah. Waktu itu harga makanan dan minuman di kantin tidaklah sangat mahal seperti sekarang. Dengan duit sebanyak itu, dapatlah saya membeli sepinggan kecil mee goreng dan segelas air sirap. Cukuplah untuk atas perut. Saya tidak pernah merungut pun dengan pemberian ayah. Saya sedar itu sejumlah itu sahajalah yang ayah mampu. Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang saya kira boleh dijadikan iktibar dan manafaat. Kisah ini mungkin benar dan mungkin juga tidak. Pun begitu, mesejnya sangat jelas. Kringggg..loceng rehat berbunyi.

"Teriiimaaaa kaaaaasih cikgu!",
Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ini tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif?ujar saya kepada pelajar ni. "Tak cikgu". jawab Aif ringkas.
"Kenapa Alif tak rehat? Jawab Alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ini dapat beli nugget aja sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli n…

Pendam

Hari ini adalah ulang tahun ke 39 perkahwinan Pak Itam dan Mak Itam. Ketika mereka dijabkabulkan dulu saya di usia 11 tahun. Selain tarikh ulangtahun perkahwinan sendiri, saya tidak pernah mengingat tarikh-tarikh ulangtahun perkahwinan sesiapa pun. Istemewanya perkahwinan Pak Itam dan Mak Itam dalam hidup saya kerana Mak Itam mendahului Mak Ngah, Mak Utih, Mak Andak, Mak Cik dan Mak Usu melangsaikan status daranya.

Pak Itam juga berkesan dalam hidup saya. Ada banyak kenangan manis yang terpahat diingatan dan tidak mungkin dilupakan sampai bila pun. Saya bagai posmen penghubung cinta kasih Mak Itam dan Pak Itam. Pak Itam "memperalatkan" saya untuk memancing Mak Itam. Saya memang cukup rapat dengan Mak Itam. Saya seronok walaupun ketika itu cuma membonceng di atas basikal tua Pak Itam di ayak Pak Itam ke sana sini. Antara yang masih tebal dalam ingatan ialah bila setiap hujung bulan Pak Itam akan membawa saya dengan basikalnya sejauh 10 km untuk menonton filem-filem hindustan …

Peperiksaan

Peperiksaan sering menggentarkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersedia untuk berdepan dengannya. Ia bagaikan beban yang cukup menekan seluruh jiwa raga dan perasaan. Jiwa lapang tidak terperi sebaik sahaja peperiksaan selesai dihadapi. Pelbagai reaksi dan perlakuan dipamer seusai kertas terakhir.

Ada yang menjerit sekuat hati melaung perkataan "merdeka". Begitulah kuatnya belenggu peperiksaan yang tidak ada seorang pelajar pun boleh lari daripadanya.

Bermula dari hari ini dan tiga minggu mendatang,  warga siswa UiTM  bertarung lagi di medan peperiksaan.setelah lebih kurang 15 minggu menimba ilmu dalam dewan kuliah, mencari maklumat dalam perpustakaan selain daripada menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Saya mendoakan agar semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

Pena Tumpul -Tunggu peperiksaan dihapuskan dan digantikan dengan kaedah penilaian yang lebih praktikal dan berkesan



Doa

Ramadan bakal menjelang lagi.