Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan"  (Surah al Fathir ayat 37) S aya membaca ayat ini selepas solat Subuh pagi  dan berhenti lama untuk memahaminya lebih mendalam. Maksudnya tidak sukar untuk difahami pun.Allah menggambarkan keadaan mereka yang kufur ingkar dengan risalah yang dibawa oleh utusanNya dan mendustakan ayat-ayatNya. Justeru mereka enggan patuh kepada perintahNya malah melakukan pula apa yang ditegahNya, Tuha