Thursday, December 30, 2010

Jelmaan


Menyaksikan perlawanan bola malam tadi memang menyeronokkan. Selain daripada keupayaan pasukan negara membentengi asakan demi asakan pasukan lawan yang kemaruk gol, tumpuan terpaku kepada kehebatan Fahmi penjaga gol dari Kelantan ini.

Saya melihat tanpa Fahmi sebagai penjaga gol, pasukan negara mungkin tumpas lebih teruk daripada itu, bukan setakat dua gol yang terbolos itu. Bukan calang-calang penjaga gol yang boleh menyekat kemaraan bola ke dalam pintu gol dari sepakan penalti. Tetapi Fahmi berjaya melakukannya. Bahkan cubaan demi cubaan yang bahaya juga berjaya ditangkisnya. Satu persembahan yang cukup memukau yang dipamerkan oleh anak muda berusia 21 tahun ini.

Melihat kehebatan Fahmi, mengingatkan saya kepada dua nama besar dalam lagenda bola sepak negara. Dua nama yang tidak boleh dilupakan hingga kini, tentunya Arumugam yang mendapat jolokan bertangan panjang dan juga Chow Chee Kiong yang pernah hebat sekitar 70an dahulu. Selepas mereka berdua, pasukan bola sepak negara ketandusan penjaga gol yang benar-benar boleh dibanggakan.

Pujian juga perlu diberikan kepada Safee Salleh, penjaring gol terbanyak yang dikatakan sebagai jelmaan Supermokh. Kalau tidak sehebat Mokhtar Dahari pun, pemain muda ini juga memang mempamerkan permainan yang amat membanggakan.

Ketika seluruh negara yang sudah lama mengidam kejuaraan daripada pasukan bola, cuti umum satu hari tentunya cukup berbaloi dan bermakna sebagai hadiah mengiringi kejayaan amat berprestij ini!

Pena Tumpul - Syabas (Datuk) Rajagopal

Tuesday, December 28, 2010

Cicak

Mantoba bercerita tentang satu lagi bisnes yang boleh buat duit. Dia pernah bercerita tentang kayu gaharu yang didakwanya mampu memberi pulangan yang luar biasa. Berpuli-puli dia cuba meyakinkan saya untuk turut serta. Seperti cubaannya yang gagal meyakinkan saya dengan gaharunya dulu, saya juga tidak mudah tertarik dengan cerita cicaknya kali ini.

Katanya cicak tokek atau gecko boleh mencecah harga hingga puluhan ribu ringgit. Mudahnya untuk dapat duit kalaulah betul begitu pun. Namun selalunya yang dikata tidak semudah yang dilaku. Kalau semuanya begitu mudah, pastinya sudah ramai yang jadi kaya raya dengan pelbagai lagi cerita menarik tentang lintah, cacing, keli yang juga dilaporkan boleh menunaikan impian mereka yang ingin kaya cepat.

Hebat sangatkah cicak tokek ini? Saya terus menyelongkar maklumat tentang reptilia ini. Fakta tentangnya memang menarik.Ia didapati mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap ujian klinikal tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan.Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol ini mempunyai sifat yang boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser selain melawan HIV dan H1N1 viral.

Tidak hairanlah mengapa cicak besar ini menjadi buruan mereka yang ingin kaya cepat. Ia amat bernilai tinggi seperti sarang burung walit yang juga boleh memberi pulangan yang lumayan.

Tetapi, ia bukannya senang!

Pena Tumpul - Sekali kena, dua kali tahu

Monday, December 27, 2010

Bola


Saya menyaksikan Haziq dan mamanya bersorak kegirangan meraikan kehebatan Malaysia menundukkan Indonesia dalam perlawanan bola beberapa hari lalu. Saya tidaklah teruja sangat kerana secara peribadinya minat saya pada bola tidaklah sangat tinggi. Tetapi bila diheret sama oleh Haziq saya tidak berupaya menolaknya.

Saya melihat prestasi pemain bola negara kini memang boleh dibanggakan. Suntikan jurulatih Rajagopal memang berkesan menyembuhkan penyakit yang melanda pasukan negara sejak berdekad lalu. Percaturan dengan meletakkan pemain muda juga berbaloi. Persembahan mereka jelas tidak mengecewakan. Sumbatan tiga gol yang membolosi pintu gol lawan ketika semua cemas tanpa sebarang gol di waktu 45 minit awal permainan benar-benar mengejutkan.

Namun, jangan terlalu selesa sangat dengan kemenangan ini. Keselesaan bakal mengundang kecundang. Saya masih ingat bagaimana pasukan bola negara tumpas di tangan Indonesia dalam perlawanan ulangan di tempat sendiri walaupun menang di perlawanan pertama. Saya harap ia tidak berlaku dalam perlawanan kali ini atau kita bakal menerima nasib yang sama sewaktu bertemu Indonesia dalam Piala Tiger 2004 dahulu. Segalanya kerana terlalu yakin akan menang.

Belajarlah dari kesilapan masa lalu dan belasah Indonesia!

Pena Tumpul - Tertarik dengan Khairul Fahmi penjaga gol yang bagaikan bertangan magnet

Friday, December 24, 2010

Penduduk


Kalau ada yang masih beranggapan bahawa bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki ia sebenarnya tidak tepat langsung. Hasil banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah dilaksanakan pada 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang lalu mendedahkan penemuan yang amat menarik. Bilangan penduduk lelaki di negara ini sekarang 14,112,667 orang manakala perempuan pula 13,453,154 orang.

Ratio jantina secara keseluruhan pula menyaksikan bahawa kini ia adalah 105 lelaki bagi setiap 100 wanita. Jumlah penduduk pula 27.6 juta orang. Dengan kadar pertumbuhan 2.7% dalam tempoh 10 tahun (2000-2010) hasrat negara untuk mencapai 70 juta penduduk menjelang 2010 bagaikan amat jauh dari jangkauan.

Statistik tidak pernah berbohong berbanding pandangan mata kasar dan persepsi orang ramai. Kalau benar lelaki memang lebih ramai bilangannya dari wanita, di mana mereka? Yang pasti mereka tidak dilihat ramai di mana-mana pun. Bilangan lelaki semakin menyusut di pusat pengajian tinggi. Malah di mana-mana kelompok yang ditemui pun wanita tetap mendominasi. Hatta di sektor guna tenaga kerja pun kaum wanita jugalah yang terus dilihat menenggelamkan kehadiran kaum lelaki.

Mereka bersembunyikah? Surarumah barangkali.

Pena Tumpul - Adik-beradik emak pun semuanya perempuan

Wednesday, December 22, 2010

Renyok


"Ini mee rebus ke?, saya bertanya kepada seorang penjual wanita ini. "Ini mee goreng!!!!, keras sekali nadanya. Saya tau ia memang bernada keras. "Berapa semua?, saya tanya lagi. "Tiga ringgit. Jawapannya kurang jelas kerana dia dilihat acuh tidak acuh pun. Saya bertanya pada Haziq untuk kepastian. Haziq pun tidak jelas. Saya bertanya lagi, "Berapa ya,? " Kali ini dengan nada tingggi dia kata, "Tiga ringgit!!!

Saya hampir meletakkan sahaja dua bungkus mee goreng yang saya beli daripada sebuah gerai di pasar malam kalau hati yang diikut dan diturut. Saya ingin memberi pengajaran kepada seorang penjual ini bahawa setiap pelanggan perlu dihormati dan dilayan dengan baik.

Berurusan dengan pelanggan bagai acuh tak acuh. Hendak tak hendak. Ditambah pula dengan wajah masam mencuka. Gamaknya bagai ada sesuatu yang mengganggu diri sendiri lantas dipamerkan pula kepada pelanggan yang tidak tahu apa-apa. Mudahnya melampiaskan masalah yang bersarang dalam diri kepada orang lain. Ia sesuatu yang amat tidak adil.

Saya selalu percaya dalam apa keadaan sekali pun pelanggan jangan sampai diheret sama dalam masalah diri sendiri. Biar marah sehebat mana sekali pun jangan sesekali disuakan kepada pelanggan. Itu bukan urusan pelanggan. Pelanggan cuma berkunjung ke gerai dengan satu tujuan iaitu membeli sesuatu dan ia dibayar. Ia bukan percuma. Merenyokkan muka di depan pelanggan suatu perbuatan yang amat mengecilkan hati pelanggan.

Saya harap insiden menyakitkan hati ini terpencil sifatnya.

Pena Tumpul - Pelanggan selalu betul

Tuesday, December 21, 2010

Milo


Macam-macam cara dilakukan kalau hendak untung lebih. Dalam keghairahan dan kehalobaan itu, sudah barang pasti penggunalah yang menjadi mangsanya. Persoalan yang sering kami utarakan terjawab juga.


Milo yang tidak berasa Milo seperti sebelumnya rupanya bukan Milo asli. Ada segelintir yang tidak bertanggungjawab dan hendak kaya cepat memasukkan bahan serupa Milo atau koko tiruan dalam tin Milo kosong. Kemudian godak air Milo dan hidangkan kepada pelanggan. Pandainya mengaut untung dengan mengeksploitasi pengguna yang ditipu hidup-hidup selama ini.


Peniaga kedai makanan ini memang banyak muslihatnya. Tentang air Milo ini pun, lain peniaga lain rasanya. Di sebuah warung saya menjumpai secawan Milo yang amat jalang dan nipis. Pastinya Milo yang diguna amat sedikit kuantitinya justeru hendak untung lebih. Di sebuah warung yang lain pula, segelas Milo sesedap rasa dan elok pekat Milonya. Namun harga tetap sama. Itu baru secawan atau segelas air Milo.


Saya selalu berpandangan, berniaga perlu disekalikan hasrat untuk untung yang berpatutan dan juga rasa tanggungjawab kepada pengguna.


Pena Tumpul - Jelak dengan peniaga cekik darah






Monday, December 20, 2010

Pembantu



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi s.a.w : “Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur”. (Muslim)


Islam sebenarnya menganjurkan bahawa seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Isteri sepatutnya duduk di rumah mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Rasulullah bersabda, “Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya”. (Bukhari & Muslim)

Pun begitu, tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian. Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga. Ada rasionalnya juga tuntutan itu.

Namun begitu masalah ini boleh diselesaikan tanpa pembantu rumah pun. Seorang suami yang faham keletihan isteri selalunya tidak berat tulang menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah. Banyak kerja yang boleh dibereskan andai pasangan sanggup berkorban untuk sebuah rumahtangga yang bahagia. Tiada masam-masam muka.

Molek juga kalau si isteri mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti dalam hadis di atas kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang keserabutan dan keletihan. Bukankah itu lebih baik daripada memiliki seorang pembantu rumah.

Semua kerja rumah boleh dibuat sendiri sebenarnya maka tidak perlu sangat pembantu rumah pun!

Pena Tumpul - Saling bantu membantu

Wednesday, December 15, 2010

Puasa


Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Semoga diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Pena Tumpul - Terima kasih Ustaz Zaharuddin

Monday, December 13, 2010

Tetamu

"لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah." (AlBaqarah:284)

Dunia ini bukan milik kita. Ayat di atas menegaskan bahawa pemilik dan pencipta dunia dan segala isinya adalah Allah. Justeru itu Allah sahaja yang berhak mengaturnya, bahkan Allah sahaja yang berhak membuat jalan. Lalu tentulah tidak kena sama sekali kalau ada yang mendabik dada berkata, "Biarkan saya lakukan dengan cara saya, orang lain tidak berhak campur". Betulkah begitu? Sudah tentu ia bukan begitu. Kita yang hidup di muka bumi milikNya ini tidak berhak pun untuk membuat jalan hidup sendiri. Yang pasti kita hanya dituntut untuk mengikut jalan yang telah ditentukanNya.

Tidak sukar pun untuk memahaminya. Ia mudah difaham dengan pengalaman yang pernah kita lalui. Anak kita menemui RM10 di tepi jalan. Ia bertanya., " Bolehkah saya belanjakan duit ini?" Saya pasti jawapan begini akan kita ungkapkan, " Tidak boleh. Duit itu bukan hak kamu sebab itu kamu tidak berhak menggunakannya!

Bumi, lautan, haiwan, segala tumbuhan, bukit, gunung, sungai dan segala isinya bukan kita yang menciptanya. Ia hak Allah. Siapa kita untuk mengatur dunia ini sesuka hati kita. Kita terang-terang bukan pembuat dan penciptanya.


Kita hanya tetamu senja di bumi milikNya. Sebagai tetamu yang bertandang ke rumah kita misalnya, amatlah tidak wajar untuk tetamu ini membuat sesuka hatinya. Selesakah kita melihat tetamu ini wewenangnya mengubah susunan perabot, mengguna peralatan rumah tanpa izin kita sebagai tuan rumah. Begitulah kita yang bertandang sebentar dibumiNya.

Tetamu perlu beradab dengan tuan rumah, seperti mana perlunya manusia beradab dengan Tuan punya dunia ini.

Kita tidak berhak membuat jalan tetapi hanya mengurus dan mentadbir mengikut jalan yang telah disediakanNya!

Pena Tumpul - Berperang dengan "tetamu" yang tidak diundang saban malam,merah kena gigit

Sunday, December 12, 2010

Memilih


"Sikap memilih yang senang-senang dan enak-enak sahaja daripada sunah perlu diperbetulkan"


Sambil marah-marah Pak Ya bercakap tentang pengalamannya menunggu sehingga berjam-jam akan kedatangan seorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menikahkan anak saudaranya. Upacara yang sepatutnya berlangsung sekitar jam tiga petang tidak seperti yang telah dirancang dan ditetapkan. Seperti biasa soal masa tidak begitu sangat diberikan perhatian oleh orang kita. Dalam banyak keadaan ketepatan masa sering dilihat enteng.

Darjah kemarahannya tidaklah tinggi sangat kalau dia bukan berurusan dengan seorang pegawai dari Jabatan Agama ini. Umum selalunya mengharapkan betapa kepimpinan melalui teladan diterjemahkan dengan baik dalam setiap tindakan mereka. Ia membawa imej Islam dan perlu dilihat begitu oleh orang ramai. Tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberi implikasi negatif kepada orang ramai tentang kita orang Islam dan sekaligus orang Melayu.

Pernah seorang Ustaz berbicara panjang lebar pengalamannya menunggu seorang penceramah yang datang lewat hampir sejam. Berjubah dan lengkap dengan serban. Berimej Islam. Dalam ceramah yang berdegar-degar itu dia bercakap tentang pentingnya mengikut sunah Rasulullah.
Anehnya tidak sedikit pun dia menyentuh tentang Rasulullah yang begitu mengambil berat tentang masa dan menepatinya.


Kata Ustaz lagi alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Tetapi ia tidak begitu.

Selalunya, kita cenderung melihat dari sudut-sudut tertentu yang kita sendiri punya kepentingan. Yang "sesuai" dengan selera dan kecenderungan kita, itu yang diutamakan. Manakala yang perlukan kita bersusah payah, kita pinggirkan, seolah-olah itu bukan sunah.

Sebab itulah makan kismis yang didoakan dilihat lebih penting daripada berusaha menelaaah pelajaran dan memberi tumpuan ketika belajar. Salah memberi keutamaan dalam mengikut sunah!

Pena Tumpul -Potong kuku pun ikut sunah





Friday, December 10, 2010

Peringatan


Sejak beberapa hari yang lalu menelusuri jalan masuk ke UiTM Segamat perhatian kita pastinya akan tertumpu kepada papan-papan tanda di kiri jalan masuk dan keluar. Ia bukan papan tanda biasa-biasa. Papan tanda ini menyedarkan kita agar tidak sangat lalai untuk mengingatiNya saban masa. Ia amat bagus dan terima kasih kepada yang menelurkan usaha mencacakkan papan tanda ini.

Allah berfirman;
الذّينَ ءَامنُوا وتَطمَئنّ قُلوبهُم بِذِكرِ الله أَلَا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنّ القُلُوبُ
(سورة الرعد : 28)

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Papan tanda begini memang sudah sangat biasa kita lihat dicacak di tepi-tepi jalan terutamanya di lokasi-lokasi menghampiri masjid. Saya percaya sesiapa pun yang terpandang papan tanda ini akan terdorong hatinya untuk melafazkan kalimah-kalimah suci ini dan berzikrullah.

Malah dilaporkan di tempat-tempat dicacakkan papan tanda begini kadar kemalangan jalanraya yang sebelumnya agak tinggi didapati menurun. Namun sejauh mana wujud kaitan berikut tidak pula dapat dipastikan. Walau apa pun yang pasti, tidak rugi pun untuk mengingatiNya setiap masa dan tempat. Besar ganjaran dan fadilatnya.

Pena Tumpul - Perlu disedarkan selalu

Wednesday, December 08, 2010

Belasah

Dua hari berturut-turut saya "membelasah" tubuh badan saya. Saya ingin memberi sedikit ruang kepada minda untuk berehat pula. Sudah teruk diasak. Kata orang tua badan jangan dimanjakan sangat. Nanti manai, lemah dan tidak bermaya. Sesekali perlu dibelasah.

Tidak susah pun. Lihat sekitar rumah. Rumput-rumput tebal dan panjang. Saya perlu "mengerjakan" rumput-rumput itu. Dua jam saya menghepong mesin rumput menulusuri keliling rumah. Memang penat namun kesannya melegakan. Tiada lagi kemuncup yang menyemakkan mata. Paling penting peluh membasahi seluruh badan. Amat menyegarkan. Kegiatan paling mudah dan murah untuk mengeluarkan peluh.

Pokok-pokok yang memagari keliling rumah nampak tidak menarik. Daun-daun dan dahan-dahan yang tidak perlu wajar dicantas. Saya memerah keringat dan membanting tulang empat kerat saya. Memang memenatkan malah cukup melengohkan. Namun hati diulit puas kerana pandangan sekeliling tidak lagi memualkan.

Pena Tumpul - Suka buat sendiri

Tuesday, December 07, 2010

Roda (Revisited)

"Hidup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti."

Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

Pena Tumpul - Semuanya di bayar tunai sekarang

Sunday, December 05, 2010

Hijrah

Doa Akhir Tahun
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Pena Tumpul - Mengharap perubahan lebih baik

Saturday, December 04, 2010

Tujuan


Petang ini saya sengaja mencabut tiang gol dan biarkan Haziq dan kawan-kawanya bermain di padang tanpa tiang ini. Saya ingin mengajarnya satu perkara yang cukup penting dalam hidupnya. Haziq agak pelik dan mahukan penjelasan tetapi saya tidak akan menjelaskan apa-apa pun. Selepas beberapa minit saya memanggilnya dan mendapatkan reaksinya bermain tanpa tiang gol.


"Ajik tak tahu nak bawa bola ke mana. Nak sepak dalam gol, tiang tak ada. Bawa ajalah bola dan rebut-rebut bersama yang lain" katanya. Dia memberi jawapan yang amat saya harapkan. Mudah bagi saya untuk menjelaskan tujuan saya membiarkan dia bermain tanpa tiang gol tadi. Sememangnya bermain tanpa tiang gol akan mencetuskan beberapa kecelaruan. Bagaimana kemenangan hendak dikira? Ke mana bola hendak dibawa oleh pemain? Di mana pula posisi penjaga gawang?


Saya melihat betapa huru-haranya Haziq dan kawannya bermain tanpa tiang gol. Nampak sangat bodoh. Dalam konteks kehidupan kita sebagai manusia begitulah kita kalau di mukabumi tanpa tujuan. Tidak ubah pun seperti mereka yang bermain bola tanpa tiang gol. Aimless, meaningless dan emptiness. Ia tidak menjurus kita ke mana-mana pun. Dalam banyak keadaan menjurus kepada kebosanan, kekecewaan, tekanan dan ketegangan yang melampau. Ia tidak pernah berakhir dengan sesesuatu yang amat-amat pasti pun! Ia akan berubah dan berubah.


Saya harap Haziq tidak membuang masa lagi dalam menghabiskan hari-hari cuti yang masih berbaki. Saya mahu dia lebih terarah.


Pena Tumpul - Guna dua pokok nyior jadi tiang gol main bola masa kecil-kecil dulu

Wednesday, December 01, 2010

Pilihan

"Anak ibarat kain putih, coraknya pilihan kita"

Petang ini Hafiz menunjukkan saya dan isteri tadikanya. Saya tidak memintanya tetapi dia yang bersungguh-sungguh untuk itu. Dia teruja sangat. "Inilah sekolah Hafiz. Cikgu dia baik. Hafiz suka sekolah ni". Dia belum bersekolah pun lagi di Tadika Khalifah Bestari ini. Dia dibawa ayahnya mendaftar di tadika itu dua hari lalu. Sesuatu yang baru pastinya menyeronokkannya dan suka pula untuk dikongsinya dengan Pak Uda dan Mak Udanya ini. Begitulah gelagat anak kecil. Cukup seronok dengan dunia yang baru dilaluinya.

Pada saya ayahnya tidak salah dalam memilih tadika ini untuk anak sulungnya ini. Ia baik untuk pembentukan seeorang Hafiz yang diinginkan. Luarannya Islamik. Dalamnya juga pasti begitu.Saya lihat kurikulumnya. Lengkap dan menyeluruh. Dunia dan akhirat. Ia baik untuk Hafiz. Kata ibunya dia hendak Hafiz pandai membaca, mahir bahasa Inggeris dan pandai solat. Dan boleh juga hafal doa-doa. Saya rasa semua ibu dan bapa ingin anaknya terdidik begitu akhirnya. Ibunya tidak salah mahukan Hafiz begitu.Itu hasrat yang amat baik.

Memilih tadika yang sesuai memang sangat penting dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Silap perhitungan anak-anak yang merasai kesannya nanti. Bukan lagi luar biasa sekarang ibu bapa tidak begitu kisah melaburkan wang yang banyak untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Malah dikatakan perhatian kepada pendidikan di peringkat yang amat kritikal ini perlu dilihat lebih penting daripada pendidikan di peringkat universiti itu sendiri. Silap di muara bahananya akan terasa sehingga di hilir sungai.

Namun tidak ramai yang sedar pun tentang ini. Lalu pemilihan tadika yang sesuai untuk anak tidak menjadi begitu penting. Asal ada sahaja!

Pena Tumpul - Ingin lihat budak banyak mulut ini jadi Hafiz

Saturday, November 27, 2010

Musang


"Berhati-hati dengan musang berbulu ayam"

Sejak beberapa pagi yang lalu, ketulan-ketulan bagaikan biji kopi di kesan berlonggok di atas lantai garaj. Hampir setiap pagi. Saya mengesyaki sesuatu. Malam tadi saya intai dari celah tingkap sekitar 1 pagi, namun tiada apa yang kelihatan.

Kata isteri ada kemungkinan musang berdasarkan "benda" yang ditinggalkan itu. Binatang yang aktif di waktu malam ini barangkali ingin berehat sambil menunggu mangsa. Kalau ayam yang diburunya, ia tidak mungkin kerana saya tidak membela ayam pun.

Menurut Yako, musang ini ada banyak jenisnya. Ada yang makan ayam dan ada juga yang makan buah-buah. Ia mungkin musang pulut yang bersaiz kecil dan boleh menyelinap masuk melalui lubang-lubang kawat pagar yang kecil sekali pun.

Biarlah musang dengan sifatnya yang musang itu. Cuma yang dibimbangkan kalau ada musang yang berbulu ayam. Musang jenis beginilahlah yang amat ditakuti. Susah dikesan dan licik tindakannya. Ia bagai gunting dalam lipatan. Membahayakan. Menggunting dalam senyap. Bagai musuh dalam selimut juga. Telunjuk lurus namun kelingking berkait. Pepat di luar rencong di dalam. Pandai berpura-pura.

Saya akan mengendap lagi malam ini!

Pena Tumpul - Tidak jemu tonton Musang Berjanggut


Friday, November 26, 2010

AsmaulHusna

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.


(Fadhilat ini dipetik dari buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Pena Tumpul - Bermanafaat dan wajar menjadi amalan

Thursday, November 25, 2010

Tebas

"Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri"
Saya ditegur isteri untuk kesekian kalinya pagi ini. Dia tidak selesa melihat saya yang serabai dan bagai tidak terurus. Sejak beberapa hari lalu saya secara sengaja memilih untuk tidak mencukur jambang dan janggut yang sudah mula melebat di muka. Wajah kelihatan kusut masai dengan misai yang dibiarkan tumbuh melata. Sudah sangat lama saya menyimpan keinginan untuk membiarkan bulu-bulu di muka tumbuh semahunya. Namun kesempatan itu tidak pernah saya dapat pun. Isteri amat mudah mengesannya dan sekaligus "mengarahkan" saya "menebasnya". Rimas dan selekeh katanya. Saya akur.

Sesekali terlintas juga difikiran bahawa kita tidak berlaku adil pada isteri sebenarnya. Ketika kita mendambakan isteri tampil kemas, cantik dan menawan suami pula adakalanya tidak begitu. Sepatutnya, suami juga perlu menjaga personaliti atau perwatakan peribadinya. Isteri perlu dipersembahkan seorang suami yang segak dan kemas penampilannya.

Teringat saya kisah yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz tentang seorang wanita datang mengadu kepada Khalifah Umar al-Khattab tentang suaminya yang kotor dan hodoh. Kata wanita itu, “Ya Amirul Mukminin, aku sudah tidak sanggup lagi hidup bersama lelaki ini. Dan aku berhajat supaya dia dapat menceraikan aku.”

Melihat keadaan lelaki itu yang tidak terurus, Saidina Umar menyuruhnya mandi, memotong rambut dan kukunya serta menghias dirinya. Setelah itu, Saidina Umar memanggil isteri lelaki tersebut agar melihat suaminya. Setelah melihat wajah suaminya yang bersih, wanita itu tidak jadi meminta cerai daripada suaminya. Lantas Saidina Umar berkata, “Seharusnya suami menghias diri untuk isteri mereka kerana demi Allah SWT, isteri juga suka melihat suaminya menghias diri sebagaimana halnya kamu suka melihat isteri kamu melakukan hal yang serupa.”

Bukan sahaja isteri perlu menghiaskan diri untuk suami, sebaliknya suami juga hendaklah sentiasa segak dan kemas agar sedap dipandang mata dengan memakai pakaian yang bersih dan kemas. Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku suka menghias diri untuk diperlihatkan kepada isteriku sebagaimana aku suka dia menghias diri untukku.” (Hadis riwayat Ibn Abi Hatim)

Dan sebelum saya beredar ke tempat kerja, saya baring di riba isteri dan muka saya ditebas semahunya. Dan ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali. Saya patuh.

Pena Tumpul - Ingin sangat nak botak

Wednesday, November 24, 2010

Zikir

"Zikir itu pelita hati"
Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya.
Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(Surah al-A’raaf, ayat 205)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raaf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.”

(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i (rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:

“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam), Sunan al-Kubra)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama bahawa:

“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”

(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir/berwirid selepas solat adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat ba’diah.

Pena Tumpul - Peringatan untuk diri sendiri

Monday, November 22, 2010

Bunuh


Kantung email dibuka awal pagi ini dan saya menemui kisah yang cukup menarik ini. Ia tidak mungkin kisah benar dan sekadar rekaan semata-mata namun tetap terselit pengajaran. Umum mengetahui betapa orang Melayu kita begitu berhati-hati dalam membicarakan perkara ini. Cukup malu. Pernyataan secara terbuka dianggap taboo. Lain kali kalau terdengar dek telinga kita ada yang menyatakan hasratnya hendak bunuh syaitan fahamlah kita apa maksudnya.


Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kannn abang kann.. dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ,"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?"


Pena Tumpul - Larat ke nak "bunuh syaitan" saban malam?

Sunday, November 21, 2010

Keupayaan


"Setiap manusia lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan"


Diko cukup berpuas hati dengan pencapaian 4A dan 4B yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Emaknya juga mengiktiraf kejayaannya itu yang sepatutnya boleh lebih baik daripada itu. Emaknya menyangka bahawa itulah pencapaian terbaik yang boleh dimanifestasikan oleh anak perempuannya itu. Lalu Diko diberikan hadiah sebuah komputer riba. Ia bagus dan tidak salah pun. Diko memang berhak untuk itu berkat usaha gigihnya itu.


Saya tidak mahu Diko hanyut dalam pencapaiannya yang tidak seberapa itu. Saya perlekehkannya supaya dia tidak berpuas hati di takuk itu sahaja. Apalah sangat 4A itu. Diko dilihat tercabar. Memang itu pun tujuan saya dan saya berjaya. Saya selalu percaya Diko boleh buat lebih baik daripada itu pun. Cumanya, Diko mungkin anggap kemampuannya setakat itu sahaja, walaupun sebenarnya ia boleh capai 8A malah 10A kalau dia mahu!


Saya merangsangnya dengan kisah wanita dengan anjing garang. Seorang wanita yang dikejar seekor anjing garang kelihatan berlari sekuat dan melompat semahunya hatta pagar yang tinggi mahupun longkang yang lebar!


Setelah selamat daripada kejaran anjing itu, wanita itu berasa hairan dengan keupayaannya sendiri. Bagaimana dia mampu berlari selaju dan sekuat itu? Dia sendiri tidak menyangka kebolehannya boleh sampai ke tahap itu.


Saya katakan pada Diko bahawa tidak ada apa yang perlu dihairankan pun justeru sebenarnya di saat wanita malang itu dikejar anjing, dia telah mengeluarkan seluruh potensi dirinya ke tahap paling maksimum. Tenaganya diikeluarkan semaksimumnya. Tumpuannya hanya satu, lepas daripada gigitan anjing!


Begitu juga kekuatan minda, jiwa dan emosi juga sentiasa ada ruang untuk kita maksimumkan keupayaannya. Orang yang bijak sebenarnya bukan kerana otak mereka lebih besar tetapi kerana mereka menggunakan otak mereka secara maksimum berbanding orang lain.


Pena Tumpul - Kadang-kadang kita kita ukur kena baju ikut badan sendiri juga

Saturday, November 20, 2010

365


"Tidur yang belebihan memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung dan angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam selepas makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. "

Itu kata Dr Mohammad Ali Toha dalam bukunya 365 tip sihat gaya Rasullulah. Ada 364 tip lagi yang cukup menarik dan boleh diamalkan. Setiap manusia memang dambakan kesihatan bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.

Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah. Tidak rugi membaca buku ini.

Pena Tumpul - Sedang tekun membaca buku yang penuh informasi ini

Thursday, November 18, 2010

Umur

Zizi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada Hari Raya Haji. Saya dirayu emaknya supaya hadir dan membawa bersama emak. Tidak sampai satu jam pun kami sampai di Serting. Ia tempat yang menarik. Sebuah petempatan yang cukup terancang. Ia bermula dari sebuah petempatan Felda yang ditransformasi kepada sebuah bandar yang lengkap segalanya. Ada sebuah masjid bernilai 8 juta tersergam dan sebuah hospital juga.

Bertambah lagi umur Zizi. Umur sesiapa pun sentiasa meningkat setiap hari. Semakin hampirlah juga untuk dijemputNya semula setelah seketika berada di bumi yang fana ini.

Ketika yang lain tidak putus-putus mengucap serta mendoakan supaya Zizi dimurahkan rezeki, dikurnia kesihatan yang baik dan semoga panjang umur, ucapan saya sedikit berlainan. “Selamat pendek umur,” saya bergurau. Semua tersentak. “Kenapa pula ucapan pendek umur?” tanya Adah, emak Zizi . Dia amat hairan

“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita!” saya menjelaskan.

Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa.Jika demikian apa ada pada umur. Ia tidak lebih bagai putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi.

Umur juga cukup relatif juga sifatnya. Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi. Misalnya, Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali pula tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Umar ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya.

Kata seorang Ustaz, ucapan selamat panjang umur perlu dimaksudkan sebagai selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah. Itulah maksud selamat panjang umur!”

Pena Tumpul - Kesian Hadeef asyik disakat Zizi

Wednesday, November 17, 2010

Dialog


Kantung e-mail di intai dan saya menemukan kiriman yang amat menarik ini. Cukup elok untuk dikongsi bersama.


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan, "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi, "Tetapi di sini didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"


"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar.

Sang bayi bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


Pena Tumpul - Kari daging emak yang dinikmati lagi hari ini tetap tiada tandingannya

Monday, November 15, 2010

Pertemuan

Saya ke Kg Spang Loi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak penulis novel terkenal Cikgu Abd Talib Hassan. Kesebokan melayan tetamu yang datang tidak memberi sedikit ruang pun pada saya untuk bersembang dengan penulis yang melonjak naik namanya lewat novel Saga 1976. Sekurang-kurangnya untuk bertanya karya terbaru daripadanya. Cikgu Talib sebenarnya bukanlah asing pada saya. Saya pernah menjadi anak muridnya sekitar 70an dahulu. Beliau merupakan kawan baik kepada arwah bapa saya. Saya masih ingat sekitar tahun 1970 beliau yang berasal dari Teluk Intan telah menggabungkan anak-anak muda yang berminat di kampung untuk satu pementasan teater purba yang amat menarik.

Sambil menyelam minum air. Saya tidak melepaskan peluang mengunjungi atuk saya yang nampak ceria di samping isteri baru yang dinikahinya sejak setahun yang lalu Di usia 88 tahun atuk nampak masih sihat dan bertenaga. Menurut Utih, atok amat manja dan sentiasa ingin dibelai oleh isteri barunya itu. Baguslah tu.

Perjalanan saya bertambah seronok dengan keletah Hafiz yang begitu terpegun dengan angsa dan itik yang baru pertama kali dilihatnya. Adif pula kelihatan tidak begitu selesa dengan cuaca panas terik yang semacam menggigit kulit halus dan nipisnya itu. Emak paling gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lamanya.









Pena Tumpul - Seronok

Wednesday, November 10, 2010

E-mails

There are a lot of ways to make mistakes while working with the computer. The most embarrassing one is when you send an email to the wrong person….above all when this person is the object of insults the email is referring to! Forget about it and lets share this joke.
A man checked into a hotel.
There was a computer in his room,
So he decided to send an e-mail to his wife.

However, he accidentally typed a wrong e-mail address,
and without realizing his error, he sent the e-mail.

Meanwhile... Somewhere in Houston ,
a widow had just returned from her husband's funeral.
The widow decided to check her e-mail,
expecting condolence messages from relatives and friends.


After reading the first message, she fainted.
The widow's son rushed into the room,
found his mother on the floor,
and saw the computer screen which read:
*
*
*
*
*
*
*
To: My Loving Wife
Subject: I've Reached
Date: 5th November 2010



I know you're surprised to hear from me.
They gave computers here,
and we are allowed to send e-mails to loved ones.
I've just reached and have been checked in..
I see that everything has been prepared for your arrival tomorrow.
Looking forward to seeing you TOMORROW!

Pena Tumpul - Laughter is the best medicine



Tuesday, November 09, 2010

Bongkar



Persoalan yang berlegar di minda saya sejak sebulan lalu terjawab hari ini. Seorang sahabat lama ini yang pernah saya bersama dengannya semasa di UKM lebih dua dekad lalu merungkaikan kekusutan yang menyemakkan fikiran. Saya berjaya menjejaknya semula di laman sosial FB. Kami pernah senang dan susah bersama bila secara kebetulan menghuni bilik yang sama. Pernah berkongsi sepinggan mee segera bersama. Pernah membonceng motor buruk saya untuk ke kelas bersama. Kami berjumpa semula.

Lantas, bagai orang mengantuk di sorong bantal kehadirannya semula membawa kelegaan yang bukan sedikit kepada saya. Sahabat baik ini berjaya membantu saya menelanjangkan identiti seorang pembaca blog ini dan sekali gus menyiatkan topeng kepalsuan yang dipakainya selama ini. Pembaca blog yang seorang ini cukup selesa meninggalkan komen-komen berbaur negatif dan amat tidak ikhlas. Pedas. Tajam. Menjengkilkan. Komen yang terbit dari hati yang busukkkkkkk. Penuh dendam. Dengan berselindung di sebalik nama Pena Tajam, seorang ini bebas dan amat bebas meningglkan komen sesedap rasa dan hati di laman blog ini. Ungkapan bahasa kesat dan jelik. Amat kasar. Dia cukup bebas dengan topeng kepalsuannya itu.

Langit tidak akan cerah sentiasa. Jerat tidak pernah lupa pelanduk ketika pelanduk boleh sahaja melupakan jeratnya. Tupai juga tidak cekap sentiasa, sesekali akan tertiarap ke tanah juga. Yang benar akan terjengol ketika yang palsu akan dibenam dalam-dalam.

Saya salah berfirasat selama ini. Saya tidak pernah menjangka gajah yang di depan mata yang bawa angkara sehingga kuman yang jauh di mata di sangka membawa celaka. Saya amat silap. Ibarat musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan seorang ini memang cukup bijak bersandiwara dan bercengkarama. Tidak pernah terlintas pun di benak ini seorang ini demikian buruk lakunya. Mengata orang sesukanya. Kini belang sebenar sudah bersinar.

Pagi ini sahabat lama saya ini yang saya kira bagai direncana olehNya untuk memecahkan segala kebuntuan yang selama ini memusangkan kepala. Dia menelefon saya dan memberitahu saya ini, "Mil, kau nak tau kan siapa yang kau suruh aku cari tu, tetapi kau kena janji dengan aku kau takkan buat apa-apa. Engkau kata dulu nak tahu aja kan."

Seorang ini adalah Axxxx Xxxxx Xxxxxxx dari salah sebuah tempat di Selangor. Saya amat kenal dan cukup kenal. Lebih dari itu saya amat berpuas hati dan saya punya sebab kuat untuk percaya kerana maklumat ini memang kredibel dan sumbernya cukup berautoriti. Terima Kasih sahabat.

Masih nak berselindung di sebalik lalang yang sehelai lagi?

Pena Tumpul - Untungnya ada kawan yang boleh membantu

Monday, November 08, 2010

Pujian




"Sedap betullah gulai ketam ni, siapa yang masak ni". Hari ini saya tidak dapat menahan diri saya untuk mengekspresikan bahawa masakan isteri pada hari ini memang luar biasa sedap dan enaknya. Indikatornya saya menambah nasi sampai tiga kali. Tiada siapa yang boleh menahannya. Selera begitu meluap-luap justeru di jana keenakan gulai ketam. Teruknya. Gulai ketam masak lemak kuning cili api memang kegemaran saya. Ia begitu sedap bila isteri yang memasaknya.

Bukan isteri tidak pernah memasak yang dirasa sedap dan enak begini, cumanya dalam banyak keadaan saya memilih untuk tidak meluahkan pujian itu secara terbuka. Namun jauh di sudut hati, pernyataannya ialah sedap, enak dan lazat. Saya terjemahkannya dengan makan lebih daripada biasa. Dan Wati faham, tinggal lagi wanita tetap wanita.

Umumnya, wanita tidak seperti lelaki yang sentiasa dahagakan pujian. Dan, lebih teruk dari itu, kalau pujian sudah dilontarkan pun, ia masih menagih agar pujian itu diulang berkali-kali. Paling ketara dalam soal penampilan diri lebih-lebih lagi ketika berpakaian. "Cantik tak baju baru saya ni, tudung sesuai tak?" Wanita memang ingin dipuji selalu. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami. Itu hakikat. Lalu kita sebagai suami kenalah ringan mulut untuk memuji. Isteri kepingin ia dilafazkan dan bukan dipendam.

Pun begitu isteri perlu tahu bahawa suami sebenarnya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.

Dan isteri juga kena tahu tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri. Sudah tabiat suami barangkali yang menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan, dan isteri kena faham itu.

Pena Tumpul - Tidak makan puji

Sunday, November 07, 2010

Pekak


Pemanduan ke Johor Bahru seawal 5.00 pagi agak lembab. Tidak boleh sangat memecut supaya akhirnya boleh sampai di OUM sebelum jam 8 pagi. Hujan renyai-renyai yang berterusan dari hujan yang merengek sejak malam tadi membantutkan sedikit kelajuan. Memandu seorang diri memang membosankan selain menyumbang kepada rasa mengantuk.Isteri dan anak tidak bisa menemani seperti selalu. Jalan masih basah dan sesekali perlu mengelak lopak air yang tidak diduga.


"Buat apa nak sebok-sebok sama ada saya sembahyang ke tidak. Kau nak sembahyang, itu urusan kau, lagi pun kubur masing-masing". Saya mendengarnya melalui radio IKIM pagi ini. Seorang ustaz yang saya kagumi ini memang seronok bila didengar berbicara. Dia bercerita ditanya oleh seorang yang memerlukan bantuannya bagaimana untuk menasihatkan kawannya yang begitu liat hendak sembahyang. Dan jawapan itulah yang diterimanya dari kawannya itu. Jawapan begini memang sudah biasa sangat kita dengar.


Namun yang menariknya saya tidak pernah terfikir pun Ustaz ini akan memberi jawapan balas yang cukup menarik dan berimpak tinggi. Satu tamparan kepada mereka yang liat begitu. "Memanglah kubur masing-masing, tetapi kalau kubur kau sebelah kubur aku, bila kau kena balun nanti, memekakkan telinga aku aja!"


Saya senyum sendirian. Sekurang-kurangnya jawapan begini boleh saya lantunkan kepada yang dah majal sangat untuk dengar kata. Saya meluncur deras sebaik sahaja roda mencecah lebuhraya. Lancar dan kurang kereta. Tidak sedar saya meluru sehingga 160km sejam!


Pena Tumpul - Tidak tumpul hati

Wednesday, November 03, 2010

Mengaruk


Pemilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman Pihak Berkuasa Tempatan atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak. Itu kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan.



Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan. Selain itu katanya, pindaan juga antara lain mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya.

Sehingga akta yang dimaksudkan itu dipinda dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang, pemilik kenderaan ada sebab yang cukup kuat untuk tidak berasa gusar. Kalau ke bandar sekarang, penguatkuasa Majlis Bandaran Segamat bagaikan mengaruk dan dilanda kemaruk. Kelibat petugas berpakaian biru gelap sentiasa dilihat terpacak di petak-petak parkir. Bak singa lapar mereka menunggu mangsa yang datang. Mereka kini lebih agresif berbanding dulu.


Hari Ahad lalu, saya melihat banyak kereta yang di saman. Dan petugas-petugas ini tidak lagi berlembut. Kantung Majlis sudah kosong barangkali!


Pena Tumpul - Naik basikal lagi bagus

Tuesday, November 02, 2010

Tempayan

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, kami terserempak sebatang pokok kayu kecil merintangi jalan.Pastinya kesan ribut kencang berserta hujan lebat lewat malam tadi. Namun ia tidak sampai menyekat laluan. Ada kenderaan yang telah pun lalu sebelumnya dan membentuk laluan baru di bahu jalan. Saya hampir turun dari kereta untuk mengalihkan kayu tersebut ke tepi. Ia bukanlah batang kayu yang besar sangat dan saya tahu saya mampu menganjaknya dengan sedikit bantuan dari Haziq.

Namun isteri berpandangan lain. Waktu agak menghambat. Lalu tidak perlu buang waktu untuk melakukan sesuatu yang ada orang lain boleh buat sebenarnya. Ya, ada orang lain yang boleh buat. Saya percaya orang lain yang bakal melalui jalan ini juga akan berpandangan yang sama. Biar orang lain yang buat. Biar berpuluh orang pun yang lalu, pandangan mereka macam sudah diduga. Pandangan yang sama dan sama dan sama.

Tengahari ini bila saya sekali lagi melewati jalan yang saya sama tadi, keadaannya masih sama. Batang pokok masih di situ setelah enam jam berlalu. Tiada siapa yang cukup rajin untuk mengalihnya pun.

Beginilah yang selalu berlaku. Jangkaan dan harapan bahawa akan ada orang lain yang boleh melakukanya selalunya berakhir dengan tiada siapa yang membuatnya pun. Dalam sebuah kampung, sikap "tidak apa" dan lepas tangan akan menyumbang kepada keruntuhan sebuah regu yang baik. Andainya semua orang bersikap ambil peduli pastinya batang kayu yang menghadang jalan tadi tidak terus berada di situ.

Kisah se tempayan air ini juga bernada sama dan cukup menarik untuk dijadikan iktibar.

Esok, setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara,” kata seorang penghulu dengan begitu bersemangat sekali dalam satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

“Tidak banyak, hanya semangkuk susu,” tambah penghulu itu lagi.

Saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya,” jelasnya panjang lebar.

“Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan itu,” bisik hati seorang penduduk kampung.

“Kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. Hari pun gelap,” detik rasa seorang penduduk yang lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air!

Pena Tumpul - Selalu tutup suis lampu dan kipas yang tinggal terpasang dalam bilik kuliah

Saturday, October 30, 2010

Bilal


Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”.
(Al-Nasai).

Ketika duduk-duduk menunggu Isyak malam tadi, Pak Husin bilal dalam suara yang tersekat-sekat menyuarakan isi hatinya. " Saya ni tidak sihat sangat sekarang. Kaki sakit-sakit. Bila duduk, nak bangun susahnya." Pak Husin seolah-olah ingin menyatakan bahawa beliau sudah tidak larat lagi hendak memikul amanah sebagai bilal dan ingin melepaskan tugasnya melaungkan azan itu sejak dua dasawarsa lalu.


Saya pandang wajah Tok Imam. Nampak macam sedikit kecewa dan susah hati. Sedih pun ada. Bercampur baur. Saya dapat menduga apa yang Tok Imam rasa. Dia memikirkan pengganti kepada Pak Husin. Sesekali bila Pak Husin tidak cukup gagah untuk ke masjid, peranan muazzin diambil oleh Tok Imam sendiri. Walau ada seorang dua yang cuba-cuba nak azan namun Tok Imam kurang berpuas hati sangat. Kadang-kadang sebutan kurang betul. Namun semangat untuk azan itu tidak pula boleh kita halang.

"Apa kata kita buat pertandingan azan di kalangan anak-anak muda di kampung ni. Saya rasa pasti ada yang berkebolehan dan dapat kita ketengahkan sebagai barisan pelapis", saya mencadangkan. "Bagus cadangan itu, tetapi ada sesiapa ke yang berminat. Ini bukan karaoke, pantang disebut, ramai aja yang nak masuk", tingkah Tok Imam.
"Belum cuba belum tahu. Kita kena buat dulu. Kita bagi hadiah yang sesuai, pasti ramai yang nak masuk", saya cuba meyakinkan Tok Imam.
Saya berjaya meyakinkan Tok Imam dan kini menunggu reaksi budak kampung. Adakah yang berminat!

Pena Tumpul - Kena sponsor hadiah

83

M asjid Gudang dikunjungi rombongan yang diterajui Pegawai Daerah untuk majlis berbuka puasa bersama. Turut serta ketua-ketua jabatan dan ti...