Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

55/10

S aya bersyukur menggunung tinggi kerana Tuhan memberi saya kesempatan untuk terus menghirup udara segarnya di usia keramat 55 tahun.Sekali lagi saya menyambutnya bersama anak saudara lelaki, Hafiz yang berkongsi tarikh lahir yang sama. Kali ini majlis di sambut sederhana berbanding sebelumnya. Ada kek sumbangan Ani, ibu Hafiz yang tidak pernah gagal menyediakannya saban tahun. Selebihnya menjamu ayam goreng di restoren segera. Majlis yang sangat ringkas namun amat besar maknanya dalam kehidupan seorang saya dan anak saudara yang kian membesar ini. Tanpa Hafiz tidak mungkin hari lahir saya akan diraikan setiap tahun begini. Kelahiran Hafiz menjadikan hari lahir saya penting. Emak sempat mendoakan agar anak lelakinya ini terus diberkati usia dan dikurniakan rezeki serta kesihatan yang baik. Hafiz pula didoakan supaya jadi anak yang baik dan taat. Saya terharu dapat menyambutnya lagi bersama emak dan isteri serta sebahagian adik beradik, Nasir dan Noi yang mampu bersama. Pena Tum